Friday, July 10, 2009

KALAU DAH JODOH 3 ::DARI JAUH::

3.
::DARI JAUH::

Akhirnya bas tiba di destinasi terakhirnya, stesen bas Sungai Nibong, Pulau Pinang. Lantas aku turun dari bas. Kelihatan kawasan sekeling masih sunyi memandangkan jam baru menunjukkan pukul 5 pagi. Lantas aku ambil beg bajuku dan duduk di suatu sudut menantikan kehadiran Kak Ain yang berjanji hendak menjemputku di sini. Ikutkan hati ingin saja aku pulang ke Perak,tempat kelahiranku walaupun aku tahu tiada siapa yang menantikan ku di sana. Namun atas pujukan kakak sulungku, Kak Ain ,aku akhirnya tiba di sini. Sedangku menanti kehadiran Kak Ain menjemputku, aku lihat dari jauh Syu sedang menunggu seseorang sambil sesekali dia melihat jam tangannya. Nyata sekali dia tak berapa selesa dengan keadaan di situ yang masih sunyi.


“im,” terdengar panggilan Kak Ain memanggilku menandakan dia sudah tiba untuk mengambil aku pulang.

“kak Ain,” lantas aku menyalami tangan Kak Ain.

”dah lama sampai? Maaf kak lewat sikit. Dah jom balik,”

”emm jap kak....em kita tunggu jap leh tak? Kita duduk sembang-sembang dulu kat sini. Dah lama im tak sembang ngan kak kan???,”

”la.dah rindu sangat kat kak ke? Kan selalu je kita sembang kat dalam fon. Kalu ye pun nak sembang kita sembang kat rumah la cik adik sayang oiii,” bicara Kak Ain sambil tergelak kecil jelas menampakkan lesung pipitnya.

”emmm takpun..kita makan dulu nak tak?tu ada gerai kat situ.nampak cam sedap je. Im tengah lapar ni” kataku lagi cuba mencari alasan untuk menemani insan itu dari jauh.

”haa im,kamu ni kenapa?pelik benor perangai kamu ni. Kalu lapar kak dah masakkan nasi lemak kukus kegemaran kamu kat rumah,”bicara kakakku yang jelas terkejut dengan sikap pelikku yang tiba-tiba muncul.

”emm ala kita tunggu la kejap. Im kesian tengok dia sorang-sorang. Lepas ayah dia datang kita baliklah,” kataku terus berterus-terang setelah penat mencari alasan.

”laa kan senang kalu terus-terang.”kata Kak Ain terus tergelak pabila memikirkan perangai pelik adiknya yang seorang ini.

”segan la”.
Kak Ain terus menyambung gelaknya mendengar jawapanku. Lantas dia duduk bersebelahanku.

”tu ke Syu yang im cita kat kak hari tu,”tanya Kak Ain sambil tersenyum kecil. Jelas sekali aura ’pengorek rahsia’ dah terasa di sekelingku. Aku diam tidak menjawab soalan Kak Ain.

Tak lama kemudian, dari jauh kelihatan kereta waja menghampiri Syu. Lalu seorang lelaki yang ku pasti ayahnya keluar mengangkat beg bajunya lalu Syu pergi meninggalkan stesen bas itu.

”dah kak jom balik. Im lapar,tak sabar nak makan nasi lemak kukus kak ni”,kataku lantas terus ke kereta Kak Ain,meninggalkannya yang masih mengelakkanku.

No comments:

Post a Comment

kata-kata semangat untuk diri ini meneruskan minat yang satu ni..thanks ^^

Post a Comment