Friday, August 17, 2012

Rahsia Hati Airin 19




Assalamualaikum ,

sori lewat 15 minit hihi dah masuk hari jumaat un. Busy yang amat tadi , pagi - mengemas rumah , petangnya buat kuih raya , malam terawih dan at last baru sempat online =)
penat~

one more thing , untuk Rahsia Hati Airin ni saya buat rombakan besar-besaran. Idea bercambah-bercambah. Walaupun dirombak , cerita asalnya tak berubah banyak jadi saya akan cuba post lagi di sini. doakan saya !! ^____^

ok ini sambungannya :



Rahsia Hati Airin 19






Malam itu seperti dirancang , kami ber barbeque.

Aku suka perasaan ini. Berkumpul bersama , gelak bersama. Lupakan semua masalah kerana walau apa pun terjadi , aku masih ada mereka. Aku ada Mak Ngah dan aku juga ada keluarga baru. Walaupun perhubungan aku dengan Imran mungkin tak kekal lama , namun aku ingin abadikan perasaaan ini buat sementara waktu.


“ Kak Rin , dah siap goreng ka? “, suara Iffah mengejutkan dari perasaan gembira itu.

“ Dah nak siap ni..”, aku gaulkan macaroni goreng dengan sudip supaya sebati.

“ Tolong ambilkan kak mangkuk besar atas meja tu”.

Iffah mengambil lalu menghulurkan padaku. Aku alihkan macaroni goreng dari kuali ke dalam mangkuk besar.

“ Wah !! nampak sedap la Kak Rin”.

Aku hanya tersenyum sebagai balasan.

“ Dah start bakar ka? “, soalku.

“ Baru start letak ayam..lama betul nak bakar arang tu..Abang Chik bukan reti pun , baik ada Abang Ngah”.

Aku tergelak kecil mendengar komen Iffah. Mana tidaknya , tadi bukan main berlagak Encik Imran tu mengaku yang dia mahir bab-bab barbeque.

“ Rin jangan pandang rendah pada Im. Dulu kalau buat barbeque kat rumah , saya la tekongnya. “.

Kalaulah Iffah dengar kata-kata perasan Imran , mahu lagi teruk komen Iffah pada Abang Chik nya.

Aku taburkan bawang goreng dan potongan cili di atas makaroni goreng itu.

“ Dah siap . Iffah , tolong bawakan nasi goreng dengan macaroni goreng ini ke depan. Kak nak kemas dapur kejap , nanti kak ke depan.”


…………………………………

 
Siap menyiapkan bara api untuk barbeque atau dalam erti kata lain lebih banyak membantu Abang Ngah , aku letakkan beberapa ketul ayam juga ikan. Sementara menunggu , aku lihat sekeliling. Ada Emak sedang bersembang dengan Mak Ngah sesekali disampuk Kak Nia. Tampak gembira , sudah lama aku tak nampak senyum gembira itu dimuka Mak Ngah , ada rasa lega sedikit.


“ Apa yang kamu menungkan tu , Imran? “,

“ Takda pa..saja tengok-tengok , sementara menunggu ayam dengan ikan masak ni “, aku balik-balik kan ikan dan ayam itu.

“ Tak masak lagi tu “, Abang Ngah pun sama membantu membalik-balik kan

“ Dah lapar ? “, soalku pada Abang Ngah.

“ Boleh tahan lagi. Tadi lunch pun dah lewat “.

Iffah membawa masuk nasi goreng. Terliur aku.

“ Iffah , tolong ambilkan Abang Chik nasi goreng tu sikit “, arahku pada Iffah sebelum sempat dia meletakkan mangkuk itu di atas meja.

“ Ambil sendiri la , malas betul. Kesian Kak Rin dapat suami macam ini , dia penat-penat memasak kat dapur , abang relax je kat depan eh “, leter Iffah padaku.

Aku lantas bangun ingin mengambil sendiri nasi goreng.

“ Mana ada macam itu. Abang Chik selalu la tolong Kak Rin kat dapur. Eleh tak nak ambil sudah , orang boleh ambil sendiri la “, balasku lalu aku menyedok sendiri nasi goreng ke dalam pinggan.

Aku duduk di tempat tadi. Abang Ngah masih sibuk membalik-balikkan. Sudah ada ayam dan ikan yang siap dibakar.

“ Abang Ngah , jemput makan “, pelawa aku pada Abang Ngah.

“Ye , kejap lagi abang ambil “, balas Abang Ngah.

Belum sempat Abang Ngah mengambil makanannya sendiri , Kak Nia sudah datang menghulur sepinggan nasi goreng untuk Abang Ngah. Itulah Kak Nia yang dia kenal , isteri misali. Kagum aku dengan sepasang suami isteri ini, perkahwinan mereka adalah percaturan keluarga namun mereka tampak bahagia.

“ Untung kan Abang Ngah dapat Kak Nia. “, tanpa sedar aku bersuara.

Ternyata Abang Ngah pun terkejut dengan pujianku yang tiba-tiba.

“ Untung?Apa maksud kamu ?”,

“ Takda la..Abang Ngah dengan Kak Nia kan kahwin emak yang aturkan , tapi nampak macam kahwin suka sama suka , nampak bahagia “,

Abang Ngah hanya ketawa.

“ Biasalah hubungan suami isteri ada pasang surutnya , ada turun naiknya. Bukan mudah untuk dua orang yang tak berkenal , untuk timbulkan rasa cinta itu. Tapi bak kata orang , bercinta selepas kawin itu kan lebih indah. Itu yang Abang Ngah dengan Kak Nia rasa. “, bicara Abang Ngah panjang lebar.

“ Kamu lagi beruntung dapat Rin. Rin itu kawan baik kamu. Abang Chik sendiri selalu cakap Rin selalu faham kamu , dia kawan terbaik kamu. Jadi kamu lagi beruntung dari Abang Ngah kan? “, sambung Abang Ngah membuatku tersentak.

“ Jaga Rin itu baik-baik. Hargai dia sebelum terlambat”, Nasihat Abang Ngah lagi.

Dan pada masa yang sama , bayangan muka Rin turut muncul dengan senyuman. Rin yang sentiasa dengan senyuman walau dia tengah gembira mahupun sedih. Itulah Rin kawan terbaikku.

Ya , aku bagaikan baru tersedar.

Lantas , aku bangun mahu bergerak masuk ke dalam rumah , terserempak dengan Iffah yang memegang semangkuk macaroni goreng.

“ Eh nak pergi mana kalut-kalut ni ? “,

“ Kak Rin mana? “, terus aku tanya.

“ Kak Rin tengah kemas-kemas dapur. Nanti dia keluar la “, Iffah terus ke hadapan meletakkan mangkuk macaroni goreng itu di atas meja.

Aku masih tercegat di situ. Seakan ada video yang mengulang tayang segala perbuatanku pada Airin , sahabat yang pernah aku tegaskan yang dia kawan terbaikku.

“ Abang Chik..kenapa ni?”, ternyata Iffah tertanya dengan gelagatku.

