Thursday, August 9, 2012

Rahsia Hati Airin 18



 Assalamualaikum , 
seperti dijanjikan - ini sambungannya ^____^

Rahsia Hati Airin 18





Sedih dengan gelagat dingin Imran. Aku rindu Imran yang dulu , mengingatkan aku pada zaman sekolah dulu. Kami sangat rapat. Memandangkan aku selalu digandingkan dengan Imran dalam apa-apa projek sekolah , selalunya dia jadi ketua dan aku penolongnya. Sehinggakan jadi bualan teman mengosipkan kami berdua. Tentunya Najmi antara orang yang seringkali mengusik sehinggakan aku mengamuk suatu masa dahulu.

Seringkali aku sedih dan Imran , sahabatku itu yang akan jadi penenang.

“ Im dengar Rin tolak nak jadi timbalan pengarah untuk Minggu Penghayatan Islam tu?”.

“ Aah , saya bagi chance pada orang lain “, balasku menjawab persoalan Imran namun mataku masih pada buku , tak membalas pandangan Imran.

Imran ternyata tidak puas hati dengan balasanku , lantas dia mengambil tempat di kerusi berhadapan dengan mejaku.

“ Ala Rin janganla macam ini , Im dah selesa kerja dengan Rin. Rin tahu tak Ustazah Saidah cadangkan nama Suzana untuk jadi penolong saya. Tak nak saya “, jelas muka cemberut Imran.

Aku terus tergelak.
Imran geram , mencerlung padaku.

“ Ok apa? Suzana itu kan peminat Im , mesti dia ikut sahaja cakap Im , senang nak bagi arahan nanti “, balasku dengan gelak yang masih bersisa.

Suzana , rakan kelas sebelah kami. Dia memang secara terang menunjukkan dia minat pada Imran. Baik orangnya. Namun kerana sikap terus-terang Suzana , Imran jadi tidak selesa. Suzana juga pernah bertemu denganku , terus-terang mengenai rasa hatinya pada Imran.

“ Rin takda apa-apa kan dengan Imran ? “, itu soalan pertama Suzana padaku waktu itu.

“ Takda apa-apa. Kami kawan sahaja “, jawabku , menarik senyumku lebih panjang untuk meyakinkan Suzana.

“ Ok , bagus !! “, ternyata jawapanku mengembirakan dia.

“ Sue memang suka dengan Imran? “,

“ Aah , Sue hanya jujur dengan perasaan sendiri”, Jawapannya yang terakhir buat aku fikir panjang. Ya , kita boleh menipu semua orang tetapi kita tidak menipu diri sendiri jadi lebih baik jujur. Itu prinsip Sue dan aku menghormati prinsip itu. 

“ Ish , kesitu pulak. Please Rin. Jangan macam ini. Cuba cakap pada Im , kenapa Rin tak nak? Im nak dengar 10 alasan !! “, tegas Imran bercakap mengejutkanku dari ingatanku tentang Suzana.

“ 10 alasan ye..”, sengaja aku buat gaya berfikir.

“ Ye , 10 alasan. Kalau tidak , Im pun reject. Tak nak Im jadi pengarah. “, balas dia.

“ Eh , tak boleh macam itu. Kesian Ustazah Saidah , lagipun siapa lagi yang ada “, aku mula rasa serba-salah.

Im sengaja diam , tidak membalas.

“ Im , Rin bukan apa , Rin rasa tak selesa la. Im sedar tak kawan-kawan kita asyik cakap pasal kita , kononya kita ada affair la. Rin banyak fikir pasal benda ni kebelakangan ni dan Rin rasa kita kena jarakkan sikit. “, terangku pada Imran. Sungguh , itu yang aku rasa. Dalam masa yang sama , aku perlu jaga hatiku ini. Hatiku terasa goyah dengan usikan yang lain.

“ Mulut orang Rin , mana boleh kita tutup. Yang penting , kita kawan kan. Rin kawan terbaik Im. Tiada siapa boleh ganti tempat tu “, kata-kata Imran buat aku terkesima , tidak tahu membalas apa.

“ Rin…”, aku cuba membalas namun tiada isi.

“ Rin , kita kawan kan, kawan selama-lamanya kan..”, Kata Im lagi.

“ So , please kawan , help me . Kita kerja sama-sama lagi ye. Im janji ini last. Lepas ini kita dah nak SPM pun. Please !! “, Pujuk Imran.

Dan akhirnya aku hanya mampu mengangguk.



…………………………….



Telefonku berbunyi berkali-kali namun tidak dapat aku jawab kerana tanganku sibuk membuat dressing pada kaki seorang pesakit yang menghidap kencing manis.

Sehinggakan Murni ,jururawat yang membantu turut bertanya
“ Telefon doktor berbunyi banyak kali tu , nak mintak tolong saya tengokkan..”,

“ Boleh juga , tolong ambilkan phone dekat sebelah kanan white coat saya ni “,

“ Doktor , Imran yang telefon “,

Terkesima aku sebentar. Mana tidaknya , tak pernah-pernah Imran telefon.  Akhirnya deringan telefon itu berhenti. Namun tidak lama , deringan itu kembali berbunyi.

“ Doktor , nak jawab ke tak ni ? Saya boleh tolong pegangkan. “.

