Saturday, December 31, 2011

Rahsia Hati Airin 11

Rahsia Hati Airin 11



Sudah sebulan aku tamatkan tempoh pengajianku sebagai pelajar perubatan. Sementara menunggu giliran untuk dipanggil induksi dan sebelum aku dihantar berkhidmat di mana-mana hospital, aku hanya menganggur di rumah sambil-sambil membantu menyiapkan keperluan perkahwinan Lia dan Imran.

3 bulan lagi tempoh yang ada sebelum majlis perkahwinan Lia dan Imran. Sibuk juga aku ke sana ke sini menemani mereka membeli barang-barang keperluan majlis.

Hari ini aku menemani Lia mencuba gaun perkahwinannya.

Aku dan Lia tiba dahulu di butik perkahwinan memandangkan Imran ada kerja yang perlu diuruskan buat sementara waktu.

Sementara masa yang ada, kami melihat-lihat dulu gaun yang ada serta melihat beberapa album gambar gaun perkahwinan.

“cantik nya baju-baju kat sini..”, puji Lia teruja setiap kali dia melihat gaun-gaun yang ada.

Aku tersenyum.

“apa plan Lia? Nak pilih gaun yang macam mana? “, tanyaku sambil tanganku masih tidak lepas pada satu gaun perkahwinan yang agak menarik pada pandanganku.

“Lia ingat masa akad nikah, Lia nak pakai baju kurung Pahang yang lace warna putih..itu tak payah sewa kot..nak beli kain, tempah kat mana-mana..gaun waktu majlis pulak nak pilih gaun-gaun di sini la..tak pasti lagi nak yang mana atau warna mana sebab tak bincang betul-betul lagi dengan Im.”

Aku hanya mengangguk perlahan mendengar penjelasan Lia.

“eh mana Im ni? janjinya pukul 2 petang..ni dah lewat setengah jam ni..”. Lia memandang sekilas jam di tangannya.

“kejap lagi datang la tu..kita tengok-tengok dulu gaun yang ada ni..Lia minat yang mana?”, sengaja aku kalihkan pandangan Lia ke arah lain. Lia memang pantang benar dengan orang yang tak menepati waktunya. Risau juga dengan angin Lia dengan Imran kebelakangan ini. Asyik bergaduh je 2 mempelai ni.

“kalau ikut hati Lia, semua Lia minat..semua Lia suka”, jawabnya dengan sengih memanjang.

“ Rin suka yang mana? “, tanya lia pula padaku.

“watpa tanya Rin, bukan Rin yang nak kawin..” balasku pada Lia

“ ala nanti Rin nak kawin juga kan..cepat-cepat la bagi keputusan pada encik Najmi tu..dia dah setia menanti tu..angau je budak tu..bila terjumpa Lia, dia asyik tanya pasal Rin ja..”,

Terasa hangat mukaku.

“Rin suka baju ni “, aku terus menjwab soalannya sebelum ini, cuba mengelak tajuk Najmi dalam perbualan kami.

“eleh ubah tajuk..ye2 Rin suka baju ni ye..sebab tu dari tadi asyik pegang baju ni je..nanti Lia bagitau Najmi eh yang Rin suka Gaun ni “, balasnya dengan kenyitan mata.



15 minit kemudian akhirnya Imran muncul, menyelamatkan aku dari usikan Lia. Merajuk juga cik Lia ni tapi cepat sahaja berjaya dipujuk Imran. Ternyata Imran sudah pandai mengambil hati bakal isterinya.

“ayang, dah ada gaun mana yang berkenan? “, tanya Imran pada sayangnya, Lia.

“kalu ikut hati ayang, semua ayang suka..” Lia mula membuat aksi manjanya.

Aku tersegan sendiri bila sepasang kekasih mula buat sesi kasih sayang. Sayang atau ayang panggilan imran buat Lia manakala Lia memanggil Imran hubby atau bie. Malas nak masuk campur, aku ambil tempat di sofa di dalam butik itu dan mengeluarkan novel dari beg tanganku. Cuba membuang masa yang ada dengan membaca novel yang ada. Mataku terus di buku dan sesekali mencuri dengar perbualan Lia dan Imran.

“ tapi bie jangan risau, ayang dah wat list top ten yang ayang suka..”

“top ten..uish banyak tu..ni yang kena ambil tempat dulu ni..”, balas Imran lalu duduk di sofa single di sebelahku.

Aku hanya tergelak melihat muka cemberut Lia mendengar balasan Imran.

“ ala bie..ayang nak suruh Bie pilih la yang mana Bie berkenan dalam top ten tu”,

“ye2 memang la bie nak pilih la ni..”

Lantas Imran membangunkan dirinya, melayan karenah Lia.

Lia menunjukkan satu persatu Gaun yang dipilihnya dan ada saja komen dari Imran. Aku hanya diam seribu bahasa mendengar celoteh mereka berdua.

“bie ni, semua gaun yang ayang suka, bie tak berkenan..komen macam-macam..ada ja yang tak kena ”, Lia geram lalu mengambil tempat di sofa. Sakit hatinya dengan sikap encik tunang.

Imran menghantar pandangan padaku, cuba meminta pertolonganku memujuk Lia. Aku angkat bahu, tidak mahu masuk campur.

“Bukan Bie tak suka, tapi gaun yang ayang pilih semuanya terbuka sana terbuka sini, terbelah sana terbelah sini,jarang sana jarang sini..pendek kata, seksi la ayang..”,

“mana ada..sikit je..yang paling ayang suka, jarang bahagian tangan je..yang satu lagi tu belah bhagian bawah je sikit tapi still tutup..”, balas Li, tidak puas hati dengan padangan tunangnya.

“ Kalau ikut hati Bie, bie tak nak bersanding semua, tapi sebab ayang nak,jadi bie ikutkan saja..yang lain semua bie boleh terima dan ikut tapi bab baju ni, bie tetap nak bertegas yang Bie tetap tak setuju dengan gaun pilihan ayang. “, tegas imran meninggalkan Lia yang masih duduk di sofa.

“pa kata ayang pilih gaun ni ..” Imran kembali dengan satu gaun di tangannya.

Muka cemburut Lia berubah. Aku yang mengambil keputusan tidak mahu masuk campur, akhirnya turut sama melihat gaun pilihan Imran.

Gaun pilihan Imran adalah gaun pilihanku !!


* my favourite gaun * --> curi gambar ni dari seorang kawan di FB

Sunday, December 11, 2011

Rahsia Hati Airin 10

Rahsia Hati Airin 10


Mengikut rancangan Wawa, pagi itu selepas subuh mereka sama-sama mahu melihat matahari terbit di depan kawasan chalet mereka. Alih-alih Wawa yang pantas kembali ke katil selepas solat subuh. Lia pun turut sama mengikut jejak Wawa. Memikirkan mata yang seakan segar, aku membuat keputusan untuk pergi sendirian melihat matahari terbit.

Sesampainya di sana, aku mengambil tempat di salah satu batu besar di tepi pantai.


“assalamualaikum rin “,


Pantas aku mengalih pandangan ke arah suara itu. Aku menjawab salamnya dalam hati.
Najmi mengambil tempat di batu di sebelah tempatku duduk.

Sunyi menyelubungi suasana kami berdua. Terasa kekok berdua-duaan dengan Najmi tatkala itu. Lantas aku bangunkan diri mahu berlalu pergi.


"kejap rin..najmi ada benda nak cakap dengan rin “,


“ najmi tahu benda ni agak mengejut pada rin. Dan Najmi juga nak rin tahu,Najmi tak pernah memaksa. Najmi akan cuba sedaya upaya terima apa sahaja keputusan Rin walaupun keputusan tu tak berpihak pada Najmi. I will try my best to accept it. Tapi Najmi nak juga tahu apa pandangan Rin mengenai hal ni? Lebih kepada positif atau lebih kepada negative? “


Aku diam. Memikirkan masak-masak jawapan yang perlu diberi yang dalam masa yang sama tidak melukakan hati sahabat terbaikku, Khairul Najmi.


“semua ni memang menegejutkan dan terlalu cepat. Bagi Rin benda ni semua cepat sangat. Rin minta masa. Tinggal beberapa bulan je lagi Rin akan final dan insyALLAH beberapa bulan lagi Rin graduate. Rin rasa Rin nak masa beberapa bulan untuk tumpukan perhatian pada study. “,


Najmi hanya mengangguk tatkala aku bicarakan rasaku, namun jelas ada garis tak puas hati di matanya.