“ Airin..”, itu sahaja yang mampu aku ucapkan.

Iffah yang tidak tahu apa-apa terus mengelakkanku.

“ Kot ye pun rindu Kak Rin , duduk la dulu. Macam orang anggau saja Abang Chik ni “, suara Iffah yang kuat ternyata didengari yang lain.

Dan dengan itu aku terus-terusan diusik dan digelakkan.


 ………………………………………………



Selesai mengelap dapur serba sedikit , aku terus ke depan. Dari jauh terdengar gelak ketawa.

“ Haa sampai pun..ni suami kamu cari ni..” terus suara Mak Ngah terdengar.

“Haa “, blur aku sebentar.

Imran terus datang ke arahku.

“ Kenapa ni? “, soalku pada dia perlahan seakan berbisik.

“ Emm ada benda nak tolong lagi ka? “, soalnya pula pada aku.

Lagi pelik aku rasakan.

“ Takda dah..Tinggal nak bakar dengan makan je la..”,

“ Owh , ok..Jom makan..”, lantas dia tarik tangganku perlahan ke arah kerusi bersebelahan dengan dia.

Dia turut hulurkan sepinggan nasi goreng beserta ayam goreng dan sosej.

“ Eh banyaknya..Rin tak boleh habiskan ni..”

“ Ala Rin makan je..Kamu tu dah makin kurus emak nampak”. Emak bersuara.

Sebenarnya aku tak lalu makan. Penat lebih banyak menguasai berbanding lapar. Aku masih rasa serba-salah.

“ Takpa , makan saja dulu. Nanti kalau tak habis , saya tolong habiskan.” Pujuk Imran lagi.

Akhirnya aku hanya mengangguk setuju.


………………………………


Mereka semua pulang akhirnya. Penat aku memujuk emak dan Mak Ngah untuk tidur di sini sahaja memandangkan malam sudah larut.


Namun ada sahaja jawapan mereka.


“ Takpa , dekat ja rumah pun..”.

“ Takpa , kami tak nak kacau pengantin baru..”.


Pengantin baru la sangat , dah dekat 6 bulan sudah usia rumah tangga yang diibaratkan macam teman serumah ini.

Selesai mengemas apa yang patut , aku rehatkan diriku sebentar di sofa di ruang tamu. Penat yang amat tetapi terima kasih juga pada Encik Imran yang banyak membantu malam ini. Angin dia baik betul malam ini. Mungkin juga kerana kehadiran Mak Ngah.

Tanpa sedar aku mengeluh.

“ Penat ?”, Imran tiba-tiba muncul dan duduk di sebelahku.

Aku hanya mampu menganguk dengan mataku yang makin kuyu.

“ Masuklah bilik , terus tidur.”, saran dia.

“ Kejap nak rehat. Nanti saya masuk “, kataku dengan mata yang tertutup.

Dalam mata yang tertutup , aku dapat rasakan ada seseorang mengurut bahuku perlahan. Dan aku pasti ‘seseorang’ itu pastinya Imran , teman serumahku. Malas mahu bertengkar jadi aku biarkan sahaja Imran mengurut.

Tanpa sedar , aku terus tertidur.

Tersedar kembali sudah pukul 3 pagi , aku sudah selamat diselimutkan dan ditidurkan di atas katil. Terasa seperti zaman kecil dahulu , tidur di tempat lain , bangun di tempat lain , terima kasih kepada arwah superman abah. Ternyata aku ada superman baru. Itu mimpi indah aku sebelum aku kembali tertidur.

……………………………………………..



that's all
Salam Aidilfitri ^_____^

Thursday, August 9, 2012

Rahsia Hati Airin 18



 Assalamualaikum , 
seperti dijanjikan - ini sambungannya ^____^

Rahsia Hati Airin 18





Sedih dengan gelagat dingin Imran. Aku rindu Imran yang dulu , mengingatkan aku pada zaman sekolah dulu. Kami sangat rapat. Memandangkan aku selalu digandingkan dengan Imran dalam apa-apa projek sekolah , selalunya dia jadi ketua dan aku penolongnya. Sehinggakan jadi bualan teman mengosipkan kami berdua. Tentunya Najmi antara orang yang seringkali mengusik sehinggakan aku mengamuk suatu masa dahulu.

Seringkali aku sedih dan Imran , sahabatku itu yang akan jadi penenang.

“ Im dengar Rin tolak nak jadi timbalan pengarah untuk Minggu Penghayatan Islam tu?”.

“ Aah , saya bagi chance pada orang lain “, balasku menjawab persoalan Imran namun mataku masih pada buku , tak membalas pandangan Imran.

Imran ternyata tidak puas hati dengan balasanku , lantas dia mengambil tempat di kerusi berhadapan dengan mejaku.

“ Ala Rin janganla macam ini , Im dah selesa kerja dengan Rin. Rin tahu tak Ustazah Saidah cadangkan nama Suzana untuk jadi penolong saya. Tak nak saya “, jelas muka cemberut Imran.

Aku terus tergelak.
Imran geram , mencerlung padaku.

“ Ok apa? Suzana itu kan peminat Im , mesti dia ikut sahaja cakap Im , senang nak bagi arahan nanti “, balasku dengan gelak yang masih bersisa.

Suzana , rakan kelas sebelah kami. Dia memang secara terang menunjukkan dia minat pada Imran. Baik orangnya. Namun kerana sikap terus-terang Suzana , Imran jadi tidak selesa. Suzana juga pernah bertemu denganku , terus-terang mengenai rasa hatinya pada Imran.

“ Rin takda apa-apa kan dengan Imran ? “, itu soalan pertama Suzana padaku waktu itu.

“ Takda apa-apa. Kami kawan sahaja “, jawabku , menarik senyumku lebih panjang untuk meyakinkan Suzana.

“ Ok , bagus !! “, ternyata jawapanku mengembirakan dia.

“ Sue memang suka dengan Imran? “,

“ Aah , Sue hanya jujur dengan perasaan sendiri”, Jawapannya yang terakhir buat aku fikir panjang. Ya , kita boleh menipu semua orang tetapi kita tidak menipu diri sendiri jadi lebih baik jujur. Itu prinsip Sue dan aku menghormati prinsip itu. 

“ Ish , kesitu pulak. Please Rin. Jangan macam ini. Cuba cakap pada Im , kenapa Rin tak nak? Im nak dengar 10 alasan !! “, tegas Imran bercakap mengejutkanku dari ingatanku tentang Suzana.

“ 10 alasan ye..”, sengaja aku buat gaya berfikir.

“ Ye , 10 alasan. Kalau tidak , Im pun reject. Tak nak Im jadi pengarah. “, balas dia.

“ Eh , tak boleh macam itu. Kesian Ustazah Saidah , lagipun siapa lagi yang ada “, aku mula rasa serba-salah.

Im sengaja diam , tidak membalas.

