Thursday, December 2, 2010

ENDING KALAU DAH JODOH ^^

ENDING-KALAU DAH JODOH (^_^)


Dengan terlafaznya akad nikah maka dengan ini sahnya aku sudah memegang title Puan Amalin Syuhada bt Azmi. Terasa satu tanggungjawab besar terpikul di bahuku. Ingin aku menjadi isteri , menantu dan insyALLAH ibu yang baik. Tanggungjawab yang agak berat terasa ringan pabila melihat insan di hadapanku. Insan yang sama-sama akan berkongsi hidup denganku. Senyumnya mekar di saat hadirin yang datang bersalam dengannya. Mataku terus tunduk tatkala dia tersedar ku memandangnya dari jauh. Perlahan dia berjalan ke arahku. Kami bersalaman dan satu kucupan hangat dia hadiahkan di dahi.

Sempat dia berbisik kepadaku ” jazakillah sayang ”

Aku hanya membalas dengan senyuman. Tiada kata yang terluah.

” saya balik dulu ye..jumpa esok ”, bicaranya lagi sambil memandang lembut ke arahku.Terasa seperti tidak mahu berpisah.

Mak cik nya sempat mengusik kami waktu itu.
”ala malam ni je..malam esok dah berteman ”. Merona merah ku rasa mukaku saat itu. Dia hanya tersenyum suka.

”dah-dah jom balik..dah malam sangat dah ni..esok jumpa ye..” sampuk kakaknya pulak lantas dia ditarik keluar dari masjid.

Kami berbalas senyuman lalu da berlalu pergi.

...........................

Berakhirnya akad nikah malam ini. Esok pula ada kenduri meraikan perkahwinan kami.
Penat menyelubungi namun dikaburi dengan rasa gembira yang tak terhingga.

Kedengaran lagu thank you Allah nyanyian Maher Zain menandakan telefonku berbunyi.
Tertera nama Zhafrul di skrin telefon. Serba salah untukku menjawab. Lantas bunyi itu berhenti sendiri. Kedegaran bunyi mesej pula.

” takpa la tak nak jawab fon. Jumpa esok ye. Semoga berbahgia ”.

........................................................

Kenduri yang dinanti sekian lama akhirnya selesai. Ramai sahabat yang berkunjung, sahabat sekolah , sahabat universiti.

Turut menghadirkan diri Abang Haikal mengucapkan kata tahniah. Senyuman yang terlukis di mukanya nampak suram.

” tahniah. Moga berbahagia. Mungkin abang yang terlewat. ”

Tidak tahu balasan apa perlu di beri. Aku hanya menghadiakan senyuman padanya. Senyuman kemaafan.

Malam menjelang. Akhirnya hanya tinggal aku dan dia.Dia InsyALLAH pasanganku hingga ke akhir hayatku.
Terasa kekok bila berdua dengannya dalam bilik pengantin kami.

” Amalin Syuhada ’ terdengar suaranya memanggilku.

Dia menepuk2 sofa di sebelahnya mengajak aku duduk di sebelahnya.
Dia tersenyum senang apabila aku bergerak ke arahnya.Aku kemudian duduk dihadapannya. Tidak duduk di sebelahnya. Dia hanya tergelak kecil.

”owh melawan ye ” katanya lalu hidungku ditarik.

”sakit”, responku tanpa sedar.

”owh baru dengar suara..dari tadi tak dengar suara..”
Aku hanya tersenyum. Ingat aku peti suara yang kena selalu bersuara ke. Sekali-sekali kena simpan2 gak. Balasku hanya dalam hati. Tidak berani berbalas kata dengannya.

” kenapa tak jawab fon semalam ? ”

Ahh sudah pa aku nak jawab ni..zhaf, saya malu..haha mesti dia gelak guling2 dengar aku jawab camtu..pa aku nak kelentong ni..

”fikir pa yang lama sangat tu cik adik..susah sangat ke nak menjawab soalan saya ”.

Dia bangun dan cuba menghampiri aku.
Automatik aku terbangun lalu menjawab ” saya malu.”

Betul tekaanku,Zhafrul tergelak mendengar jawapanku.
Kami masih berdiri masih berhadapan antara satu sama lain.
Zhafrul memegang jariku.
”kenapa tangan sejuk sangat ni..”
Dia meramas-ramas jariku cuba meminjamkan kehangatan kepdaku.

”takkan malu kot ..” balasnya dengan sisa ketawa yang masih ada.

” dengan saya malu ye, dengan haikal tadi banyak je saya nampak awak bersembang..” luahnya sambil tanganku dilepaskan perlahan lalu dia membelakangkan aku.

Kata-katanya ada bau2 cemburu..bau2 merajuk pun ada..
Aik sejak bila encik Zhafrul Imran pandai merajuk2 ni..dulu bukan main macho ke..
Tergelak aku dalam hati.
Aku perlu pujuk ke?