“ Najmi, Najmi adalah kawan terbaik Rin. Walau apa pun terjadi, Rin harap hubungan kita sebagai sahabat takkan terputus. “


Najmi menghadiahkan senyuman padaku namun terasa senyuman itu hilang serinya.


Aku mengangkat punggungku apabila rasa tiada sebab untuk aku terus kekal di situ.


Sebelum aku berlalu pergi, sempat aku menenangkan Najmi dengan kata-kata akhirku.


“tentang soalan Najmi tu..insyALLAH positif “, kata akhir dari ku sambil aku hadiahkan senyuman manis buat Najmi.


Najmi membalas senyumanku, berseri seakan sama dengan matahari yang baru terbit.


………………………………………………………………


“ eh ko g mana pagi tadi? Lepas subuh terus hilang..”, tanya Imran pada Najmi.


“ pergi tengok matahari terbit dengan Airin “, jawab Najmi dengan senyuman.


“ patutlah tersenyum je dari pagi tadi..”. gelak Imran.


“ Airin minta tempoh untuk berfikir..”, Najmi bersuara,mukanya mendung sekejap.


“ rin..dia memang macam tu..selagi dia tak pasti dia akan ambil masa tu untuk berfikir..mungkin akan lama..nasihat aku kalau kau betul sayang dia, tunggu dia dan dalam masa yang sama ambil hati dia..Rin tu sahabat dan wanita yang baik..dan kau jugak sahabat dan lelaki yang baik..korang sepadan..insyALLAH kalu ada jodoh,korang akan bersama..percaya cakap aku..”


“puji punya melambung..kalu aku tak tahu ko ada lia, mahu aku ingat ko dah jatuh cinta pada Rin. “


“ada pulak cakap camtu..ko nak ke bagi rin pada aku “, gelak imran


“lia dan rin..diorang sangat berbeza.. diaorang tu namanya sepupu rapat tapi kontra yang amat.lia manja, yang rin matang sesangat. Lia tu asyik merajuk je yg rin ni cool-heart semacam je,macam takda perasaan pun ada…..” sambung Imran lagi


“kau jaga rin elok2 eh..dia sahabat terbaik aku..kalu kau sakitkan hati dia, siap lah ko..” kata-kata akhir Imran yang mencetuskan ketawa Imran dan pada masa yang sama ada rasa lain yang timbul dalam hati Najmi.

...............

p/s : maaf lewat. maaf sangat-sangat, tulus dari hati. cuba menyempit menulis di kala sibuk yang teramat huhu maaf entry pendek jugak..nanti la ye pjg ckit ^^

Friday, October 7, 2011

Rahsia Hati Airin 9

Rahsia Hati Airin 9


Petang rabu yang berikutnya Najmi selamat sampai dengan adiknya,Najwa. Ingatkan hanya berdua, rupa-rupanya ada lagi 2 orang pengikut, Lia dan Imran.

Sesampainya mereka petang rabu tu, aku terus dibawa keluar dari USM ke Chalet PCB di Pantai Cahaya Bulan. 2 chalet tu itu teletak berhadapan dengan pantai. Ternyata Wawa adalah orang yang paling excited.

“wahhh..depan pantai..kak rin, esok kita tengok matahari terbit nak??tengok mtahari terbit depan pantai..” wawa memberi cadangan.

Aku hanya tersenyum mengangguk.

“ajak kak rin je? Orang lain tak nak ajak..dah jumpa kak rin tu sampai dah tak ingat orang lain dah..” balas Lia sambil menjuih bibirnya sedikit.

“ ala kak lia wawa dah selalu jumpa..kak rin ni bukan selalu jumpa..dah la jarang balik..”

“ye2 banyak je alasan eh..kamu ni kalu nak kuar ngan kak rin ajak la angah kamu sekali..dia dah rindu sesangat dah tu kat kak rin “, lia mula mengeluarkan kata-kata usikan.

Lalu wawa dan Imran berkongsi ketawa. Aku dan Najmi hanya diam,buat-buat macam tak dengar. Melihat gaya tak senang kami berdua,mereka semakin kuat berkongsi tawa.

…………………………………………………………………….

Malam itu seperti yang dirancang kami berjalan-jalan di Wakaf che yeh. Kami bertiga, aku,wawa dan lia yang berjalan-jalan dulu sementara Imran dan najmi parking kereta.

Wakaf Che yeh pada malam itu agak lengang berbanding malam hujung minggu. Kami berjalan di deret-deret kedai yang menjual tudung-tudung.

“wawa nak beli tudung ka?”, tanyaku pada Wawa.

“aah..tapi wawa nak tengok-tengok dulu..”

Kami membelek-belek beberapa tudung di hadapan kami. Merasa tekstur tudung sama ada sesuai atau tidak. Saat itu Najmi dan Imran tiba.

“ Angah nak beli tudung untuk kak rin ke?”, usik Wawa pada Najmi. Aku yang mendengar dari jauh, mula rasa kekok lalu beralih ke kedai sebelah yang berdekatan.

“pandai-pandai je mengusik. Kak rin dah lari. Malu la tu “, terdengar suara Lia membalas.

Najmi mengambil peluang, melihat-melihat tudung yang ada. Memang dia ada niat nak membeli tudung sehelai dua buat Rin tetapi dia sendiri tidak pasti mana satu pilihan hati Rin.

“ nak beli tudung untuk Rin ke? “, tegur Imran.

Najmi hanya mengangguk.

Saat itu Najmi tengah memegang tudung hitam bermanik penuh di tepi. Bagi dia tudung itu cantik dan dia pasti lebih cantik jika dipakai Rin.

“ Rin tak suka tudung camni. “, tegur Imran lagi.

“eh..camna kau tahu?”, balas Najmi musykil Imran mengetahui hal Rin sedalam itu.

“Rin kan best friend aku..”, balas Imran tersengih.

Najmi mula rasa tak sedap hati.

“ jangan risau la mie. Aku tau pun sebab aku pernah mintak tolong Rin temankan aku beli tudung untuk Lia dulu. Dia kata dia tak suka tudung ni sebab manik-manik ni memberatkan tudung, jadi tak berapa nak cantik bila pakai.”. terang Imran dengan lebih lanjut cuba menenangkan resah yang timbul dalam hati sahabatnya.

“cuba kau pilih tudung ni..aku rasa Rin suka tudung ni..”, imran menghulurkan tudung cream bersulam bunga coklat di tepi-tepinya.

Imran beredar memberi masa untuk Najmi memilih. Najmi , terkaku di situ, ternyata resah di hati masih menyelubungi.


………………………………………………


Dalam pukul 11 malam , kami meninggalkan wakaf che yeh yang masih hidup sedangkan malam kian kelam.


Sebelum pulang ke chalet, kami singgah makan di restoran berhampiran wakaf che yeh. Restoran itu menyediakan makanan laut segar. Pilihan makanan laut dipilih dan pihak restoran akan membakarnya.


“makanan laut.. wah favourite wawa ni ..”, ternyata wawa orang yang paling excited.


“semuanya favourite wawa..cepatlah nak makan apa ni..” usik Najmi pada adiknya. Wawa menjuih bibirnya,tidak puas hati.


Kami semua hanya senyum melihat gelagat dua beradik ini.


“kak rin..kita pesan ikan bakar dengan kerang bakar nak..”, tanya wawa padaku, saja dia mengalih perhatiannya padaku bila abangnya mengusiknya tadi.


“ikut wawa la..kak tak kisah”, balasku tersenyum cuba menyokong pilihan wawa.


“eh rin bukan ko allergic seafood ka?”, tegur Imran tiba-tiba.


“ye la rin allergic seafood..Lia pun terlupa”, Lia mengiakan kenyataan Imran.


Akhirnya keempat-empat wajah melihat ke arahku.


“memang allergic tapi boleh je nak makan..naik gatal-gatal je..nanti rin ambil la ubat.”, balasku cuba membetulkan keadaan.


“tak yah la makan seafood malam ni..kita pesan biasa-biasa ja..setakat makan seafood, kat penang nanti kita boleh g makan seafood.” Balas Najmi akhirnya.


Akhirnya Najmi yang mebuat pesanan untuk kami malam itu. Nasi putih, Tomyam Ayam, Kankung goreng dan telur dadar, itulah sajian kami malam itu.