“ Im , Rin bukan apa , Rin rasa tak selesa la. Im sedar tak kawan-kawan kita asyik cakap pasal kita , kononya kita ada affair la. Rin banyak fikir pasal benda ni kebelakangan ni dan Rin rasa kita kena jarakkan sikit. “, terangku pada Imran. Sungguh , itu yang aku rasa. Dalam masa yang sama , aku perlu jaga hatiku ini. Hatiku terasa goyah dengan usikan yang lain.

“ Mulut orang Rin , mana boleh kita tutup. Yang penting , kita kawan kan. Rin kawan terbaik Im. Tiada siapa boleh ganti tempat tu “, kata-kata Imran buat aku terkesima , tidak tahu membalas apa.

“ Rin…”, aku cuba membalas namun tiada isi.

“ Rin , kita kawan kan, kawan selama-lamanya kan..”, Kata Im lagi.

“ So , please kawan , help me . Kita kerja sama-sama lagi ye. Im janji ini last. Lepas ini kita dah nak SPM pun. Please !! “, Pujuk Imran.

Dan akhirnya aku hanya mampu mengangguk.



…………………………….



Telefonku berbunyi berkali-kali namun tidak dapat aku jawab kerana tanganku sibuk membuat dressing pada kaki seorang pesakit yang menghidap kencing manis.

Sehinggakan Murni ,jururawat yang membantu turut bertanya
“ Telefon doktor berbunyi banyak kali tu , nak mintak tolong saya tengokkan..”,

“ Boleh juga , tolong ambilkan phone dekat sebelah kanan white coat saya ni “,

“ Doktor , Imran yang telefon “,

Terkesima aku sebentar. Mana tidaknya , tak pernah-pernah Imran telefon.  Akhirnya deringan telefon itu berhenti. Namun tidak lama , deringan itu kembali berbunyi.

“ Doktor , nak jawab ke tak ni ? Saya boleh tolong pegangkan. “.

“ Tak perlulah , tolong silent kan phone saya , nanti saya telefon dia balik “,

“ Ye la , takkan doktor nak jawab panggilan encik husband doktor depan kami kan , tak romantik la kan..” sempat lagi Amira mengusikku.

Dan Kak Mar , pesakit itu yang mendengar turut mengelakkanku dan menyampuk “ni pengantin baru lagi ni. Itu yang rindu-rinduan tu , asyik calling je , kan Murni?”.

Dan mereka sama-sama ketawa , seronok berjaya mengusikku.

Aku hanya tersengih dalam hati. Mana tidaknya , hubungan aku dengan Imran jauh panggang dari api jika dibandingkan dengan bayangan Murni dan Kak Mar.

“ Ok dah selesai. Kejap ye kak saya kemas sedikit barang-barang ini “, suaraku.

“ Takpa doktor , biar saya kemaskan. Doktor pergi la call hubby doktor “, kata Murni , sempit mengenyitkan matanya.

Aku terus tergelak dan membalas “ Ye la , saya pergi telefon kejap . Seronok ye mengusik. Nanti tolong assist saya buat pleural tap untuk patient bed 12 , Pak Cik Rahman tu ye.”

“ Yes , Bos !!”, balas Murni.

Dan aku terus ke bilik yang disediakan untuk doktor pelatih.

13 missed called

Terkejut !! Aku lihat detail panggilannya.

2 missed called dari Mak Ngah , 1 missed called dari emak dan

10 missed called dari Imran !!

Selepas kahwin , aku tidak pernah menerima walaupun satu mesej dari  Imran apatah lagi panggilan telefon.

Fikiranku mula dihantui perkara-perkara yang menakutkan. Ada benda buruk berlakukah?

Aku dial nombor telefon Imran namun tiada jawapan. Kerisauan melanda.

Telefonku kembali berbunyi, tertera nama Imran di skrin telefon.

“ Assalamualaikum Im , ada apa-apa masalah ka?”,

“ Walaikumusalam..Emak dengan Mak Ngah ada telefon tadi.”,

“ Ada sesiapa sakit ka? “, tanyaku terus.

“Ada pulak macam itu , mana ada sesiapa sakit”,

“ Lepas tu ada orang meninggal ka? “, tanyaku lagi

“ Eh , cuba bagi saya habis cakap dulu..Macam ini , Emak dengan Mak Ngah telefon tadi , cakap diorang nak datang rumah petang ni..Diorang telefon awak pagi tadi , awak tak jawab.”,

“ Owh alhamdulilah..ingatkan ada apa-apa jadi..”,

“ Awak ni lawak la Rin..tak berubah eh perangai kalut awak tu”, gelak Imran pada aku.

“ Ye la risau la saya. Awak telefon berkali-kali , ingatkan ada benda penting “,

“ Benda penting la ni..Mak Ngah, emak nak datang rumah “,

“ Eleh , bukan awak selalu tak kisah ka? “,

“ Takda la , Mak Ngah telefon saya terus. Serba salah juga saya. “.

Ye , Mak Ngah , bakal mak mertua tak jadi Imran. Dia begitu menjaga dan menyayangi Mak Ngah seperti mana dia menyangi Lia.

“ Ok la , awak ambik saya petang ni di hospital , lepas tu kita pergi terus ke Giant. “

“ Pergi Giant buat apa pula ? “,

“ Imran , barang dapur mana ada encik abang oii , kena beli barang dapur la “,

“ owh..ok , pukul 5 tepat saya pergi ambil , jangan lambat !!”, arahnya sebelum pantas panggilan diputuskan.



…….



Sesampainya kami di Giant , aku terus mengambil troli dan menolakknya terus ke bahagian basah.

Dalam otak masih berkira-kira mahu memasak apa-apa.

“ Nak masak apa ni ? “, aku tanya terus pada Imran yang mengikutku dari belakang.

“ Manalah saya tahu. Awak yang tukang masaknya. “, balas dia.

“ Hmm awak nak makanan berat ke ringan? “,

“ Biasa-biasa sudah. Saya tak bawa banyak duit ni “.

“ Kedekut..saya pun ada duit la “, balasku perlahan namun masih didengari Imran

“ Bukan kedekut hanya berjimat untuk masa depan “,

Melihat sekilas pada ayam yang sudah dimarinated siap yang dijual di Giant , buat aku terfikir ,
“ Haa saya ada idea , kita buat barbeque nak..saya goreng nasi sikit , dengan macaroni goreng , kita bakar la ayam , ikan tambah dengan sosej sikit. Buat air asam sikit. Uissh sedapnya !! “, kecur air liurku berbicara menu anganan aku.

“ Ikut awak la “, balas Imran akhirnya berlalu pergi.

Aku tahu dia pun kecur liur tu.

Thursday, August 2, 2012

Rahsia Hati Airin 17


Assalamualaikum ,
Ok , memandangkan ramai comment yang post saya pendek , kali ini saya postkan entri yang lebih panjang ^_^
InsyALLAH saya cuba post once a week , every Thursday. 

enjoy~

Rahsia Hati Airin 17





Sesampainya di rumah , di kampung halaman Imran , aku terus masuk ke dapur. Kelihatan Kak Long dan Emak tengah sibuk menyiapkan makanan tengahari.