Tak sempat berfikir panjang encik merajuk kembali bersuara
”saya tengah merajuk ni..awak tak nak pujuk ke”, kami kembali berhadapan.

Aik mengaku pulak dia...fesyen merajuk camni pun ada eh..
Lantas aku beranikan diri memegang jarinya. Dia tersenyum melihat respon positifku untuk memujuk encik merajuk.

” saya tak reti nak pujuk orang sebenarnya..”

Dia mencebik tatkala kata-kata itu yang terkeluar dari mulutku.

Tidak menghiraukan responnya aku terus bersuara, cuba memujuk encik merajuk.

Chayo alin, u can do it.

Aku beranikan diri lalu bersuara..
”tapi yang saya tahu,hati saya kata I love U, Encik Merajuk”, luahku akhirnya ditambah dengan usikan.

Encik merajuk akhirnya tersenyum lebar.

” pa pulak encik merajuk. Nama saya Zhafrul la..cuba awak ulang lagi skali..kata.. I.. love.. U... Zhaf..” katanya ala-ala mengajar budak-budak kecil bercakap.

”tiada siaran ulangan ”, jawabku tegas.

”ala..please cakap la lagi sekali..please..please..please sayang ”.

Pujukannya tidak ku layan lalu aku pulak membelakangkannya. Ahh sudah aku pulak ambik title encik merajuk ni..^^

Zhaf terus mengelakkanku pabila aku mengambil title merajuk.
Dia memelukku lantas berbisik ” i really love u sayang..i love u amalin syuhada..”

Dan akhirnya aku sendiri menjawab ” i love u too Zhafrul Imran.

Ya tidak ku sangka akhirnya aku bersama dia. Dia Zhafrul Imran . Kami berpisah kerana DIA dan kerana DIA juga kami akhirnya bersama. Itulah kuasaNYA . Jodoh pertemuan ditanganNYA. Dan kerna aku ’hawa’ kepada Zhafrul dan Zhafrul adalah ’adam’ kepadaku, walau sejauh mana pun perjalanan kami, kami bertemu juga akhirnya. Itulah jodoh ciptaan ilahi. Kalau dah jodoh, walau sejauh mana kami berpisah akhirnya kami bertemu jua.
Terima kasih Ya ALLAH atas kurniaanMU. Ya ALLAH,berkatilah dan bahagiakanlah masjid yang baru kami bina ini Ya ALLAH. Itulah doa yang bermain di bibir AMALIN SYUHADA dan ZHAFRUL IMRAN.


-THE END-

..................................

Akhirnya tamat sudah kisah Kalau Dah Jodoh (KDJ)..
Hopefully semua puas hati dgn endingnya ^^

plan awal nak abiskan series dekat penulisan2u,tp lambat sgt pula progressionnya..
jadi sbgai hadiah buat peminat KDJ saya postkan terus endingnya..
tak berani janji,akan ada ke tak sambungan KDJ..teringin sangat nak buat kesinambungan kisah Syu dan Zhaf,tapi kesibukan yang melampau (yg series baru pun tak siap lagi huhu) jadi tak berani nak berjanji la ye..doa2 kan la saya ada masa+idea untuk meneruskan hobi saya yang satu ni..

nak menyelit ckit pasal personal life-sekarang saya tengah posting medical..tgh sgt serabut..dan semakin tensen pabila mendapat supervisor yang garang bangat hoho mcmana keadaan nak exam ngan dia nnti..anyway,tolong doakan saya ye..doakan sekali moga dilembutkan hati supervisor saya tu ^^


lastly-thanks to peng-comment dan followers blog ni..korang la sumber inspirasi dan semangat untuk saya terus menulis..^^

k semoga bertemu kembali untuk cita baru yang akan datang..(^_^)

Saturday, October 23, 2010

MAAF

ASSALAMUALAIKUM..

dah lama tak update series kalau dah jodoh di sini..
maaf ye..
in plan nak habiskan dulu series ni di penulisan2u.com..
atleast sampai ke episod yang dah ada di HIKAYAT DARIKU ini..
then baru saya akan post the last episode....

so nantikan kehadirannya di panggung wayang berhampiran anda =)


P/S : agak sibuk kebelakangan ni..dah stat posting baru-posting opthal(posting mata dan yg sewaktu dengannya)..pening @_@
doakan saya ye..doakan kejayaan kita bersama..sama2 kita mengejar mimpi dan impian kita..
insyALLAH we can do it!!!!!
*kata2 semangat buat diri sendiri dan semua*

Thursday, August 5, 2010

KALAU DAH JODOH 18

18
:: Istikharah ::

Tak cukup dengan kejutan itu, petang itu aku didatangi lagi dengan rombongan merisik dari haikal.

Kali ini ibu dan abah pula yang terkejut. Dalam satu hari mereka menerima 2 risikan untuk anak tunggal mereka dari 2 lelaki yang berbeza.