…………………………………………

Sunday, September 4, 2011

Rahsia Hati Airin 8


Rahsia Hati Airin 8



Malam itu, aku dihantar Najmi ke stesen bas untuk pulang ke university. Selalunya aku hanya mengambil teksi ke stesen bas namun sejak Lia sudah ada kereta myvinya sering juga aku di hantar Lia. Namun kali ini pemandunya berbeza.

Kami bukan berdua. Kami ditemani adik perempuan Najmi, Najwa-Wawa. Ikutkan hati tak mahu aku dihantar pulang oleh Najmi, namun setelah dipujuk Mak Ngah, aku akhirnya bersetuju. Bersetuju dengan syarat, kami bukan berdua, Najmi perlu bawakan seorang capheron.

Sepanjang perjalanan kami hanya dihiburi suara-suara dari radio. Sesekali suara Wawa kedengaran menceriakan suasana.


“ kak rin selalu g wakaf che yeh tak? “


“ tak selalu pun..kalau ada orang mengajak baru kak pergi..”.


“owh..banyak tudung-tudung cantik tak kat situ?”


“ada macam-macam fesyen..macam-macam nama dah..tah,kak ni bukan reti sangat berfesyen bagai ni..wawa teringin nak g wakaf che yeh ka?”,


“ada teringin juga..kawan-kawan cita cam best je”,


“biasa je sebenarnya..kalau teringin mailah Kelantan..boleh kak bawa jalan-jalan..”


“ betul ke kak? Boleh la nanti cuti matrik ka wawa naik bas pi Kelantan..nak jalan-jalan Kelantan”


“ beria-ria ja budak ni..macam la ibu bagi anak bongsu dia ni pi jalan jauh-jauh”, najmi akhirnya menyampuk setelah lama menyimpan suara.


“ala angah ni sibuk ja..pandai la wawa pujuk ibu nanti..”



Hanya itu perbualan kami malam itu. Tiada perbualan lansung antara aku dengan najmi malam itu. Terasa kekok perhubungan kami. Dari sahabat hendak berubah status menjadi kekasih,tunangan mahupun bakal isteri. terasa jangal yang amat. Ingin aku kembali ke rasa sahabat dulu.

Tanpa sedar aku mengeluh. Najmi mencuri pandang setelah mendengar keluhanku.dan sepi masih menyelubungi antara kami. Walaupun kami dekat aku terasa jauh.




…………………………………………………………………



Keinginan wawa untuk datang berjalan-jalan di Kelantan akhirnya tercapai. Panggilan telefon wawa pagi itu mengambarkan betapa gembiranya wawa dengan khabar gembira itu.




“ Kak Rin….” Kuat kedengaran suaranya saat aku jawab panggilan pagi itu.


“Assalamualaikum wawa..” balasku tergelak kecil dengan telatahnya yang manja.


“hihi lupa pulak..waalaikumusalam kak rin, my future sister in law”.


“memandainya je ek tambah title kat belakang tu eh”,


“betul la kan..future sister in law..angah dah angau sesangat dah kat kak rin ni..”,


Pada masa yang sama terdengar suara lain di belakang – “wawa..behave”


“hihi angah ni lebih2 je..nak juga bagi kak rin dengar suara dia eh..”,


Aku hanya diam sambil diselang seli dengan ketawa.. mendengar dua beradik, najmi dan wawa berbicara yang dengan jelas dapat didengar dari corong telefon.



“ kak rin..wawa ada berita baik nak cakap ni..”


“berita baik apa?”,


“hujung minggu ni wawa akan pergi Kelantan..jumpa kak rin “,


“ye eh..wah bestnya..wawa datang dengan sapa? Ngan ibu wawa eh?”,


“ ibu ada hal waktu tu..ibu takleh ikut..”


“owh..pastu takkan wawa datang sorang?ibu bagi eh anak bongsu dia jalan sorang2”,


“ibu bagi sebab wawa bawa bodyguard “


“bodyguard?”,


“angah..angah ikut skali..angah yang workhalic sanggup ambik cuti jadi bodyguard wawa..baik kan abang wawa sorang ni..baik ada makna tu..”, usik wawa dengan gelak jahatnya.


Dan sekali lagi terdengar suara dari belakang. “wawa !!!!!!!!!! “

…………………………………………………………..

Sunday, August 28, 2011

Rahsia Hati Airin 7


Rahsia Hati Airin 7



Najmi yang dahulu dengan Najmi yang sekarang ternyata jurangnya jauh. Najmi yang dulu, nama pun budak sekolah, asyik main-main, suka mengusik itulah hobinya.
Sekarang sesuai dengan jawatanya sebagai peguam, wataknya agak serius dan tegas walaupun kadang-kadang sikap suka mengusiknya muncul.

Dia suka benar mengusikku dengan Imran, kononnya kami berdua ada apa-apa sedangkan saat itu kami hanyalah kawan dan kebetulannya mempunyai tanggungjawab bersama dalam satu persatuan. Imran pengarah Kelab Badminton dan aku timbalan pengarahnya.

Sampaikan satu saat aku menangis kerana usikkannya. Sakit benar hatiku padanya waktu itu.
Teringat kenangan itu, peristiwa yang menyebabkan akhirnya kami bertiga jadi sahabat baik.


“eh ustazah..”, panggil Najmi. ‘ustazah’ itulah gelarannya padaku waktu zaman sekolah.


Aku buat endah tak endah panggilannya. Malas nak melayan usikkannya yang menyakitkan hati. Mataku masih lekat di atas buku rujukan Biologiku.


“owh silap..tak bagi salam..tu yang ustazah ni wat bolayan je..ehmm assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh ustazah airin”, lengkap Najmi memberi salam.


Aku menjeling dia sepintas lalu aku jawab salamnya perlahan namun aku pasti masih didengari Najmi.

Tanpa malu atau segan dia duduk di kerusi di hadapan mejaku. Mukanya jelas berhadapan denganku. Terkejut dengan kelakuannya, aku belakangkan kedudukanku supaya tidak serapat itu.

Geram bercampur sakit hati dengan kelakuannya tidak malunya itu lantas aku bangun dari kerusiku berniat untuk pergi ke tempat lain.


“owh ustazah, dengan aku, hang wat jual mahai noo..dengan Imran, hang bukan main ketawa, senyum sampai ke telinga..”,


Aku tengok sekeliling. Tiada Imran. Ada rasa lega yang muncul. Namun, sekeliling ternyata semua memandang kearah kami, aku dan Najmi.Suara Najmi yang agak kuat menarik hati yang lain untuk tumpang dengar.


“najmi..mulut tu jaga sikit..boleh?”, kataku padanya lembut, cuba menahan rasa marah yang ingin keluar.


“x boleh..jadi hang nak watpa?”, balasnya.


Aku tunduk. Dari rasa geram bertukar jadi rasa sayu dan letih. Perasaan letih menimpa-nimpa, rasa letih dengan episod diejek ini berulang-ulang. Juga rasa malu dan sayu.


“apa la salah airin yang najmi tak puas hati sangat..Imran tu kawan baik awak..kita sekelas..perlu ke benda ni semua..saya letih la..awak tahu tak? “, saat kata-kata itu terkeluar dari mulutku, ada juga air jernih yang turut terkeluar dari mataku.


Risau dilihat orang, aku lantas berlalu keluar dari kelas ingin ke tandas.

Di depan pintu kelas, aku hampir dilanggar orang


“cikgu sampai..eh airin..”, suara orang yang melangarku kedengaran. Sempat aku dongakkan sikit kepalaku..


“imran ”, jerit hatiku lalu aku kembali tunduk dan berlalu pergi tanpa menghiraukan sahutan panggilan namaku.

……………………………

Balik ke tempat dudukku di kelas selepas peristiwa itu, aku lihat ada surat minta maaf dari Najmi.
Dan sepanjang kelas itu, aku lihat Najmi kelihatan resah dan asyik tunduk ke bawah.

Tak cukup dengan itu, habis saja kelas itu, Najmi terus datang ke arahku.


“saya minta maaf”, itu ayat pertama yang keluar dari mulutnya.


Aku diam, sengaja membiarkan dia menunggu.


“saya betul-betul minta maaf..saya saja mengusik..saya tau awak takda apa-apa ngan Imran..”


Aku masih diam.


“kalau imran takda apa-apa ngan awak…saya nak ada apa-apa ngan awak boleh..”


“haa “, terkejut dengan katanya yang terakhir.