“ Assalamualaikum emak , Kak Long , iffah , Kak Nia..”

“ Haa sampai pun orang jauh ni..Imran mana? “, emak bertanya sedangkan tangannya sibuk mengacau rendang ayam di kuali.

“ Ada kat depan..Bersembang dengan Abang long..wahh masak rendang ayam , sedapnya..Ada apa yang boleh Rin tolong ? “, teruja aku melihat lauk-lauk masakan emak. Ada rendang ayam , ada ketupat , juga ada nasi tomata dengan ayam masak merah. Meriah betul makan-makan hari ini.

“ Aah..Nak minta tolong Rin buat pudding roti..boleh? “, Kak Long bersuara.

“ oh, boleh saja..Bahan-bahannya ada? Mengidam ke Kak Long? “, usikku pada Kak Long yang sedang mengandungkan anak keduanya.

“ aah Kak Long mengidam , dari tadi dia tunggu Kak Rin sampai “, sampuk Iffah , adik bongsu Imran pula.

“ eh memandai je eh adik ni..sebenarnya adik pun teringin nak makan puding roti kan?”, Kak Long membalas.

“ ok..tak kisah la sapa nak makan..Rin buat ye puding roti ni..”.

Lantas aku siapkan acuan puding roti. Aku panaskan dulu butter. Rotinya aku koyak lalu aku cmpurkannya dengan susu , gula , telur kuning , kismis dan butter yang telah dipanaskan. Setelah siap semuanya , aku masukkan ke dalam oven. Selepas ini , hendak buat kuah dia pulak.

Mudah.

“ Eh dah siap..Kak baru ingat nak belajar “, Kak Nia , isteri Abang Ngah bersuara. Serba salah aku di situ.

“ Buat la lagi satu..Rotinya banyak lebih lagi kan..”, Emak memberi cadangan.

Dan sekali lagi prosesnya diulang dengan tambahan anak murid.

“ Senang je kan..Nanti kita buat kuah dia pulak..lepas ni boleh la Kak Nia buat untuk Abang Ngah..”, balasku senyum.

“ Cepat betul Rin buat..Mahir betul..Mesti selalu buat untuk Abang chik ni..”.
Terdiam aku di situ. Abang Chik itu panggilan buat Imran di rumah ini.

Bukan setakat nak memasak , nak berjumpa pun jarang. Jawabku hanya dalam hati.

“ Mestilah..Abang Chik la peminat nombor satu puding roti Kak Rin..”, balas Iffah akhirnya.

Dan aku hanya senyum sebagai balasan. Rasa tawar.

……………………………………………………..

“ Ok dah siap semuanya..Jom makan..”, Iffah senyum suka

“ Dah-dah..Pergi panggil ayah , abang long , abang ngah ngan abang chik..” emak bersuara.

Bersama di meja makan dengan ahli keluarga Imran , membuatkan aku terasa berkeluarga kembali. Setelah peninggalan ibu dan abahku , aku hanya ada Mak Ngah dan Lia. Itu pun jarang berkumpul semeja. Ada rasa sayu bermukim dan ada harapan yang berbunga moga keluarga ini bahagia selamanya.

“ Kenyangnya..”, iffah bersuara. Suka benar dia. Pulang rumah hujung minggu setelah banyak masanya dihabiskan di kampus.

“ Cuba cakap alhamdulilah ka..Baru ada berkat sikit..”, Abang Ngah menegur.

“ ye..alhamdulilah..emm Kak Rin , nak puding roti boleh? “, balas iffah.
Dalam kenyang , sempat lagi dia meminta.

“aik..Tadi kata dah kenyang..”, Kak Long bersuara.

Aku hanya tersenyum , lantas membawakan diri ke dapur untuk mengambil puding roti dari peti ais.

Dari dapur terdengar suara balas membalas yang sekali lagi buat aku tersenyum. Sungguh , aku rindu suasana kekeluargaan begini.

“ Ok , ini puding rotinya buat Iffah tersayang..”, aku hulurkan satu piring puding roti buat Iffah sebelum membahaginya pada yang lain.

“ Terima kasih Kak Rin”.

Dalam aku sibuk membahagi , Imran tiba-tiba bangun.

“ Eh abang chik , tak nak makan puding roti ka? Ni bukan favourite abang chik ka?”, tegur Iffah.

“ Takpa la , dah kenyang.”, dan dia terus berlalu pergi.

………………………………

Seleraku juga terbantut , lantas aku bawa diri ke dapur.
Mengemas apa yang patut , membasuh pinggan mangkuk yang ada.

“ Rin , tak yah basuh la..tinggal je biar Iffah yang basuh nanti”, suara emak mengejutkanku yang sedang dalam duniaku sendiri.

“ eh takpa je..tak susah pun”, aku membalas , tanganku masih sibuk membasuh.

Lama diam bertamu , sebelum emak bersuara.

“ Rin , emak minta maaf ye..”, terdengar suara emak dekat di telingaku.

Terkesima aku sebentar.
Cepat-cepat aku basuh tanganku dan aku pegang tangan emak.

“Emak, emak takda buat salah apa pun pada Rin..”, aku cuba salurkan rasa keyakinan pada emak.

“ Rin bahagia?”, tanya emak.

Dan sekali lagi aku diam. Terasa sukar untuk aku jawab soalan ini.

“ Rin bahagia dan Rin lagi bahagia kalau emak gembira”, ringkas jawapanku dan ia penuh pengertian.

Biar yang lain bahagia dan aku pasti bahagia.

Dan kami sama-sama berpelukkan selepas itu. Aku berharap sangat aku dapat membahagiakan hati emakku ini.

………………………………

Pulang dari rumah Imran malam itu , aku kuatkan hati.
Ada benda yang perlu aku selesaikan malam ini dengan Imran. Aku tekad.

Walaupun berdua dalam kereta , namun sunyi menemani. Tiada kata terluah antara mereka.

“ Rin ada benda sikit nak cakap dengan Im “.

Imran hanya diam membisu. Tidak membalas kataku.

“Awak dengar tak ni? “, aku kuatkan sedikit suaraku. Agak geram dengan respon membisu Imran.

“ Dengar.”, itu sahaja balasan Imran. Lagak bosan terjelas.

Aku tarik nafas dalam-dalam. Cuba membina ayat.

“ Rin tak suka dengan apa yang berlaku tadi. Emak sedih sangat tadi”,  aku terasa kembali sayu mengingatkan wajah emak tadi.

“ Sebab itu saya tak nak balik. Awak jugak yang beria nak balik tadi”,

“ Itu bukan pointnya. Kalau kita tak balik , emak tetap akan sedih. Apa salahnya kita buat emak gembira.”, balasku.

“ Ye tak salah..Masalahnya kita sendiri tak gembira..”, Degil. Itu yang aku dapat simpulkan.

“ Mereka orang tua kita, Im..Mereka cuba bahagiakan kita walaupun semua benda ni seakan dipaksa..Kesian kat diorang, Im..Sampai bila awak nak tengok muka diorang dipenuhi dengan rasa bersalah bila tengok keadaan kita ni..” aku kembali bersuara. Sayu.