Keputusan perlu dibuat. Pendapat ibu dan abah perlu diraih.

......................................

Terduduk aku keseorangan memikirkan.

"Apakah susah benar nak membuat keputusan...
Memanglah susah..ini keputusan antara hidup dan mati ni..keputusan yang akan mencorakkan masa depanku.."

Sejak menerima 2 risikan sekaligus itu sahajalah yang bermain di dalam cerebralku.
Cuba berfikir sebaik mungkin.


Tekejut juga tadi diriku ini. Sudah lama nama Zhafrul Imran tidak meniti di mulutku. Tipu jika ku katakan nama itu tidak pernah terlintas di pemikiranku. Dia insan pertama yang mencorakkan hati remajaku. Seringkali hatiku terusik mengatakan rindu namun tidak pernah terluah. Lebih mengejutkan aku hari ni adalah kisah sebenar yang berlaku antaranya dengan abah 4 tahun dahulu.

...................................

4 tahun dahulu....kali pertama ayah Amalin Syuhada bertemu dengan Zhafrul Imran.

”emm pak cik ni ayahnya Syuhada ye”,
Soalan dari anak muda itu mengejutkan Azmi. Tertanya dia siapakah anak muda dihadapannya.

Lantas dia menjawab ”ye.pak cik ayahnya syuhada. Kamu ni kawan sekolah dia ka?”,tanya Azmi pada anak muda itu jelas menunjukkan rasa ingin tahunya.

Lantas anak muda yang masih belum diketahuinya namanya menyalami tangannya dan memperkenalkan dirinya.
”saya Zhafrul imran. Satu kos dengan anak pak cik,syuhada kat USM”

”owh”,balas Azmi mengerti kini siapa sebenarnya anak muda di hadapannya.

”jom la kita duduk-duduk sembang dulu sementara kamu tunggu kakak kamu”pelawa Azmi ramah.

”tak menganggu pak cik ke?”,balas Imran agak segan dengan pelawaan Azmi lebih-lebih pabila sudah mengetahui Azmi adalah ayah kepada Syuhada.

”takde nye menganggu. Pak Cik pun takda teman nak berbual boleh la sembang serba sedikit dengan kamu”,balas Azmi bersungguh mempelawa sambil sesekali menilik serba sedikit anak muda di hadapannya. Dari pemerhatiannya Imran ini tida cacat celanya,baik budaknya, hormatkan orang tua dan insyALLAH sesuai sekali dengan karektor bakal doktornya.

”emm boleh la pak cik”. Lantas mereka beriringan ke suatu tempat kosong.

”rumah kat mana”, tanya Azmi memulakan perbualan.

”kat Ipoh pak cik tapi sementara cuti ni saya tinggal ngan kakak kat Bayan Lepas”,jawab Imran tertib.

”owh belajanya ok?”tanya Azmi lagi

”ok la..masa 1st year ada la gak rasanya nak give up tapi bila dah masuk tahun kedua ni dah boleh adapt so takda rasa low sangat confidence tu.”,

”alhamdulilah. Pak cik rasa imran boleh berjaya insyALLAH. memang kita manusia ni selalu gitu. Memang medic tu susah tp disebabkan benda tu baru jadi benda tu rasa lagi bertambah susah sebabnye macam imran cakap tak adapt lagi dengan benda baru tu. Alin dulu gitu jugak mula2 selalu gak fon nangis katanya dah tak tahan. Sedangkan dia tu dari kecil lagi cita-citanya takda benda lain selain dari doctor tapi sekarang ni pak cik tengok dah ok dah nampak confindent dengan medic. InsyALLAH pak cik doakan anak2 pak cik ni berjaya”,nasihat Azmi sambil menepuk perlahan belakang Imran seperti menyatakan dia menganggap Imran sebagai anaknya sendiri. Imran terasa terharu sebentar dengan kata-kata Azmi.

”emm kamu rapat ke dengan Alin?”tanya Azmi

”aa Alin??”,balas Imran kembali dengan pertanyaan.

”ye Amalin Syuhada,anak pak cik. Kat rumah kami panggil Alin. Kat sekolah selalunya kalau tak salah pak cik Syu kan nama panggilannya?”,

”ye Syu..kami takda la rapat tapi kenal la sebab satu kuliah ja”,balas Imran cuba menyembunyikan perkara sebenar.

“owh..saja pak cik tanya sbb pak cik nampak kamu macam rapat benar dengan Alin. Pandangan Pak cik ni selalunya tak salah”, balas Azmi sambil tersenyum simpul cuba mengorek rahsia pemuda di hadapannya. Sebagai guru kaunselor yang sudah berkhidmat lebih daripada 20 tahun tidak sukar dia nak menganalisa raut wajah seseorang mahupun cuba mengorek rahsia seseorang.

Imran mula gelisah. Hatinya gundah berfikir sama ada patutkah dia menceritakan kisah lama antaranya dan si ‘dia’.