“hihi saya lawak je..saja nak tengok respon awak..nak tau awak dengar betul-betul ke tak kata-kata saya..”,


“time nak minta maaf pun boleh cari pasal eh..awak ni memang muka tembok la..”, akhirnya aku bersuara.


“tak kisah la nak panggil muka tembok ke apa..yang penting awak maafkan saya..maafkan saya eh?”,


“ saya maafkan awak dengan syarat..”


“emm ok..”


“ janji awak takkan usik saya dengan Imran dah lepas ni..”


“ok saya janji..” katanya sambil mengangkat tangan ikrar.

“kalau dengan imran tak boleh..saya usik awak dengan saya boleh?”, kata-kata akhir Najmi sebelum akhirnya dia memecut keluar dari kelas dengan gelaknya.


Aku hanya mengeleng-geleng kepalanya melihat dia berlalu pergi.

Selepas peristiwa itu, ternyata Najmi menunaikan janjinya. Tiada lagi usikan darinya. Kami jadi kawan yang rapat sehinggakan seringkali dia datang ke kampungku sepertimana Imran yang juga sering datang.

Kedatangan Imran berulang kali ke kampungku akhirnya membibitkan rasa antara dia dengan Lia. Manakala antara Najmi denganku, entah bila rasa itu muncul?


...................

p/s : last gift b4 raya ^^

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN

++++

SELAMAT HARI KEBANGSAAN

wasalam

Wednesday, July 27, 2011

Rahsia Hati Airin 6

Rahsia Hati Airin 6

Aku cuba berfikir masak-masak namun masih tidak jumpa jawapan yang pasti. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.
Tertera nama Imran di layar telefon bimbitku.


Assalamualaikum doktor..
Camne dah ada keputusan? Peguam kat sebelah ni dah tak senang duduk ni..hihi
Imran
012-xxxxxxx



Mesej tu aku baca perlahan. Tersenyum aku sebentar.
“aku di sini pun tak senang duduk..aish serabut betul la aku..”


Waalaikumusalam
Bukan setakat dia, rin kat sini pun tak senang duduk.. cakap kat dia lawak jenaka pa yang dia buat ni..kalu ye pun nak wat kejutan.takda kejutan lain ke dia nak buat
Airin
012-xxxxxxx



Telefon bimbitku kembali berbunyi. Mesej diterima namun bukan dari Imran tapi dari Najmi.


Assalamualaikum
Tak senang duduk ye..saya pun sama =) sori kejutkan airin pagi tadi. Tapi perkara semalam tu bukan perkara main-main. Saya SERIUS.
Najmi
012-xxxxxxx



Mesej Najmi aku biarkan. Tiada balasan sms aku hantarkan buat Najmi.

Malam itu sebelum tidur, aku kembali menerima mesej dari Najmi.


Assalamualaikum
Airin,saya ada hantar something dkt gmail awak. Nanti baca eh <3
Najmi
012-xxxxxx



**********************************

Memandangkan semalam ngantuk menguasai diri , mesej najmi aku biarkan.
Pagi ini baru aku buka laptop, ingin membuka email dari Najmi. Perasaan ingin tahu membuak dalam diri.


BUAT AIRIN NATASHA
From : knajmi@gmail.com
To : ai_rin@gmail.com

Assalamualaikum..
Maaf untuk kejutan semalam. Mungkin bagi Airin itu kejutan tapi bagi saya, benda ni dah lama saya fikirkan. Percayalah saya betul-betul serius dan saya betul-betul dah fikir masak-masak pasal benda ni. Perasaan saya pada Airin dah lama saya pendam namun kebelakangan ni rasa tu dah tak dapat dipendam. Saya ingin melamar awak menjadi pendamping saya insyALLAH.

Saya tak perlukan jawapan segera. Take your time.
Saya percaya pada jodoh dan insyALLAH kalau dah tertulis kita akan bersama,walau sejauh mana awak berlari kita pasti akan bersama ^^

Saya juga attachkan satu lagu buat awak. Harap awak sudi dengar. Lagu tu luahan kata saya pada awak.

K all d best for ur studies. Jangan permintaan saya ini mengangu studi awak pulak. Saya terima sahaja apa-apa pun bentuk keputusan awak. Walau apa pun terjadi, kita masih kawan kan =)


Nantikan saya di batas waktu kerana saya juga turut menanti awak di sana (^_^)
-Khairul Najmi bin Yusuf-



Terasa semput sebentar dengan luahan kata-kata yang Najmi kirimkan buatku. Tak sangka Najmi,sahabat sekolahku sejak 9 tahun lalu yang menghantar kiriman email ini. Terasa bayangan sahabat yang ku kenal dahulu dengan Najmi yang kini bagaikan ada jurang yang berbeza.

Lagu kiriman Najmi aku download. Tertulis tajuk lagunya nantikanku di batas waktu nyanyian kumpulan nasyid Edcoustic dari Negara seberang.
Setelah lagu tu berjaya dimuatturun, aku tekan punat on di window media player, lalu lagu itu berkumandang memecah sunyi pagi bilikku.

Dikedalaman hatiku tersembunyi harapan yang suci
Tak perlu engkau menyangsikan
Lewat kesalihanmu yang terukir menghiasi dirimu
Tak perlu dengan kata-kata

Sungguh walau kukelu tuk mengungkapkan perasaanku
Namun penantianmu pada diriku jangan salahkan

Reff :
Kalau memang kau pilihkan aku
Tunggu sampai aku datang nanti
Kubawa kau pergi kesyurga abadi

Kini belumlah saatnya aku membalas cintamu
Nantikanku dibatas waktu


Ternyata rasa terharu kian jauh tertanam dalam diriku. Hatiku tertanya- benarkah dia yang ditakdirkan menjadi imamku kelak..soalan hatiku tiada balasan hanya kerana ALLAH sahaja yang tahu jawapan untuk soalanku itu.

Monday, July 18, 2011

Rahsia Hati Airin 5

Rahsia Hati Airin 5


Kejutan tadi tidak mengubah rutinku setiap petang pabila berada di kampung.
Aku urut perlahan bahu mak ngah. Kebiasaan itu tidak pernah aku tinggal. Kebiasaan yang aku rindu tatkala aku jauh dari kampungku ini.

“ rin pandai urut..macam mak rin “, itu pujian yang terkeluar dari mulut Mak Ngah semasa aku pertama kali mengurutnya.

Dan hanya kerana pujian yang menyamakan aku dengan arwah ibuku,aku terasa begitu suka tatkala mengurut orang lain dan dengan rela hati aku mengvolunteerkan diri aku untuk mengurut orang lain.

Ada perasaan yang hangat tatkala disamakan dengan arwah ibuku. Perasaan yang tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata.


“rin..”

“ye mak ngah”, tanganku msih lincah mengurut sedangkan hati aku sudah berentak laju.

“ apa pendapat rin pasal najmi? Tak sangka ye anak mak ngah sorang ni..dalam diam-diam ada peminat”, tanya mak ngah yang turut diselitkan dengan usikan.

“rin pun tak tahu menahu pasal risikan ni mak ngah..najmi ni suka main-main tau..dari dulu lagi “, balasku, mengeluh sedikit.

“nampak dia serius rin..dia benar-benar suka pada rin,mak ngah boleh nampak tu”, ulas mak ngah lebih lanjut.

“ tapi mak ngah..rin takda rasa apa-apa pada dia..najmi tu hanya kawan pada rin”,

“rasa tu boleh dipupuk,rin..bukan senang nak cari laki macam Najmi tu lagi..baik budaknya..peguam lagi..katanya dia dah bukak company sendiri dengan kawan dia..insyALLAH cerah masa depan rin”. Ulas Mak ngah lagi.

Aku terdiam. Nasihat dan ulasan mak ngah aku serap baik-baik,masuk dalam fikiranku.

Aku terasa dipaksa untuk memberi jawapan ya pada lamaran Najmi.

Tanpa sedar aku mengeluh dan disedari Mak Ngah.
Serta-merta Mak Ngah memusingkan badannya ke arahku.
Memandang tepat ke arahku.

“ mak ngah minta maaf rin..mak ngah tak berniat nak memaksa..mak ngah tahu mak ngah hanya mak sedara rin..tapi mak ngah dah anggap rin macam anak mak ngah sendiri..mak ngah hanya nak rin bahagia..rin bahagia,mak ngah pun akan bahagia”.

Aku terharu dengan kata-kata Mak ngah lalu kami berpelukan meleraikan rasa syahdu dalam hati masing-masing.