Imran mendengus. Tidak puas hati lagaknya.

“ Rin faham Im tak boleh terima semua ni..Semua ni berlaku terlalu mendadak..Rin tak minta lebih, Rin hanya harap kita boleh jadi macam dulu..berkawan macam dulu..jadi sahabat daripada jadi musuh macam sekarang ni..Tunjukkan pada orang tua kita yang kita bahagia, sekurang-kurangnya buat diorang rasa lega..Saya tak sanggup dah tengok mata sedih dan muka bersalah diorang setiap kali tengok kita..Saya sayang orang tua kita sebab saya dah takda orang lain selain daripda mereka ” lagi sekali aku bersuara.

Terasa ada air mata yang turut turun waktu itu. Cepat-cepat aku sembunyikan rasa sayu itu.

Diam. Tiada suara terkeluar dari mulut Im.

Aku dapat rasakan sedikit sebanyak ada yang terkesan dalam hati.


“ kita kawan kan, im..kawan selama-lamanya kan..”,  aku ulang kembali ayat persahabatan yang pernah diucapkan Imran padaku suatu masa dahulu.


Saturday, July 28, 2012

Rahsia Hati Airin 16


Assalamualaikum ,
Another short entry for this week 

enjoy~

Rahsia Hati Airin 16 


 



Sudah sebulan tempoh perkahwinan kami namun ternyata tiada perubahan.

Imran dengan kehidupannya sendiri dan aku dengan kehidupan aku sendiri. Lebih-lebih di saat ini , kehidupanku lebih banyak dihabiskan di hospital . Dan Imran sendiri lebih banyak menghabiskan waktunya di luar berbanding di rumah.

Dan di saat ini ada rasa lega yang muncul, memikirkan kami tinggal di rumah sendiri. Biarlah yang lain tidak tahu apa yang terjadi antara kami. Tidak sanggup aku kecewakan Mak Ngah mahupun emak dan ayah Imran.

Namun deria rasa orang tua lebih peka. Walau sejauh mana kami cuba sembunyikannya , cepat mereka ketahui.

Suatu petang, aku menerima panggilan Emak Imran.

“ Rin, Rin sihat ? “, mesra kedengaran emak di sebelah sana.

“Alhamdulilah Rin sihat. Sibuk sikit je la. Maaf ye mak , lama tak telefon “,
Walaupun hubungan aku dan Imran semakin jauh , namun sedaya boleh aku cuba kekalkan hubungan mesraku dengan emak Imran .

“ Takpa..Mak faham..”, sayu aku mendengar balasan emak.

“Mak sihat? Ayah sihat?”, tanyaku pula.

“Alhamdulilah. Sihat orang tua. Biasa la sakit-sakit lutut tu. Im sihat?”,

“ Im..Dia sihat..Sibuk sikit dia kebelakangan ni..”, jawabku sebaik mungkin.

Jujurnya sudah 2 hari aku tidak bersua muka dengan suamiku itu. Dari semalam aku di hospital , oncall semalam dan siangnya masih di sini , petang ini baru boleh pulang ke rumah. Letih fizikal dan mental.

“ Esok emak ada buat makan-makan sikit , balik kampung ye..Kak long sekeluarga dengan Abang Ngah pun ada balik..ajak Imran balik kampung ya..”, lembut suara emak memujuk.

Lemah aku mendengar. 2 minggu lepas , ada juga emak mengajak. Namun Imran tegar untuk tidak pulang. Serba-salah aku dibuatnya.

Aku tahu emak sengaja membuat pelbagai agenda, cuba merapatkan kami kembali. Juga cuba mengambil hati Imran kembali. 

Dan dengan itu , aku bertekad mahu pulang juga. Akan Aku cuba paksa Imran untuk pulang bersama aku.Aku mahu pastikan kami tetap sampai ke rumah emak esok. Aku tekad !


………………………


Aku tebalkan muka. Berkali-kali aku pujuk Imran. Walau sejauh mana pun dia berubah , aku tahu di sudut jauh hatinya , dia masih Imran , sahabat baikku suatu masa dahulu.

“ Jom la Im..Kesian emak..Kak Long ngan Abang Ngah pun ada balik..”

“Tak nak..Penat..”, hanya itu balasan dia berulang kali.

“ Penat..ok saya urut nak ", pantas dia menolak tanganku , tidak mahu diurut.

Aku cuba buang jauh-jauh rasa terkilan. Sekali lagi aku mencuba.

" Takpa..Kalau macam itu , biar la Rin yang drive kita balik kampung…ok ? “, akhirnya aku memberi cadangan yang agak pelik. Ye la , aku ni nama aja ada lesen kereta , tapi  boleh kira dengan jari tangan ja , berapa kali drive kereta sendiri. Penakut yang amat.

Mata Imran yang tertutup , terbuka luas. Sempat dia menjegilkan matanya ke arah aku.
Geram.
Namun aku buat endah tak endah.
Terasa kemenangan akan berpihak kepada aku.

“ Ok kita balik..Pukul 11 kita bertolak.. Im drive “, dia bergegas masuk ke bilik selepas itu.

Dan aku terus tersenyum.

Takda la susah sangat pun nak memujuk.

Aku terus tersenyum. Senyum ikhlas dari hati.

……………………………………

Thursday, July 26, 2012

Rahsia Hati Airin 15

Assalamualaikum semua ~

Maaf , result dah keluar 21 jun and since then tak sempat nak buka blog ni. Takda la sibuk pun hanya ada benda yang lebih penting perlu dibuat. Alhamdulilah , Alhamdulilah , Alhamdulilah, passed medical school , dan seperti janji saya , saya akan cuba post sebanyak mungkin sebelum saya start keja.


dan ini untuk semua :

enjoy~

Rahsia Hati Airin 15






Reda. Itu sahaja yang termampu.

“ Mak ngah minta maaf , Rin..” ucapan yang seringkali terucap dari mulut Mak Ngah dan akhirnya kami akan sama-sama menangis dalam pelukan masing-masing.

Mungkin ini takdirnya. Dan kerana itu aku terima.
Aku ingin bahagiakan orang di sekelilingku namun aku hanya manusia biasa , tidak mampu membahagiakan semuanya.

………………………………………………………………

Selesai kenduri , aku dan dia seakan orang asing. Tiada percakapan antara kami. Hanya bisu. Bisu yang telah bermaharajalela sejak aku mempersetujui cadangan emaknya dahulu.

Di mana janjimu sahabat , untuk bersamaku di kala susah dan senang.

“ Kita kawan kan, Rin..kawan selama-lamanya kan..”, dan ayat itu kembali bergema di kala sepi ini dan cepat-cepat aku kesat air mata yang mahu mengalir.

……………………………………………………………….


Selesai kenduri , aku terpaksa bergegas ke Ipoh untuk kursus induksi doktor pelatih. Penat namun aku seakan lega , jauh sebentar dari dia. Kekok.