..

Azmi mendengar dengan teliti kisah pemuda di hadapannya dengan anaknya. Terangguk-angguk dia kadang-kadang. Sesekali dia tersenyum. Tiada lansung riak bosan mahupun marah terlukis membuatkan zhafrul imran tidak segan silu meneruskan penceritaannya.

“begitulah ceritanya pak cik. Pak cik marah ka? Tapi jangan risau saya dah tak contact lansung dengan syu sekarang. Kalau jumpa pun atas hal kerja atau belajar je. Tu pun jarang sangat. “ jelas Zhafrul bersungguh-sungguh.

Azmi hanya ketawa mendengar penjelasan pemuda di hadapannya manakala zhafrul termanggu-manggu tidak faham dengan reaksi Azmi.

“pak cik tak marah. Takda sebab untuk pak cik marah. Pak cik patut rasa bangga dengan tindakan anak-anak pak cik. Pak cik bangga dengan tindakan Alin dan Imran.” Kata Azmi sambil menepuk perlahan belakang Zhafrul Imran .

“ boleh pak cik tanya satu soalan pada Imran ?”.

Zhafrul imran membalas persoalan Azmi dengan anggukan.

“Imran betul2 suka ka dengan anak pak cik tu?”

Tanpa segan dan malu Zhafrul terus mengangguk. Terasa hubungannya lebih erat dengan abah Amalin Syuhada berbanding hubungannya dengan ibu dan ayahnya sendiri.
Keberanian menyelubungi diri Zhafrul lantas dia ingin meneruskan niatnya.

“ Saya betul2 tak main dengan anak pak cik. InsyALLAH saya nak jadikan dia pasangan hidup saya tapi masa sekarang masih tak sesuai. Kami dua masih muda. Pak cik tolong jaga Alin untuk saya, insyALLAH 5 tahun saya akan kembali sebagai menantu pak cik.”

....

5 tahun..
Itulah janji Zhafrul Imran pada abahnya dan janji itu ditepati. Kini janji itu hanya akan benar-benar lengkap apabila aku mengatakan ‘ya’.
Ahh susah benar hendak membuat keputusan.

Apabila pendapat abah dan ibu diraih, jawapan mereka bersikap neutral .

“ alin kena buat keputusan elok2. fikir baik dan buruk. Banyakkan berdoa diminta diberi hidayah untuk membuat keputusan yang betul. Buat solat istikharah. Minta dipermudahkan “
Itulah nasihat yang seringkali bermain di bibir kita.

Namun abah nampak agak berat ke arah Zhafrul Imran. Sejak peristiwa dirisik, abah seringkali berbicara mengenai Zhafrul. Rupa-rupanya Zhafrul tidak menghilang sebegitu sahaja, dia seringkali berhubung dengan abahku melalui telefon. Pandai betul dia mengambil hati abah. Abah nampak benar suka pada dia. Namun abah masih abah, masih menyerahkan seluruh keputusan kepadaku.

Lama aku termenung seorang diri. Lantas aku mengambil wudu’ menunaikan solat sunat istikharah, meminta petunjuk daripadaNYA.

..................................................................

p/s : insyALLAH tinggal lagi 1 episod je lagi dan e-novel kalau dah jodoh (KDJ) akan ditamatkan secara rasminya..rasa lega sangat..tak sangka dah nak sampai ke pangakhirannya..anyway,thanks pada pembaca2 yang telah memberi support kepada saya.thanks bebanyak deh. any comments dialu-alukan. kalu ada rezki dan ada idea mencurah-curah mgkin KDJ ada sambungan series ke2..hihi jadi series pulak..dan iA jika ada kesempatan saya akan postnya e-novel baru..nantikan..(^_^) lastly-one more time-terima kasih bebyk ye buat semua pembaca blog HIKAYAT DARIKU ini..wslm..

info tambahan just untuk perkongsian:
maksud sebenarnya istikharah. Istikhara menurut bahasa Arab, diambil daripada perkataan khayara, istakhara dan istikharah. Ia bermaksud agar dipilihkan kepadanya yang bersesuaian dengannya.

dan ni ada satu link dr saifulislam yang ingin saya kongsikan dengan semua. artikelnya agak panjang,kalu takda masa at least baca kesimpulan yang tertulis di bwh artikel tu. sharing is caring. =)

ok last2..just nak wish : happy ramadahan al-mubarak..moga2 ramadhan kali ni lebih baik dr ramdhan sebelumnya..(^_^)

Saturday, July 24, 2010

KALAU DAH JODOH 17

17
:: OMG!!! ::

Sedang aku sedang menolong ibu di dapur, tiba-tiba kedengaran bunyi loceng rumah dibunyikan.

Abah yang bergegas ke hadapan melihat tetamu yang datang.
Aku hanya mengintai dari tingkap dapur.
Kelihatan satu gerombolan manusia yang hadir.
Mereka berpakaian tradisional sambil masing-masing membawa dulang.