...........................

*post pendek- maaf*
insyALLAH RHA 6 panjang sikit ^^

Wednesday, July 13, 2011

Rahsia Hati Airin 4

Rahsia Hati Airin 4

Memang terkejut..mana tak terkejutnya..
Ingatkan encik peguam,Khairul Najmi ni datang sorang, ni siap bawa satu kerabat dah ni..mak,ayah..siap di bawanya encik Imran sekali..
Seronok la cik Lia ni sekali bila tengok encik tunang dia datang rumah.

“eh..jemput-jemput la datang umah..” mak ngah menjemput keluarga Najmi untuk masuk.

Lantas aku bersalam dengan ibu Najmi dan berlalu ke dapur untuk membuat minuman buat tetamu yang hadir.

Sedang aku membuat air, Lia datang ke arahku.

“Rin..mak panggil ke depan..” katanya sambil tersengih-sengih.

“jap.air tak siap lagi ni..nanti rin ke depan bawa air..Lia bawakan pisang goreng ni dulu ke depan.” Kataku menghulur pinggan berisi pisang goreng.

Huluranku disambut namun dia kembali meletakkannya di meja makan.

“ tinggal je air ni..pi depan cepat..”

“nak kalut apa nya? Kejap ja lagi air nak siap dah ni”, kataku dengan tanganku masih sibuk mengacau air teh.

“cuba tinggal jap air ni..dengar apa yang Lia nak cakap ni..”

“pa nya?” lantas aku memberi fokus sepenuhnya kepada Lia.

“ diorang kat depan tu nak merisik Rin untuk Najmi”.

“haaaa!!!!!”. Dan dengan itu,aku terus terduduk terkejut.

Dan dengan itu baru aku faham maksud mesej terakhir najmi semalam.


................................



“maaf lah kami datang terkejut-terkejut camni..terus nak datang merisik Airin..ni la si Najmi ni dah beria-ria sangat..bila dia tahu je Airin nak balik rumah, tergesa-gesa dia nak kami datang juga merisik Airin”, kedengaran suara Ibu Airin berbahasa dengan Mak Ngah.

Aku masih di dapur,cuba mencuri-curi dengar perbualan mereka di ruang tamu.

“terkejut juga saya ni..betul juga kata Najmi tu,susah nak cari waktu Airin balik ke sini..ni pun cuti hujung minggu je..esoknya dia dah nak kena balik ke tempat mengaji dia..eh mananya Airin ni? Air tak sampai dengan orang-orang nya pun tak sampai lagi..”,

tersentak aku sekejap mendengar namaku disebut mak ngah.

“terkejut agaknya budak tu..datang-datang terus merisik..najmi, kamu bagitahu airin ke tak ni?” soal ibu najmi yang seakan-akan mengetahui keadaanku di dapur ini.

Najmi hanya tersengih lalu menjawab “mie cakap mie nak datang umah je..tu je la..”

“dah tak terurus dah anak makcik ni..dah kena syndrome angau sangat dah ni “, sampuk Imran pula.

Dan mereka sama-sama ketawa.

Ahh terasa merah mukaku saat itu. Tertanya dalam diriku. Sejak bila? Sejak bila dalam hati najmi ada tertulis nama aku? Kenapa aku tak pernah tahu dan tidak pernah sedar?

“haa Rin termenung pa pulak kat sini..pi la depan tu..jumpa bakal suami,ngan bakal mertua..”

Aku masih terpingga-pingga. Malu untuk pergi ke hadapan.

“ nah ambil dulang air ni..bawa ke depan..tarik nafas..lepas..jalan pelan-pelan..tunjuk ayu sikit..u can do it”, lia memberi semangat sambil diselang seli dengan usikan.

Aku tergelak kecil, lalu huluran dulang di ambil.

Nafas ditarik,dihembus dan aku yakinkan diri terus ke ruang tamu.

..............................

Wednesday, July 6, 2011

Rahsia Hati Airin 3

Rahsia Hati Airin 3


Habis saja exam posting aku terus menempah tiket bas pulang ke kampungku di Kedah. Nasibku baik, banyak lagi seat kosong lantas malam itu juga aku bertolak pulang. Sudah kepingin sangat aku hendak berjumpa Mak ngah dan Lia.
Sudah aku khabarkan berita kepulanganku kepada Lia dan Mak Ngah. Tentunya Mak Ngah orang yang paling bahagia mendengar berita kepulanganku. Tertunai rindu antara kami berdua.

Di dalam bas saat aku berkhayalan mengingatkan kampung halaman tercinta,kedengaran bunyi telefon bimbitku berbunyi.

Tertera nama ‘Khairul Najmi’ di layar telefon bimbitku.

Aku hanya membiarkan telefonku berbunyi tanpa dijawab. Mengeluhku sebentar.

“ najmi..najmi..bukan dia tak tahu aku tak suka bercakap fon dengan lelaki..aish..mesej je la..”

Najmi kawan sekolahku.kami sekelas sejak dari tingkatan 3 lagi sehingga la menginjak ke tingkatan 5 yang turut menempatkanku sekelas dengan imran..ye kami 3 sekawan sekelas semasa tingkatan 5 dahulu.

Lantas telefon bimbitku berhenti berbunyi,aku cepat-cepat menghantar satu mesej buat sahabatku ini sebelum najmi telefon kembali.

Nak apa? Cakap dalam mesej je la..tak nak la fon2 bagai..
Airin
012-xxxxxxx



Assalamualaikum cik Airin Natasha..marah sgt ke ni sampai tak sempat nak bagi salam.saya ada hal penting nak cakap ni tu yg saya telefon. Saja test mana tau awak jawab fon saya. =)
Najmi
012-xxxxxxx



Waalaikumusalam..aduh kena perli lak..hihi apa test2? Takda maknanya saya nak jawab fon awak..macam tak kenal saya je awak ni..pa yang penting sgt tu?
Airin
012-xxxxxxx



Ye saya dah kenal awak dah lebih 9 tahun tau..dah tau sgt dah awak ni..camni esok saya nak dtg umah boleh? Saja nak jumpa..rindu (^_^)
Najmi
012-xxxxxxx



Tersedak aku sekejap membaca mesej najmi yang terakhir. Pa kena budak ni? Buang tebiat ke apa? Aku tidak menghiraukan tulisan rindu itu,lalu aku membalas mesej najmi seneutral yang boleh.


Nak datg umah? Nak wat pa? bukan nya hari raya, nak dtg melawat2 ni..macam tau2 je saya on d way nak balik kedah ni.
Airin
012-xxxxxxx



Memang saya tau awak on d way balik umah, saya baru pas fon mak ngah awak td..mak ngah awak dah bagi green line nak g umah so tggu kedatangan saya ye esok =)
Najmi
012-xxxxxxx



Eh..pantas betul awak ek..baik tak yah mintak kebenaran saya la camtu..
Airin
012-xxxxxxx



Saja nak bagitau awak..takut awak terkejut tengok saya sampai rumah awak esok..k jumpa esok (^_^)..tunggu kejutan saya esok,jangan terkejut sgt ye..=) wasalam..
Najmi
012-xxxxxxx


................

nak tahu apa kejutan Najmi buat Airin? tunggu sambungan Rahsia Hati Airin (RHA) ^^

Sunday, June 26, 2011

Rahsia Hati Airin 2

-Rahsia Hati Airin 2-


Selepas solat asar,aku mendial no sepupuku, Lia haryani merangkap tunang sahabatku, Imran Hafizi.

“Assalamualaikum”,

“waalaikumusalam”, kedengaran suara Mak Ngah ku menjawab.

“mak ngah, rin ni. Mak Ngah sihat?”

“sihat orang tua.sakit-sakit belakang sikit. Nak tunggu doktor balik ni,tolong urut mak ngah”,balas mak ngah sambil mengusikku. Kami sama-sama tergelak kecil. Terbit rasa rindu pada Mak Ngahku yang dah ku anggap seperti ibu sendiri memandangkan aku telah kehilangan ibuku sejak aku berumur 7 tahun lagi.

“ala doktor balik lewat lagi la mak ngah. Suruh cikgu urut dulu la”, balasku merujuk Lia sebagai cikgu.

“emm lia tu sibuk memanjang. Kalu tak ke sekolah,memerap je dia dalam bilik. Tah apa dibuatnya sorang-sorang dalam bilik tu”,

“lia ada kat umah dak mak ngah?rin nak cakap kejap ngan dia.”