Sebelum pergi ,

“ Rin pergi dulu..”, teragak-agak aku mahu melangkah. Perlukan aku menyalam dia yang sudah selamat menjadi suamiku ini atau berlalu begitu sahaja.

Dia diam. Aku pasti dia mendengar dengan jelas setiap patah perkataan yang aku ucapkan. Namun dia tetap dia , masih membisu. Penerimaanya buat aku gusar untuk bertindak.

Akhirnya aku membuka pintu bilik kami untuk melangkah keluar , sempat aku melihat dia sekali lagi sebelum melangkah keluar. Dia masih di situ , kaku.

Dan aku terus berlalu.

……………………………………………….

“ Puteri , terima kasih..aku dah tak tahu nak mintak tolong sapa dah ni..”, suaraku apabila aku masuk ke dalam kereta Puteri.

“ It’s ok..itulah gunanya kawan kan..”, Puteri bersuara ceria. 
Puteri , itu kelebihannya sentiasa ceria. Dia boleh membuatkan orang sekelilingnya turut sama ceria.

“ Kau ok? “, akhirnya Puteri bertanya soalan keramat kepada aku.

Aku cuba senyum kepadanya apabila dia mengilas aku. Namun terasa senyum itu tawar , kurang gula.

“ Aku kawan ko.It’s ok to spill it out , if you want to..”, kata Puteri lagi.

“ Dia dah jadi suami aku pun..Apa-apa aku cakap pun takkan mengubah apa-apa kan..”, aku bersuara. Cuba kuat. Tidak manis aku ceritakan kisah rumah tangga lebih-lebih lagi usia perkahwinan kami masih sangat muda.

Puteri hanya mengangguk. Faham.

“ Anyway , if u need somebody to talk to , aku ada “.

Thanks Puteri !!!!

………………………………………………………………………………

Induksi sudah tamat. Dan Alhamdulilah aku berjaya mendapat tempat di Hospital
Sultanah Bahiyah seperti mana aku idam-idamkan. 

Dan orang pertama yang aku khabarkan berita gembira itu pastinya Mak Ngah.

“ Alhamdulilah..Allah dah permudahkan segalanya “, itu balasan Mak Ngah setelah aku khabarkan berita gembira itu.

“ Itu la..Lega rasanya..Dekat dengan Mak Ngah..Alhamdulilah. “,

“ Dah fon Imran , cakap pasal benda ni? “, tanya Mak Ngah.

Aku terdiam. Sepanjang di induksi , aku pernah ingin menelefon dia. Menanya khabar. Walau apa pun terjadi , dia suami dan dia juga sahabat suatu ketika dahulu. Tipu jika aku katakan dia tiada dalam fikiranku sepanjang di sini. Dia pernah ada dahulu dan makin ada sekarang.

“ Belum..nanti Rin fon dia “, itu balasanku , takut berjanji. Takut tak tertunai janji itu.

“ Jangan macam tu. Walau apa pun , Imran suami Rin. Dia yang pertama. Mak Ngah ni kalau Rin tak telefon pun takpa.”, sedih suara Mak Ngah , aku dengar dari corong telefon.

“ Mana boleh..Rin ni kalau tak telefon Mak Ngah , rasa angau semacam ja..”, balas aku cuba menceriakan suasana. Aku tahu di sudut hati Mak Ngah dia rindukan Lia , satu-satunya anak tunggal Mak Ngah. Walaupun kecewa dengan Lia , rasa kasihnya melebih rasa kecewa itu.

“ Ya sangat la tu..Lepas ni jangan lupa telefon Imran tau..”, pesan Mak Ngah lagi.

Aku hanya mengiakan , tidak berani berjanji.

………………………………………………………..

Lama aku tatap telefon bimbit di tanganku. Gelisah.

Risau dengan penerimaan Imran.

Aku gagahkan diri , menelefon dia. Cuba buang jauh-jauh rasa takut dan cuba tanamkan semangat dalam diri.

Panggilan pertama, tiada jawapan. Lama aku biarkan nada deringnya berbunyi.

Diam sebentar.

Aku mencuba kali kedua. Sama. Tiada balasan dari si dia.

Kembali duduk.

Aku cuba kali ketiga. Tekad , ini kali terakhir mencuba.

Tiba-tiba , klik , panggilanku dijawab tapi senyap di bahagian sana.

“Assalamualaikum..”, aku memulakannya.

Diam. Tiada balasan. Hanya terdengar dengusan nafas orang di sana.

“ Im..saya ni Rin..”,

“ Ada apa ?? ”, kasar balasan dari dia .

Aku terkesima. Jujurnya , aku terasa.

“ Hanya nak bagitahu , Rin dah dapat tawaran hospital. Rin dapat Hospital Sultanah Bahiyah.” Laju aku bercakap. Cuba hilangkan jauh-jauh rasa terkilan dalam hati.

Diam . Tiada balasan.

Sekali lagi terkilan.

“ Ok la itu ja. Assalamualaikum.”, cepat-cepat aku tutup panggilan itu.
Selesai panggilan itu , tanpa sedar ada air mata yang turun.

Dari title sahabat ke title suami isteri , adakah ia akan berakhir kepada title tak boleh bersua sapa. Dia serahkan segalanya pada Tuhan , dia reda.

………………………………………..

Wednesday, June 20, 2012

RAHSIA HATI AIRIN 14




Assalamualaikum ,


one more entry pendek dari saya. 
*sori !!* just finish my final exam *huh-at last !!*
but now waiting for the result *cuak-yang-amat*
Tolong doakan saya pass medical school ni (^_^)
insyALLAH dah lulus , saya cuba update bebanyak sebelum saya stat masuk kerja ye *promise !!*



 here the next entry ~


RAHSIA HATI AIRIN 14





Dan ketakutanku menjadi nyata, apabila keesokannya Lia hilang tanpa berita. Almari bajunya kosong dan bersama itu ada surat dia tinggalkan.

Assalamualaikum

Mak & Rin.

Lia minta maaf. Lia tak bersedia lagi. Batalkan perkahwinan Lia dengan Imran.

-Lia-


Pendek isi suratnya namun cukup membuatkan Mak Ngah dan aku terkejut. Ternyata Mak Ngah , adalah orang yang paling terkejut.

Sakit dadanya kembali menyerang dan petang itu juga dia dimasukkan ke wad di Hospital Sultanah Bahiyah.

……………………………………………………..

Seminggu Mak Ngah ditahan di Hospital dan dalam masa seminggu itu juga , aku berusaha sehabis boleh menjejaki Lia. Imran , bagaikan orang sasau mencari. Ternyata dia juga terkejut. Tiada tanda Lia tinggalkan.

Bila di tanya apa yang sebenarnya berlaku malam itu , Imran hanya diam membisu. Tidak sedikit pun dia ceritakan apa yang dia gaduhkan dengan Lia malam itu sampaikan Lia bertekad lari dari majlis perkahwinannya sendiri.


“ apa yang sebenarnya berlaku , Im?”, aku bertanya lembut.


Namun Im masih diam. Tiada jawapan.