”ahh sudah...haikal”, bicaraku dalam hati. Haikal mengotakan janjinya menghantar rombongan merisikku ke rumah.

Tiba-tiba ibu bersuara
” alin, bawakan ni ke depan. Diorang nak tengok kamu tu”, kata ibu tersenyum sambil menghulurkan dulang berisi gelas minuman serta beberapa pingan berisi kuih muih.

Gaya abah dan ibu seperti sudah mengetahui ada tetamu yang akan hadir pagi ini.
Dari pagi lagi mereka beria-ria menyuruh aku mengemas laman rumah dan memakai baju yang sopan.
Pelik juga aku pada mulanya.

Aku ada juga bertanya ”kita nak g mana2 ke nak berpakaian cantik2 ni?”

Ibu hanya menjawab ”takdalah duk umah je.”

Bila aku bertanya ” ada orang nak datang umah ke?”

Ibu hanya tersenyum tidak mengiakan mahupun menidakkan. Lantas aku biarkan saja isu itu yang akhirnya terjawab sendiri.

”Maksudnya haikal sudah pernah approah ibu dan abah. Pantas betul dia. Patutlah abah tanya soal hati dan perasaan hari tu.” bicaraku seorang diri.

”aii pa anak ibu termenung sorang2 ni..dah2 g antar ni ke depan” bicara ibu menyedarkanku dari perbalahan dalam hati.

........................................................

Selepas perbincangan dibuat serba sedikit, rombongan merisik pulang meninggalkan dengan persoalan yang perlu aku jawab.
Terasa diriku tiada upaya memberi apa2 jawapan. Sungguh aku memang tak mahir dalam soal hati dan perasaan.
Apa yang perlu aku jawab? Ni bukan main kawin-kawin esok main lusa tak main dah.
Ni mengenai kisah hidupnya. Pemilihan pasangan hidup yang akan insyALLAH akan menemani sepanjang hayatnya.

”alin..mari ke depan kita bincang pa yang patut..” panggil abahku mengejutkan dari lamunan.

Aku berjalan perlahan lalu duduk di hadapan abah.
Ibu duduk di sebelah abah. Aku menudukkan kepalanya. Terasa semacam dibicarakn pabila mata abah dan ibu terus2 memandangku.

”tadi ada rombongan merisik kamu. Abah nak kita bincang elok2 benda ni. Anak abah pun dah besar panjang,sampai bila nak mengelak cerita pasal hati dan perasaan ni kan.
Alin tahu tak rombongan tu merisik alin tuk sapa?”

Aku hanya mengeleng walaupun separuh diriku sudah pasti rombongan itu dalah rombongan merisik dari haikal.

” Alin kenal Zhafrul Imran B Helmi.?”

Terkejut aku mendengar nama itu. lantas aku angkatkan pandanganku melihat abahku di hadapan.

Abahku meneruskan percakapan pabila aku seakan amat terkejut.

”ye dia yang hantar rombongan meminang ni.”

OMG aku betul2 terkejut. Sangkaku haikal rupa-rupanya...


P/S : maaf lewat sgt2 sambungannya..
saya dah stat kelas,dah stat posting surgery..haha 2 mggu yang sgt tensen jadi terlupa kejap dengan blog ni..iA sambil2 meneruskan cita2,saya juga akan meneruskan minat saya yang satu ni,menulis..doakan saya berjaya&tabah menghadapi ranjau kehidupan belajar ni !!! thanks everyone..happy reading (^_^)

Friday, June 18, 2010

KALAU DAH JODOH 16

16
:: lamaran ::

Fasa dokor pelatihku hampir berakhir. Aku kini di posting terakhir di paediatric wad iatu wad kanak-kanak. Terubat keletihan apabila melihat aksi kanak-kanak di wad. Aku akui bagiku department ini paling susah,melayan aksi kanak-kanak yang kadang-kadang menguji kesabaranku. Sebagai anak tunggal yang pastinya tiada adik menyebabkan aku kurang mahir melayan karenah kanak-kanak.
Namun kini aku boleh berbangga, aku sudah rapat dengan beberapa ’adik baruku’

Amin, pesakit leukaemia iatu salah satu penyakit kanser darah, dulunya sangat sukar pabila aku ditugaskan untuk mengambil darahnya,kini dia seperti menanti-nanti waktu itu. Haa nak tahu apa rahsianya.
Macam ni ceritanya..


”amin..doktor nak cucuk kejap je..kejap je..tak sakit pun..”

”tak nak..tak nak..”, maka menjeritlah si amin memenuhi wad yang masih sunyi lagi ketika itu.

”amin..baik amin ikut cakap doktor..amin”. ayah si amin mula naik berang dan mula memarahi amin.