“ada rasanya dia dalam bilik..jap ye mak ngah g tengok..”

“lia..lia..” kedengaran suara Mak Ngah memanggil Lia dari corong telefon.

Lama kemudian, baru kedengaran bunyi orang mengambil gangang telefon.

“ye..rin..” senada je aku dengar suara lia menjawab telefon.

“assalamualaikum cikgu lia”,

“waalaikumusalam”, tanpa perasaan dia menjwab.

“aish cam tak ikhlas je jawab fon ni”.

“ahh ni mesti encik imran suruh rin fon ye.”

“tau takpa.aish pening la korang ni. Ni kenapa pulak ni?sampai lia off hp ni?kronik benar gayanya?”

“boringla rin dapat tunang cam im tu”.luah lia.

“pa kes pulak ni?”,tanyaku cuba memberi ruang kepada lia untuk meluahkan.

“takda la.dia tu tak romantic la.dah la jarang telefon,jarang mesej. Bila lia mesej atau fon, dia macam malas nak layan je. Pastu bila lia cakap kat dia pasal benda ni,terus dia ajak lia kawin.da ka patut?” luah lia panjang lebar.

“la..pa salahnya kawin?”

“salah la..lia baru 23..muda lagi..rin yg 24 pun tak kawin lagi.”

“lia.. jangan la lia compare ngan rin. Rin umur 24 pun tak abis blaja lagi.calon pun takda. Lain la lia dah abis blaja dah jadi cikgu dah pun,dah ada calon jadi nak tunggu pa lagi.”

“memangla..tapi lia tak nak kawin lagi..awal lagi la rin..”

“lia..lia kan tau im tu camna..”

“tau..dia tu alim..tak nak kuar dating-dating ni..tapi takkan nak fon dan nak mesej pun tak nak layan..boring tul la dapat tunang camni..”, rugut lia lagi.

“lia..tunang bukan tiket untuk keluar-keluar,fon camni..masih ada batasnya..im cuba jaga batas tu..lia jangan risau la..im tu takkan lari cari perempuan lain la..rin gerenti..dia sayang gila kat lia tau..”, balasku cuba memujuk hati sepupuku yang memang manja sikit orangnya..

“ye la..lia selalu terfikir la..”

“fikir pa?”

“terfikir kenapa im tak suka ja kat rin?rin lagi baik dan lagi sesuai dengan im. Kenapa lia?” soalan lia benar-benar membuatkan aku terkejut.

“lia..pa lia merepek ni? ”, balasku dengan suara agak tinggi. Terkejut.

“takda la..rin lagi alim,lagi paham im..im kenal rin dulu..rin tak penah suka kat im ka?’, tanya lia lagi.

“tak..dan takkan..im milik lia ok..jangan duk bagi-bagi kat orang lain ok”,tegasku.

“ala rin ni serius la..lia tanya je la..”

“serius la..cakap benda-benda merepek macam ni, mana rin tak marah..”

“ok2..lia mintak maaf ok..”

“ok..dengan satu syarat..dah-dah la merajuk ngan im tu ye..si im tu dah tak senang duduk dah tu bila buah hati dia merajuk..”

“ala..baru ingat nak merajuk lama ckit..ok la..”

“ok tu cam tak ikhlas je..”

“ok..lia mesej dia pasni..lia janji..”

“ok senang hati rin dengar..ok la rin letak fon dulu..rin ada oncall malam ni..kim salam semua kat umah..assalamualaikum..”. lantas aku menghembuskan nafas lega.

**************************************************

Sejurus selepas itu aku menghantar mesej ringkas buat sahabatku yang ku pasti tidak tenang pada waktu ini.



Salam..
Rin dah fon Lia..dia dah ok dah ckit..try slow talk ngan dia..cuba tolak ansur k..

Airin
012-xxxxxxx


Tidak lama selepas itu, aku mendapat balasan mesej dari Imran.

Ws..
Ok thanks..terima kasih sgt2..nnti im belanja makan ek..

Imran
012-xxxxxxx


Aku tergelak kecil membaca balasan mesej Imran. Dengan pantas jariku menaip sms balasan mesej buat Imran.

Tak perlu kot..yang penting jgn duk gaduh2 dah pasni..letih la korang camni..sampai bila Rin nak jadi org tgh ni..rin doakan korang bahagia hingga ke akhir hayat (^_^)..

Airin
012-xxxxxxx



Ye la..org tak kacau dah dia pas ni.. =( anyway thanks ek..

Imran
012-xxxxxxx


..........................

Saturday, June 25, 2011

Rahsia Hati Airin 1

assalamualaikum.

ni series terbaru dari saya.

masih dalam pembikinan.

pelan2 saya cuba menyiapkan kerana prinsip saya biar lambat tapi berkualiti ^^

untuk anda semua,terimalah:

- KISAH 4 HATI : Airin Natasya , Lia Haryani ,Imran Hafizi dan Khairul Najmi -

Rahsia Hati Airin.




“konihiwa..konichiwa..konichiwa..”

Hp ku bebunyi menandakan ada mesej baru tiba.

Di skrin jelas tertulis nama seorang insan yang acapkali menghantar mesej kepadaku namun bukan kerana aku tetapi kerana orang lain.

Salam..
Rin,tolong im. Lia merajuk lagi nih. Nak wat camna ni?

Imran
012-xxxxxxx


Aish pening kepala ja. Diorang bergaduh kat penang aku yang kat kelantan ni pulak pening kepala.

Ws
Merajuk kenapa pulak ni? Rin sibuk nih.

Airin
012-xxxxxxx


Sengaja aku taip sibuk sedangkan pada saat ini aku takdalah sibuk pun. Aku baru abis ward round. Petang ni free, malam ni kena on-call pulak. Ahhh penat. Tengah posting medical ward ni penat la sikit. Ni baru 5th year kalau houseman camna la gaya hidup aku.

Hpku berbunyi lagi.

Sori rin. Nak mintak tolong sangat nih. Dah takda idea dah nak pujuk camna.
Plis.

Imran
012-xxxxxxx


Aish dulu sebelum bertunang pun gaduh,aku jadi orang tengah. Ni dah bertunang pun aku jadi orang tengah. Takkan la sampai ke kawin pun diorang perlukan khidmat aku. Jenuh la gini.

Ok. Rin fon lia nanti pa2 rin mesej ok. Dah jangan kaco dah. Rin nak rehat jap malam ni rin ada oncall.wslm.

Airin
012-xxxxxxx


Kemudian hpku terus senyap tanpa bunyi. Lega namun ada rasa terkilan yang timbul. Entah untuk apa.
Aku lelapkan mata cuba berehat sementara menanti waktu asar.

.......................

p/s : maaf setiap episodnya sikit2 je..harap dapat bagi feedback..moga2 dengan feedback diberi, cepat sikit proses pembikinannya.

Wednesday, April 13, 2011

Antara Dua Kasih

ANTARA DUA KASIH

“ leya..kan ibu dah pesan jangan berhubung dengan dia lagi “, marah ibu kembali bermaharajalela.
Suaranya tegas dan kuat sekali.

Aku terdiam menikus. Kelihatan telefon bimbitku di tangan ibu. Dari suara marah ibu, aku pasti ibu dah terbaca pesanan SMS antara aku dan dia.

“ leya..kenapa leya degil sangat ni..kenapa leya but ibu macam ni..ibu hanya ada leya je kat dunia “ nada suara ibu berubah. Ada sendu di baris kata-katanya.

Tanpa disedari, ada titisan air mata menemani kata-kata sendu ibu.

Rasa diamku bergabung dengan rasa bersalah. Lantas aku terus memeluk ibuku.
“ maafkan leya ibu”, pohonku lalu kami bersama berkongsi sendu yang sama. Air mata kami bergabung menjadi satu.

Ibu melepaskanku dari pelukannya. Tangannya masih erat memegang tanganku. Kami berpandangan. Masih ada sisa air mata menghiasi wajah tua ibuku.

“leya, janji dengan ibu..leya takkan contact lagi dengan budak tu “, pinta ibu.

Aku terdiam.
Ibu..sesungguhnya permintaanmu yang satu ini sangat sukar untuk aku tunaikan.

……………………………………………………………………………….
Antara janji dan kasih..aku akhirnya memilih kasih..

Kerana kasih pada si dia, aku tunaikan permintaannya untuk menemuiku di taman botani,putrajaya petang itu.