“ saya tanya bagi pihak seorang kawan. Kawan kepada awak. Bukan sebagai sedara belah perempuan.kita kawan kan, im..kawan selama-lamanya kan..”,  aku ulang kembali ayat persahabatan yang pernah diucapkan Imran padaku suatu masa dahulu.


Imran akhirnya mengangkatkan kepalanya sedikit. Sekilas aku lihat raut muka sahabatku itu. Sedih , muram , tiada lansung cahaya terpancar dari raut wajahnya. Suram.


“ Saya tak tahu , Rin. Saya tak tahu apa salah saya Rin. Lia , saya sayang dia “.


Dan itu pertama kali saya melihat ada juraian air mata yang turun dari sahabat saya itu.

Terkejut dan ada rasa sedih turut bermukim.

………………………………………………………


Mak ngah sudah boleh pulang ke rumah. Dari segi fizikal keadaannya sudah stabil namun aku pasti dalaman Mak Ngah masih risaukan anak tunggalnya itu.

Lia, lia , cepat pulang. Jerit hatiku juga.

Petang itu kami dikunjungi emak dan ayah Imran.

Dan Mak Ngah berulang-ulang kali meminta maaf bagi pihak Lia. Sayu aku melihat.

Dan aku kagum sekali dengan penerimaan emak dan ayah Imran yang tenang.


“ mungkin dah takda jodoh diorang. “, itu sahaja yang terluah dari mulut emak Imran. Aku tahu dalam tenang , mereka turut rasa tempias dengan kehilangan tiba-tiba Lia.


“ majlis tu macam mana? “, akhirnya ayah Imran bersuara.


Kad sudah diedar, satu kampung dah tahu. Terasa beban menimpa mereka semua .


“ saya minta maaf sangat..”, sekali lagi Mak Ngah bersuara. Sedih. Aku peluk erat-erat Mak Ngah waktu itu. Hiraukan yang lain di situ.


“ sebenarnya kami ada caranya dan ada permintaan sedikit.”, emak Imran pula bersuara sambil melihatku sekilas.


Dalam masa yang sama , aku seakan tahu dan seakan reda dengan apa sahaja yang akan terjadi selepas ini.

………………………………………………….

Wednesday, March 14, 2012

Rahsia Hati Airin 13

sambungan pendek buat anda semua ^^ !!



Rahsia Hati Airin 13




Sekejap masa berlalu. Sedar tidak sedar. Tinggal lagi sebulan akan berlansung majlis perkahwinan Lia dan Imran.

Dan aku juga sudah dipanggil untuk induksi dan insyALLAH selepas itu akan ditempatkan di hospital. Harapnya aku ditempatkan di Hospital Sultanah Bahiyah. Boleh juga berulang pulang hujung minggu melawat Mak Ngah. Ye la selepas ini, Lia sudah menjadi isteri orang. Walaupun aku pasti Imran tidak menghalang Lia untuk pulang namun pasti ada batasan untuk Lia pulang selalu seperti dahulu.



“ Rin..” tiba-tiba lia masuk ke bilikku.

Sengaja aku pejamkan mata. Berlakon tidur.

“Rin !!! Lia tahu Rin tak tidur lagi !!! “, Lia sengaja menolak2 badanku , memaksa aku bangun.

“ ish budak ni lagi seminggu nak jadi bini orang pun duk wat perangai budak-budak lagi..apanya kacau orang tengah2 malam ni..”

“baru pukul 11 la, tengah malam apanya..”

“ye2..teruskan dengan urusan anda..”,

“Lia gaduh lagi dengan encik Imran..sakit hati betul..”

“aiyoo gaduh lagi..banyak pening wooo”,

Melihat reaksi aku , muka Lia makin mendung.

“ok2..jangan la sedih-sedih..Rin ada kat sini..cuba Lia cita pelan-pelan..apa masalahnya sekarang ni? “,lantas aku bangunkan diriku menghadap ke arah Lia.

Aku sedaya-upaya memberi konsentrasi yang penuh pada Lia walaupun jujurnya kelopak matanya sudah mahu tertutup. Ngantuk .

“ Lia letih la , gaduh-gaduh ni..tapi sejak nak dekat majlis , makin menjadi-jadi pulak “, luah Lia.

“ makin nak dekat majlis , makin banyak dugaan yang akan datang. Sebabnya encik tan bertanduk tu tak suka bila kita nak bina masjid. Jadi makin asyik la dia mengacau , buatkan kita dalam dilemma , buatkan kita selalu bergaduh dengan pasangan la. Macam apa yang berlaku pada Lia & Imran sekarang ni . ”, jelasku.

“ye Lia faham..tapi kan ada orang juga cakap , bila nak dekat-dekat majlis , asyik bergaduh, kemungkinan besar juga Allah nak tunjuk yang kita sebenarnya tak berjodoh pun dengan orang tu..” Lia membalas.

“aish ada pulak camtu..mana Lia dengar ni?”, terkejut aku dengan balasan Lia.

“ada la..orang cakap..”, balas Lia perlahan seperti sedang memikirkan sesuatu.

“dah-dah jangan nak fikir benda-benda pelik..Korang dah lama bercinta , dah 5 tahun lebih , dah kenal luar dan dalam , ni tinggal nak kawin je lagi..buang pikiran merepek-merepek tu..esok pagi contact Imran balik , berbaik dengan dia balik..ok..”, nasihat aku pada Lia.

Tapi Lia masih begitu. Diam.

“ Lia..Lia..”, sengaja aku gerakkan bahunya.

“Lia dengar..tengok la camna nanti..” balas Lia masih tidak bermaya.

“ Lia tidur je la sini..lama tak tidur berdua kan..lepas ni Rin dah tak boleh tidur dengan Lia dah..”, aku cuba mengubah topic , cuba menceriakan kembali Lia.

Diam tiada balasan.

“ Lia nak mintak tolong Rin , boleh? “ Lia bersuara akhirnya.

“ apa dia? InsyALLAH untuk Lia , Rin sanggup je buat apa-apa pun ..”, balasku tersenyum.

“kalau lia tak jadi kawin dengan Imran , rin kawin dengan dia eh”,

Dan dengan itu senyumanku terus mati !!

Friday, March 2, 2012

Rahsia Hati Airin 12

Rahsia Hati Airin 12



Pergaduhan antara Lia dan Najmi di Butik perkahwinan ternyata berlarutan lama. Semua mempertahankan pendapat masing-masing. Tidak mahu mengalah. Buntu . tempoh majlis tinggal lebih kurang 2 bulan lebih sahaja lagi.

Memikirkan seorang sepupuku, seorang sahabat, dua-dua aku sayang. Aku mula masuk campur.

Aku mulakan dengan Lia.


“ Lia..sampai bila nak camni ni? Mak Ngah pun dah risau..korang ni asyik bertingkah je..”


“apa pulak salah Lia, ni semua salah kawan baik Rin la ni..”


“ eh..kawan baik Rin tu tunang awak jugak tau..”