Aku tersepit dalam dua keadaan. Aku tahu sebgai kanak-kanak pasti amin akan merasa takut melihat jarum manakala sebagai ayah pasti ayah amin juga merasa sakitnya namun digagahnya memaksa anaknya menerimanya.

”emm encik Anuar..boleh tak encik tinggalkan saya dengan anak encik jap..biar saya slow talk dengan dia kejap..” suaraku profesional.

”ye2..amin dengar cakap doktor tau!!!”, sempat Encik Anuar menasihati anaknya sebelum berlalu keluar meninggalkan kami berdua.

”amin..”.

Amin memalingkan mukanya dari aku.
Aku tarik nafas dalam dalam-dalam cuba mencari jalan penyelesaian.

”emm amin..amin nak coklat tak???kak ada bawa coklat ni..”, cara pertama ku gunakan untuk memujuknya.

Amin melihat sekilas kepadaku sebentar lalu kembali berpaling.

”owh tak nak ye..takpa2..kak alin ada benda lain ni..”

Ku sedari amin cuba curi-curi memandang apa lagi yang ingin ku berikan padanya.

”ke nak ini???”. kataku menghulurkan komik doraemon padanya.

Lantas dia mengambil komik itu,dibelek-beleknya lalu bersuara
”amin tak suka doraemon..nobita tu lembik..amin nak naruto..dia kuat..”

Lalu diletaknya kembali komik tu padaku. Aku tersengih. Demand tul budak ni.
Apa-apa je la asalkan pujukanku berhasil.

”ok2 kak alin g beli komik naruto untuk amin tapi amin janji amin bagi kak cucuk amin jap..kejap je tak sakit sangat pun..sakit macam kena gigit semut ja..”

Amin berfikir panjang.

”emm ok amin bagi kak cucuk tapi kak janji setiap kali kak cucuk amin, kak janji bagi amin buku naruto..ok”, katanya menghulurkan jari kelekingnya.
Lalu janji termetrai. Itulah kisah amin.

Ada juga kisah syakila yang menghidap penyakit asthma, ada juga izwan yang menghidap penyakit rheumatic adalah satu penyakit jangkitan yang bermula dengan demam dan seterusnya jangkitan itu menyeluruh ke seluruh badan meberi kesan kepada jantung dan juga sendi. Ada juga amira yang ditahan kerana dijangkiti demam denggi.
Dan ramai lagi adik-adik baru yang aku dapat yang setiap seorang ada ragam dan kegemaran masing-masing.


Sedikit sebanyak melupakan aku pada kenangan yang berlaku pada bulan lalu..


Sebulan yang lalu..di kafe hospital..

”assalamualaikum Syu..lama tak jumpa???”.

”ohh doktor haikal..waalaikumusalam”, jawabku tak bersungguh sambil-sambil aku memerhati sekali mencari-cari sahabatku yang sama-sama makan sekali, dr zura.

”dr lagi..kan saya kata tak yah nak formal sangat..bukan kita tak kenal sebelum ni..”

”ye2”..aku hanya mengangguk. Cukuplah sekali aku ditegur dr nor dan sejak itu aku cuba bersikap formal sebaik boleh dengan haikal.

”saya duduk cni boleh???”, tanyanya lantas terus duduk tanpa menunggu jawapanku. Serba salah aku dibuatnya.

”sihat??sejak drive sendiri ni dah lupa driver kat cni ye..”

Aku tergelak kecil dengan katanya.

”sejak bila mengaku driver terhormat ni???”, balasku masih dengan gelakku.

”driver terhormat ni selalu je rindu kat client kat sana..client kat sana yang selalu lupakan driver kat cni..”

Aku termanggu sebentar..apa punya biasan la..sudah aku tak paham..

”takkan tak paham kot???”, tanyanya terus bila melihat aku seperti tertanya-tanya.

”secara ringkasnya saya rindu awak,syu”.

Memang ringkas dan berterus terang..ma!!!apa alin kena respon ni???

Aku terdiam. Tak tau nak balas apa.

”emm syu..kita jumpa kat luar jap leh tak???”, akhirnya dia bersuara dan matanya jelas melihat ke arah belakangku. Lalu aku turut berpaling kelihatan zura sedang menghampiri meja kami dengan bungkusan nasi lemak di tangannya.
Aku akhirnya mengangguk.

”zura.ahh aku keluar jap ye..ada hal nak cakap dengan dr. Haikal”.

”ye2..dr haikal jgn curi kawan saya lama2 ye..” balas zura sempat lagi mengeyitkan matanya padaku dan haikal.

”emm syu..maaf terlalu berterus-terang..tapi kata-kata itu tulus ikhlas dari hati saya..”

Aku masih berdiam diri. Mukaku ku arahkan ke taman di depan hospital.

”emm saya betul-betul suka awak..sejak kita jumpa balik masa saya elektif kat HUSM..sbelum tu awak hanya lah junior saya tapi sejak saat itu saya betul-betul nak jadikan awak isteri saya..ikut saya masa itu juga saya nak hantar rombongan meminang tp ina nasihat suruh saya tunggu..dan itu yang sedang saya buat..saya masih menunggu..saya harap penantian saya berbaloi..”