“janji dengan ibu,leya “ kembali suara ibu bergema dalam fikiranku.

Maafkan leya,ibu..suara hatiku bergema..berharap pada angin petang untuk menyampaikannya kepada ibuku.


“leya..maaf abang lewat “ akhirnya dia muncul mematikan lamunanku mengenai ibu.
Aku hanya tersenyum. Dia turut sama tersenyum.

Huluran salamnya aku sambut. Sungguh aku rindu pada kenangan dahulu.
Ingin aku undur masa ke masa lalu. Saat di mana kami bertiga bahagia. Aku , ibu dan abang.


“napa diam je ni?” tanyanya musykil melihatku berdiam,tidak bicara.

“nak cakap apa? Bukan ke abang yang beria-ria nak jumpa leya..”

“ yela yela..dia tak rindu kat kita pun,kita je terhegeh rindu kat dia “

Aku tergelak mendengar balasannya.

“pa kes ni sensitive sangat ni..yela2 orang pun rindu abang jugak..rindu sangat-sangat sampaikan tak tidur malam,dah macam orang angau bercinta lagaknya..puas hati? “

“ni yang buat abang sayang kat adik abang..pandai je ambik hati eh..” katanya sambil mengusap kepalaku lagak aku masih adiknya yang kecil dahulu.

Lama sepi menyelubungi kami sebelum dia kembali bersuara.

Soalan rutinnya setiap kali kami berjumpa
“ ibu sihat? “


Sungguh aku tahu dia rindu. Rindu pada ibu yang sudah tak mahu mengaku kehadirannya di sisi ibu. Namun dia tetap begitu, masih setia menjalani tugasnya sebagai seorang anak dari jauh.

Dan setiap kali itu jawapanku turut sama.
“ibu sihat tapi leya rasa dalaman ibu sakit. Ibu rindukan abang.” Bersungguh aku cuba menyakinkan abang.

Namun abang tetap begitu. Cuba tersenyum manis namun tampak tawar di mataku.
Hatiku pedih tatkala melihat dua insan yang paling aku sayang menderita rindu hanya kerana satu kisah silam. Kisah yang jika dapat aku padam, aku akan teruskan nyahkan memorinya dari muka bumi ini.

………………………………………………

Malam itu seakan malam sebelum-sebelum ini.
Aku bersama ibu dan ayah menonton tv. Rancangan senario tersiar di rancangan tv3 pada waktu itu.

“ leya..kamu ni studi ke tengok tv.buku je terbuka,matanya terlekat je kat tv” tegur ayah.

Aku mencebik lantas mataku kembali dihadapkan ke buku matematik tambahan SPM.

“ Comel sangat la tu buat muka camtu “, ayah berkata, tersenyum-senyum seakan-akan menahan gelak. Ibu yang sedang menjahit seluar abang saat itu tergelak melikat aksi aku dan ayah.

“ malas la ayah ni, leya nak masuk bilik studi kat bilik la..”, kataku sambil sibuk-sibuk mengemas buku-buku dan alat-alat tulis yang aku guna.

“ merajuk la tu..anak perempuan ayah ni memang manja eh”, usik ayah lagi.

Akhirnya ibu bersuara “ayahnya..udah-udah la tu usiknya..leya,studi sini je la,depan ibu..kamu tu nanti masuk bilik,tidur je jawabnya “.

Aku tersenyum menang mendengar kata-kata ibu.

Lama sepi menyelubungi kami, hanya suara tv kedengaran.

“ leya..abang kamu tak balik lagi ke?” Tanya ayah tiba-tiba seakan baru tersedar akan ketiadaan abang.

“mana lah leya tahu..normal la kan abang tak balik lagi waktu ni..nanti dia balik la tu “, jawabku endah tak endah. Aku masih meneruskan fokusku pada buku latihan matematik tambahanku. Sesekali mataku mencuri lihat rancangan televisyen.

“dah pukul 10 malam dah ni..kamu telefon abang kamu suruh dia balik sekarang.” Arah ayah tegas.

Ibu pantas mengangkat kepalanya tatkala mendengar suara tegas ayah. Kelihatan ibu serba salah.

“ayah..abang balik lewat sikit malam ni..dia ada mintak kebenaran saya petang tadi..katanya ada makan-makan kat rumah firdaus malam ni..jadi lewat sikit baliknya malam ni..ibu minta maaf lupa nak bagitahu ayah” jelas ibu panjang lebar.

Ayah mengeleng-geleng kepala tatkala mendengar kata-kata ibu.

“ ibu komplot ngan abang ke ni.betul ke dia ke rumah firdaus?”.
Ibu kelihatan serba salah. Aku sesekali memandang wajah ibu, sesekali memandang wajah ayah.

Aku ada di saat abang mintak kebenaran daripada ibu. Dan aku tahu cerita sebenar di sebalik rasa serba salah ibu. Jerat ayah ternyata terkena. Bukan rumah firdaus,kawan abang yang abang tuju malam itu tapi tempat lain yang menjerat abang menjadi mangsa kepada keadaan malang itu.

…………………………………………………


“ dah la leya.jangan sedapkan hati abang ni. Ibu dah tak nak abang. Abang bukan anak ibu. “ sayu suara abang aku dengar petang itu.

Itu kenyataannya. Abang bukan anak ibu. Abang anak tiri ibu. Saat ibuku berkahwin dengan ayah, ayah duda anak satu. Kehilangan isteri di saat anak masih kecil, memaksa ayah mencari penganti. Lalu takdir menentukan pertemuan ayah dan ibu, di saat ibu menjadi guru tadika abang, lalu terjadi ikatan perkahwinan antara mereka. Dan baru kemudian aku lahir ke dalam keluarga ini. Itu sejarah keluarga kami. Dan ada satu yang aku paling pasti dalam keluarga ini. Aku pasti ibu sayang abang,dan aku pasti ibu tak pernah anggap abang sebagai anak tirinya. Ibu sayang abang seperti mana ibu sayang aku. Malah aku boleh katakan ibu lebih rapat dengan abang berbanding dengan aku.Sepanjang 17 tahun kami bersama, ibu tak pernah sesekali merasakan abang itu bukan anaknya hinggakan peristiwa itu terjadi.


“ keluar kau dari sini..kau bukan anak aku..” kata-kata ibu yang terkeluar pada hari itu. Menghancurkan kebahagian yang terbina dalam keluarga ini suatu masa dahulu.
Lalu keluarga ini berpecah belah. Azamku aku akan satukan kembali keluarga ini.


…………………………………………………………………


“ abang..abang tak nak cuba jelaskan perkara sebenar pada ibu ka? Leya percaya ibu pasti nak tahu kisah sebenar”, balasku pada abang petang itu.

Abang kembali tersenyum tawar.

“ dah takda benda nak diceritakan dik..benda dah lepas..hukuman dah dijatuhkan pun buat apa nak diadili lagi “, bicara abang tiada semangat.

Sungguh aku rasa sayu. Inikah abangku dahulu. Abang yang dahulu,petah berkata-kata,akan cuba sedaya-upaya menegakkan kebenaran dan kepercayaan dalam hatinya. Abang yang dahulu, sangat bersemangat, jarang sekali berputus asa. Abang yang kini seakan berubah 180 darjah. Tiada tanda akan kembali kepada abang yang dahulu.

…………………………………

Soalan ayah ternyata menjerat. Komplot ibu dan abang hampir dibocorkan sebegitu sahaja. Ibu kelihatan serba salah. Antara menjaga rahsia abang dan bercakap benar dengan ayah.

“ knock , knock “ kedengaran kuat bunyi pintu diketuk.

Mengejutkan kami bertiga dan buat sementara persoalan tentang abang ditutup buat sementara waktu.

Ayah kehadapan, membuka pintu rumah kami. kelihatan beberapa muka orang yang tidak dikenali dihadapan pintu rumah kami termasuk seorang perempuan sedang menangis.
aku kenal perempuan itu, dia salah seorang kawan perempuan abang. Aku panggilnya kak amira.

Disamping itu juga kelihatan abang dipegang erat oleh dua orang. Muka abang luka dipukul teruk.

……………………….

Malam itu kejutan demi kejutan kami terima.
Kak mira mengandung..mengandung anak abang !!!

Saat berita itu sampai di telinga kami-Ayah terduduk, ibu hanya terkesima tanpa kata.
“abang..kak mira..anak luar…”Tak sanggup aku ucapkan perkataan itu.
Sungguh berita itu benar-benar mengocangkan seisi rumah kami.