“ Tak perlulah , tolong silent kan phone saya , nanti saya telefon dia balik “,

“ Ye la , takkan doktor nak jawab panggilan encik husband doktor depan kami kan , tak romantik la kan..” sempat lagi Amira mengusikku.

Dan Kak Mar , pesakit itu yang mendengar turut mengelakkanku dan menyampuk “ni pengantin baru lagi ni. Itu yang rindu-rinduan tu , asyik calling je , kan Murni?”.

Dan mereka sama-sama ketawa , seronok berjaya mengusikku.

Aku hanya tersengih dalam hati. Mana tidaknya , hubungan aku dengan Imran jauh panggang dari api jika dibandingkan dengan bayangan Murni dan Kak Mar.

“ Ok dah selesai. Kejap ye kak saya kemas sedikit barang-barang ini “, suaraku.

“ Takpa doktor , biar saya kemaskan. Doktor pergi la call hubby doktor “, kata Murni , sempit mengenyitkan matanya.

Aku terus tergelak dan membalas “ Ye la , saya pergi telefon kejap . Seronok ye mengusik. Nanti tolong assist saya buat pleural tap untuk patient bed 12 , Pak Cik Rahman tu ye.”

“ Yes , Bos !!”, balas Murni.

Dan aku terus ke bilik yang disediakan untuk doktor pelatih.

13 missed called

Terkejut !! Aku lihat detail panggilannya.

2 missed called dari Mak Ngah , 1 missed called dari emak dan

10 missed called dari Imran !!

Selepas kahwin , aku tidak pernah menerima walaupun satu mesej dari  Imran apatah lagi panggilan telefon.

Fikiranku mula dihantui perkara-perkara yang menakutkan. Ada benda buruk berlakukah?

Aku dial nombor telefon Imran namun tiada jawapan. Kerisauan melanda.

Telefonku kembali berbunyi, tertera nama Imran di skrin telefon.

“ Assalamualaikum Im , ada apa-apa masalah ka?”,

“ Walaikumusalam..Emak dengan Mak Ngah ada telefon tadi.”,

“ Ada sesiapa sakit ka? “, tanyaku terus.

“Ada pulak macam itu , mana ada sesiapa sakit”,

“ Lepas tu ada orang meninggal ka? “, tanyaku lagi

“ Eh , cuba bagi saya habis cakap dulu..Macam ini , Emak dengan Mak Ngah telefon tadi , cakap diorang nak datang rumah petang ni..Diorang telefon awak pagi tadi , awak tak jawab.”,

“ Owh alhamdulilah..ingatkan ada apa-apa jadi..”,

“ Awak ni lawak la Rin..tak berubah eh perangai kalut awak tu”, gelak Imran pada aku.

“ Ye la risau la saya. Awak telefon berkali-kali , ingatkan ada benda penting “,

“ Benda penting la ni..Mak Ngah, emak nak datang rumah “,

“ Eleh , bukan awak selalu tak kisah ka? “,

“ Takda la , Mak Ngah telefon saya terus. Serba salah juga saya. “.

Ye , Mak Ngah , bakal mak mertua tak jadi Imran. Dia begitu menjaga dan menyayangi Mak Ngah seperti mana dia menyangi Lia.

“ Ok la , awak ambik saya petang ni di hospital , lepas tu kita pergi terus ke Giant. “

“ Pergi Giant buat apa pula ? “,

“ Imran , barang dapur mana ada encik abang oii , kena beli barang dapur la “,

“ owh..ok , pukul 5 tepat saya pergi ambil , jangan lambat !!”, arahnya sebelum pantas panggilan diputuskan.



…….



Sesampainya kami di Giant , aku terus mengambil troli dan menolakknya terus ke bahagian basah.

Dalam otak masih berkira-kira mahu memasak apa-apa.

“ Nak masak apa ni ? “, aku tanya terus pada Imran yang mengikutku dari belakang.

“ Manalah saya tahu. Awak yang tukang masaknya. “, balas dia.

“ Hmm awak nak makanan berat ke ringan? “,

“ Biasa-biasa sudah. Saya tak bawa banyak duit ni “.

“ Kedekut..saya pun ada duit la “, balasku perlahan namun masih didengari Imran

“ Bukan kedekut hanya berjimat untuk masa depan “,

Melihat sekilas pada ayam yang sudah dimarinated siap yang dijual di Giant , buat aku terfikir ,
“ Haa saya ada idea , kita buat barbeque nak..saya goreng nasi sikit , dengan macaroni goreng , kita bakar la ayam , ikan tambah dengan sosej sikit. Buat air asam sikit. Uissh sedapnya !! “, kecur air liurku berbicara menu anganan aku.

“ Ikut awak la “, balas Imran akhirnya berlalu pergi.

Aku tahu dia pun kecur liur tu.

4 comments:

  1. Replies
    1. huhu pendek eh..
      sori la , bln2 posa ni kemalasan melanda hihi

      Delete
  2. uih..nape im tu
    sombongla
    hihihi
    nasib die cuba neutral je
    tamo marah2 tau

    ReplyDelete

kata-kata semangat untuk diri ini meneruskan minat yang satu ni..thanks ^^