Dalam hati ku waktu tu berdebar yang amat..dan dalam masa yang sama aku tiada respon.terkaku seribu bahasa.

Tiba-tiba haikal mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.

”emm tuk syu..” haikal menghulurkan kotak berbentuk hati padaku.

Saturday, June 5, 2010

KALAU DAH JODOH 15

15
:: aku keliru ::

3 tahun kemudian..

Setelah lama berdiri dapat juga dia duduk sebentar. Lalu dia keluarkan roti coklat dari poket white coatnya. Dari pagi tak sempat makan. Last makan dinner semalam itupun hanya roti. Perut dah siap buat band express music lagi. Dah lebih 24 jam dia tertahan di dalam hospital. Terasa melekit badan tapi terpaksa di tahan demi tugas. Sabar amalin syuhada nanti balik ko boleh mandi dengan tidur sepuas-puasnya. Di dalam otak dah terbayang katilku yang empuk.

”assalamualaikum syu..” teguran tu mengejutkanku dari lamunan katilku.

Aku terus berdiri ”ws..ye doktor haikal.” ye aku satu hospital dengan abang haikal aka xiu yu ku. Dia dah jadi medical assistant dan aku bergelar housement aka doktor pelatih je baru. Tak sabarnya nak habiskan fasa doktor pelatih ni.seksa!!

”baru nak makan pagi ka???makan roti ja..”
Aku hanya mengangguk.

”jom breakfast ngan saya kat kafe”. Ajak si xiu yu dengan senyum lebarnya.
Haa nak g breakfast kat cafe..aku berenti makan roti kejap pun dah cuak ni..nanti tak pasal-pasal doktor Nor nampak tak pasal-pasal aku kena lazer free lagi sekali.

”emm takpalah..saya tgh breakfast la ni..roti ni tak habis pun lagi..”

”ala kejap je..lagipun a&e tengah kosong ni..”
Aku memandang sekeliling takut-takut Dr Nor kelihatan. Aish xiu yu ni tak paham bahasa ka,bukan tak tahu intern cam aku ni susah nak tinggalkan tugas..nanti tak pasal-pasal kena maki free je..

”takut dengan dr. Nor ye???ala setakat dr nor tu saya boleh tolong bereskan tuk awak..”
Banyak la dia punya beres. Dah la aku tengok dr nor tu cam ada hati je kat dr haikal aka xiu yu aku ni..ceh mengaku xiu yu aku pulak..ye la kalu aku kuar breakfast dr nor tu dah marah tambah lagi kalu aku g breakfast dengan dr haikal ni lagi bertambah hijau(hulk) la dr nor tu..

”tak..emm takpa..saya betul-betul tak nak g kafe ari ni..cukuplah setakat roti nih..”

Dr haikal kelihatan betul-betul kecewa sebelum akhirnya dia berlalu pergi.
Sebelum aku sempat mendudukkan diriku, terdengar

”dr amalin syuhada..” suara dr nor dan dalam hati aku terus bersuara ”mampos aku”..

.............................................

”Saya tak nak tengok lagi awak duk main-main cinta dalam wad ni..jangan buat sampai saya extend houseman awak kat a&e department nih”

Sekali lagi aku di marahi Dr Nor.adui pening kepala. Hanya sipi-sipi kata-katanya masuk dalam otakku.dah la 24 jam aku berjaga,duk kena tahan telinga dengar radio leter pulak. Ahh sabar je la..

”faham tak ni???”, jerit Dr Nor padaku.
Aku laju mengagguk..uish berdesing telingaku..

”case report patient accident semalam dah siap???”
Uish ni petanda nak cari salah aku lagi ni..
Aku mengangguk laju bak burung belatuk,bangga aku dapat siapkan kerja yang diberi dalam masa yang singkat.

”jangan bangga sangat..dah2 g kemas file yang bertimbun kat ctu..”
Tercegang aku dengan arahan baru dr. Nor .sejak bila pulak aku jadi housekeeper ni. Layan je la.

............................................................

Akhirnya pukul 6 petang menjelang..
Pada waktu ni sepatutnya aku sudah boleh check out dari kerja tapi aku masih berlari ke sana ke sini menolong apa yang patut.
Tetiba perwiraku muncul.

”dr. Nor dah pukul 6..should be dr syuhada dah boleh balik kan???i have to send her back to her home safely..can she just left her work right now???”, berubah sebentar muka dr. Nor sebelum menjawab

”emm boleh..but she has to finish her work at the 2nd cubicle at the yellow zone first..”