Sengaja Lia juihkan mulutnya tanda tidak setuju dengan kenyataanku.

Lawak.

“comel sangat la buat muka camtu..”, gelakku.

“ok macam ni. Rin ada satu cadangan. “,

“ cadangan apa?”,

Cadanganku aku jelaskan sebaik mungkin pada Lia. Lia ternyata berat untuk menerima tetapi setelah aku yakinkan padanya, dia menerima.


“ imran ok ke?”.

“ bab imran biar Rin yang setel..”,

………………..


Seperti dipersetujui kedua-dua pihak, aku bawa mereka berdua ke butik perkahwinan sahabatku, Puteri atau nama sebenarnya Syazreen Amira. Dia kawan sekolah kami, Najmi, aku dan Imran.

Menariknya mengenai Butik Perkahwinan milik Puteri ini adalah butik ini menawarkan perkhidmatan sewaan gaun-gaun perkahwinan yang menutup aurat. Tetap berfesyen tetapi masih menutup aurat.


“Puteri..”, jeritku sebaik sahaja masuk ke dalam butik.

Puteri terus berpaling dan kami berdua berpelukan. 5 tahun tidak berjumpa.

“lama tak jumpa..mai butik aku ni, ada makna la ni..hang nak kawin ka?”, puteri terus bersuara. Mulut banyak. Itu lah puteri yang dikenali sejak dulu.

“aish tak la..ni mai aku kenalkan bakal pengantin yang sebenarnya..”

“ni Lia, sepupu aku.’,

Lia dan Puteri bersalaman.

“ dan ni Imran Hafizi..ingat lagi tak? Budak sekolah kita gak ni..”

“haa ingat sangat la..muka hang tak berubah banyak la im..”.

“dah muka aku, takkan jadi muka orang lain pulak kan..”, balas imran.



“ok..apa yang boleh aku bantu?”,

“depa dua ni nak tengok-tengok gaun pengantin..nak sewa la..kalu dapat diskaun bagus gak..”,

“ok-ok..kalu ada rezeki hampa ada la diskaun sikit nanti aku bagi..”

“ida, tolong temankan bakal pengantin tengok-tengok gaun-gaun pengantin dekat atas..”, arah Puteri pada salah seorang pekerjanya.


Setelah kelibat Lia dan Imran hilang, kami berdua memulakan sesi jejak kasih kami.

“lama betul kan kita tak jumpa..”,

“ tu la 5 tahun dah kot..”

“hang dah kawin ka? “, tu soalan kontroversi.

“haha tak lagi..aku ni mana ada calon, nak kawin pun..”,

“ ye sangat la tu..ingat aku tak dengar yang najmi dah hantar rombongan merisik kat hang..jangan ingat aku taktau..”

Terkedu.

“ entah la..”,

“ awat bunyi tak bermaya ja..hang tak suka dia ka? Hang suka orang lain?”, sekali lagi soalan kontroversi keluar dari mulut Puteri.

“aku tak tau..”,

“ uish susah ni..”

“cakap dekat orang..hang camna?”,

“aku..aku memang takda calon pun..”

“ tipu sangat..dah buka butik perkahwinan yang besar camni, takkan takda yang sangkut..”,

“mana nak sangkut..yang mai semua bakal pengantin bagai..takkan aku nak kebas bakal suami customer aku kot..”

“bukan macam tu maksud aku, at least hang dah selalu bau-bau orang kawin, mana tau terlekat ka..”

Kami diam sebentar. Tiada topik.

“ dulu kan..aku selalu ingat hang akan dengan imran..maksud aku, aku rasa korang berjodoh, nampak sepadan..tapi kalau hang dengan Najmi, ok ja..korang pun Nampak sepadan..” kenyataan akhir dari Puteri membuatkan aku terdiam. Ada rasa yang kembali timbul di hujung hatiku.

……………………………………………………….

Akhirnya mereka sependapat memilih persalinan perkahwinan berwarna turqoiuse. Keduan-duanya seakan jatuh cinta dengan persalinan pilihan mereka dan dengan itu, dapat aku menghembus nafas lega.

Ingatkan tugasku sudah selesai. Alih-alih aku terpaksa meneruskan tugasku sebagai ‘pegapit perempuan’ , menemani mereka berdua memilih barang hantaran serta hadiah buat tetamu di kenduri perkahwinan. Dan seperti dirancang, najmi turut menjadi peneman.

Kekok. Kali terakhir bersua dengan Najmi, adalah di Kelantan semasa mereka bercuti di sana. Jujur aku katakan, aku seakan cuba menjauhkan diri daripadanya. Keliru dan buntu, tidak tahu jawapan apa yang perlu aku berikan buat Najmi.

Dan sepanjang hari itu, kami asyik menjadi bahan usikan Lia dan Imran. Geram bercampur malu. Sampaikan aku pura-pura merajuk dengan Lia, cuba berhentikan dia dari terus mengusik.

“ alamak, rin dah merajuk la..”, lia bersuara.

“merajuk ke buat-buat merajuk , nak Najmi pujuk la tu..”, Imran pula bersuara.

Dua2 kaki mengusik. Memang sepadan!!!

“ dah-dah la korang ni..kesian Lia..muka dah merah abis..”, akhirnya Najmi bersuara setelah asyik buat aksi cool, tidak kisah sedangkan dia asyik tersenyum suka dengan setiap usikan mereka.

“ uit2 akhirnya bersuara juga the white warrior kita ni..”, najmi pula menjadi bahan usikan solo mereka.

“korang ni kan..dah-dah la tu..g cepat pilih barang tu..kalau tidak aku ngan Rin protes, kami balik dulu nanti , tinggalkan korang pilih sendiri. “ najmi mengugut.

“ ye la..kami pergi la ni..”

Mereka berdua berlalu. Memilih sambil bertanya pendapat tuan kedai dalam memilih barang cenderahati buat para tetamu.

Sedang aku melihat beberapa mug yang ada..

“maaf” tedengar suara Najmi di belakang.

Aku tidak menoleh. Masih melihat kearah mug-mug yang ada, seakan mug itu yang bersuara.

“ maaf sebab najmi ada, diorang asyik usik Rin ja..”

Diam.

“ Najmi pergi dulu..”,

Aku lantas menoleh lalu memanggil namanya perlahan sebelum dia berlalu pergi.

“tak perlu rasa bersalah..diorang memang macam tu, suka mengusik. Mereka kan kawan kita , mestilah kita berdua kena ada untuk tolong. Jadi tak perlu rasa apa-apa. Kita buat tak layan je eh.”, balasku.

“ok. Saya tak kisah pun sebab saya suka ja diorang usik saya dengan awak “, balas najmi sambil tersengih.

“ Najmi !!! ‘, sengaja aku jengilkan mataku ke arahnya. Dan kami sama-sama ketawa. Kami seakan kembali seperti dahulu , kawan yang usik-mengusik dan tertawa bersama. Dan InsyALLAH kawan ketika susah juga.



p/s : sori buat semua tertunggu..huhu dah nak final..tolong doakan eh =)