…………………………….

“ abang..abang cakap dengan ibu..cakap betul-betul dengan ibu..itu bukan anak abang kan?” lirih suara ibu bertanya.

Abang tunduk,diam seribu bahasa. Kak mira masih dengan tangisan yang tidak berhenti-henti sejak dia masuk ke rumah kami.

“ buat apa ditanya lagi…sudah terang bersuluh dia yang penyebabnya..mira mana ada kawan dengan laki lain selain dari akmal “ bicara ibu kak mira, suaranya bercampur sendu dan geram.

Aku yang mencuri dengar dari bilik atas, tergamam dengan kenyataan demi kenyataan yang keluar dari mulut setiap orang yang berada di ruang tamu rumah kami tatkala itu.
Abangku..aku tahu abang aku banyak kawan perempuan,banyak girlfriend tapi aku tak sangka sampai ke sini tahapnya..itu sahaja yang bermain dalam fikiranku..ternyata pada waktu itu, aku juga turut menghakimi abangku dengan mengatakan dia bersalah tanpaku sedar dia hanya mangsa keadaan..kambing hitam,mengalas tanggungjawab untuk kesalahan orang lain.

………………………………………………………………………

Malam itu, selepas mereka semua pergi meninggalkan rumah kami, abang kembali disoal selidik.

Bertalu-talu soalan dikemukan ayah dan ibu, namun abang tetap berdiam diri. Abang seakan mengaku kesalahan itu.

“ sanggup kamu buat macam ni pada ayah..pada ibu..ayah ibu jaga kamu,didik kamu dengan agama..kenapa akmal???”, lirih ibu bersuara di suatu sudut. Dia seperti mengumam sendirian. Kekecewaan terjelas di muka ibu.

Abang mendongak kepalanya sedikit, di saat suara lirih ibu kedengaran.
“ ahmad akmal bin zulkifli “ ayah bersuara memangil nama penuh abang. Ternyata ayah sudah tidak bersabar dengan kebisuan abang ditambah dengan suara lirih ibu mematikan kesunyian sebelum ini.

“ ayah nak akmal kawin dengan budak tu “, tegas ayah bersuara sambil-sambil dia mengurut dadanya.

“ayah”, ibu bersuara terkejut dengan arahan ayah pada abang.

“ ayah dah taktahu macam mana nak tutup muka ayah ni..anak ayah, anak imam kampong ada anak luar nikah..ayah..”, tak sempat ayah menghabiskan kata-katanya ,ayah jatuh. Kelihatan ayah sesak nafas,tangannya masih di dada.

“ ayah..” ibu menjerit.
……………………………………………………………

Dan pada malam itu juga ayah meninggalkan kami semua. Tak cukup dengan ayah, malam itu abang turut sama pergi setelah ibu lontarkan kata-kata itu.

“ kau yang menyebabkan ayah mati..kau pergi “, ibu bersuara tatkala berita kematian ayah sampai pada ibu.

“ibu..abang minta maaf ibu..”, kata-kata maaf itu berulang-ulang diucapkan abang.

“siapa ibu kau..kau bukan anak aku..keluar kau dari sini..”, ibu tempis tangan abang. Abang masih berusaha memohon kemaafan.

“keluar kau dari sini..kau bukan anak aku..”, suara ibu kembali bergema. Ibu turut menolak abang keluar dari rumah. Dan kerana ayat itulah, abang keluar dari rumah kami dan tidak pernah kembali.

…………………………………………………………………………………

Sebulan selepas pemergian ayah dan abang.

Aku dan ibu dikejutkan dengan kehadiran Kakak Amira ke rumah kami. Kehadiran sama sekali tidak kami undang atau senangi. Ibu dengan jelas menunjukkan ketidaksenangannya.

“mak cik..mira minta maaf makcik..” sendu suara kak mira kedengaran.

Ibu hanya mendiamkan diri. Tiada balasan diberikan pada kak mira.
Dari sendu berubah menjadi tangisan yang tiada henti.

“ mak cik..saya minta maaf..semua ni hanya salah faham..saya tak mengandung dan tak pernah mengandung..akmal tak pernah sentuh saya pun..semua ni hanya salah faham..”.


Kebenaran terkeluar. Aku terkejut dengan kenyataan yang keluar. Terasa bersalah aku mepersalahkan abang tanpa kesalahan yang dia tidak lakukan. Reaksi ibu kaku, tiada perubahan tergambar di wajahnya namun aku pasti ibu juga terkejut dengan kenyataan yang keluar dari mulut Kak Mira.

……………………………………………………………………………………………

“ leya..” suara abang mengejutkan dari lamunan dahulu. Sayup-sayup suara tangisan kak mira hilang dari bayanganku.

“ leya balik la dulu..nanti risau pulak ibu,leya balik lewat dari kelas..”, nasihat abang akhirnya masih diiringi rasa kasih buat ibu.

Aku mengeluh dan kembali berjanji dalam diri aku akan menyatukan keluarga ini.

……………………………………………………………………………………….


Hanya ini cara yang ada..itu yang seringkali bermain dalam fikiranku..biar diri ini terseksa asalkan kedua-dua ahli keluargaku bahagia..itu sahaja yang bermain dalam fikiranku..

Lantas aku mendail no telefon seseorang..

“abang firdaus..ni leya..leya nak minta tolong abang ckit..ini antara hidup dan mati “ aku bersuara pada abang firdaus- satu-satunya kawan abang yang masih setia selepas abang dilanda masalah.

………………………………………………………

Perbincangan di buat antaraku dan abang firdaus. Ternyata dia terkejut pada awalnya, ragu-ragu dia untuk turut bekerjasama,namun melihat kepada kesungguhanku meminta tolong, akhirnya dia member persetujuan untuk bekerjasama.

Pagi itu aku menjalankan perananku.

“ ibu..leya ada benda nak bagitahu..” bicaraku pada ibu pagi itu.

Ibu yang sedang melipat baju, mendonggakkan sedikit mukanya ke arahku.

“ benda apa? Bunyi macam benda penting je ni..”

“memang penting..hal antara hidup dan mati ni “. Balasku masih bernada serius.

Lantas ibu menghentikan lipatan bajunya. Matanya tepat memandangku.

“leya nak kawin ke?? “, soal ibu. Ternyata helahku mengena.

Aku hanya mengangguk menjawab soalan ibu. Anggukan itu berserta senyuman bahagia yang aku buat-buat.

Ternyata ibu terkejut dan itu reaksi yang aku mahu dari ibu.


selepas peristiwa itu, seminggu aku tidak bertegur sapa dengan ibu. Ternyata ibu membakang sekeras-kerasnya kehendakku untuk berkahwin.
Terasa serba salah dengan keputusanku namun ini saja cara yang terbaik yang terbit dari akal fikiranku untuk menyatukan ibu dan abang kembali.

……………………………………………………………


Kemudian aku teruskan rancanganku yang seterusnya yang aku pasti dapat menhubungkan kembali hubungan ibu dan abang yang putus.

Pagi itu ibu menerima sepucuk surat dari aku.


Assalamualaikum, ibu
Leya minta maaf atas segala kesilapan leya. Leya tahu ini salah tapi hanya ini cara yang leya ada. Leya dah fikir panjang sepanjang seminggu ini dan ini keputusan yang leya ambil. Leya pergi buat sementara waktu dengan abang firdaus. Kalau di saat akhir ibu setuju dengan keputusan leya , ibu datanglah. Bawakan abang sekali sebagai wali. Leya harap ibu setuju.
Anakmu, leya.



Dan seperti yang dirancang petang itu juga ibu berjumpa dengan abang. Abang ternyata terkejut dengan berita hangat itu.

Adiknya akan berkahwin dengan kawan baiknya, firdaus. Ternyata kejutan itu sukar diterima kedua-dua ahli keluargaku yang paling aku sayang.

Rancanganku ternyata menjadi. Ibu seakan terlupa kisah perang nya dengan abang. Mereka bermaafan dan berpelukan bagaikan hari esok tiada. Aku yang melihat dari jauh hanya ada rasa bahagia menemani.
……………………………………………………………………

p/s maaf ending tak berapa nak best..cerpen ni suka-suka buat sementara nak siapkan cita novel yang dalam pembikinan..idea datang tetiba-tetiba je untuk cita ni..takda any studies done-just menaip suka-suka..hope jadi pengubat kepada kesunyian blog ini..