Yahhoooo aku menjerit dalam hatiku. Lantas aku cepat-cepat menyiapkan kerjaku, dr haikal turut sama membantuku. Aku sempat menghadiahkan senyuman ikhlas padanya.
Kami berbalas senyuman sehinggakan patient di situ bertanya

”dr ni suami isteri ka???padan..” dalam sakit sempat pulak cik patient ni memuji.
Aku terdiam. Dr haikal hanya tesenyum seperti mengakui. Ahh senyum tu cam dah betul-betul mencuri hatiku!!!!

.........................................................................

Setibanya di rumah
Aku menjemputnya masuk ke rumah. Sudah kebiasaan sejak aku menjadi houseman jikalau dia ada kesempatan dia yang akan menjadi driver terhormat aku. Dan seringkali juga dia menziarahi keluargaku.
Suka benar ibu kalau haikal datang melawat. Berbeza dengan abah dia seperti tidak berapa menyukai kedatangan haikal ke rumah. Abahku memang agak strict pasal perhubangan lelaki dengan perempuan ni.
Aku sedaya mungkin menjarakkan hubungan kami namun pabila melibatkan kerja kami seringkali juga berhubung. Dan dia selalu menghulurkan bantuan yang terasa tiada alasan untukku menolak.

”haikal..masuk2..” jemput ibuku pabila melihat kelibat haikal di halaman rumah.

”emm takpa la saya just nak antar alin je kot..dah nak maghrib da ni..”

”takpa la gitu..bawa kete baik-baik ye..” pesan ibuku.
Aku menghantarnya hingga ke dapan keretanya.

”terima kasih..drive elok2 ye..” pesanku pula.

”kasih diterima cik amalin syuhada..k wasalam..” jawabnya sambil tersengih. Aku hanya mengelengkan kepala malas nak melayan usikan haikal yang seringkala menyentuh hati perempuanku.
Lalu keretanya berlalu pergi meninggalkan kawasan rumahku.

Saat aku masuk baru abah kelihatan.

”dah pulang haikalnya??”, tanya abah sambil membelek-belek surat khabar di hadapannya.
Aku hanya mengiakan sambil mengangguk.

”alin..mari sini kejap..”

”ala abah alin penat la...malam nanti je la ye kita sembang”, balasku betul2 kepenatan.

”jap je..mari duk sebelah abah jap..”pujuk abahku perlahan
Aku lantas berjalan lalu duduk di sebelah abah.
Tergaris senyum di bibir ayah pabila aku menunaikan permintaanya.

”alin dengan haikal ada apa2 ka???alin suka dia ka???” tanya abahku terus terang.
Aku terkesima sebentar dengan soalan abahku.

”apa nak dikejutkannya..anak abah ni dah besar panjang..dah sesuai pun nak dikahwinkannya.”
Abahku mengusap perlahan belakangku.

”alin takda apa2 la dengan abang haikal tu..pasal soal hati perasaan ni alin tak reti la..”
Jawabku berterung-terang. Abahku tergelak kecil pabila aku mengatakan ’tak reti’

Sungguh aku tak tahu. Kadang-kadang aku rasa senang dan suka dengan kehadiran abang haikal. Seringkali juga aku rasa lemas dengan protective agentnya, maksudnya terlalu protektif orangnya..memanglah rasa terlindung tapi kadang-kadang rasa lemas gak..hatiku terasa dia hanyalah sebagai seorang abang,memang aku pernah meminatinya tapi..
seringkali juga terlintas di fikiranku pasal zhafrul..zhafrul insan pertama yang pernah mencorakkan hati remajaku, yang pertama menimbulkan rasa debar di hatiku..namun dia semakin hilang..tiada khabar mahupun berita tentangnya..tah dah kawin dah mamat tu..
sudahlah janganlah jadi pungguk rindukan bulan pula..bulan takkan jatuh bertimpa-timpa lalu jatuh cinta pada pungguk kan..memang imposibble..
menangis DBP tengok peribahasa dihancurkan..

”k lah..nanti ye bincang lain..alin penat sangat ni..alin nak mandi,nak solat pastu nak tido..”

”ye2 g la naik..tapi jangan tak turun makan lak..abah tengok kamu dah makin kurus dah..”

”yes bos!!!” kataku sambil membuat gaya tabik hormat.
Abah tergelak kecil sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.

Tuesday, May 25, 2010

KALAU DAH JODOH 14

-maaf lewat sgt kali ni..k ni sambungan terbaru..selamat membaca..(^_^)

14
:: secret admire?? ::

”yahoo” jeritku dalam hati pabila sesi klinikal tamat. Penat betul berdiri 2 jam.
Tu baru 2 jam nanti waktu housement berjam-jam kena berdiri,mau pengsan diri ini.
Lalu aku dan aini, pblmateku berjalan perlahan-perlahan balik ke asrama kami.

Tiba-tiba kami disapa satu suara..

”syu..aini..”

Kami berdua berpaling ke arah suara itu.

Kelihatan ina bersama seseorang mendekati kami.
”abang haikal!!!”, bergema di dalam hatiku nama seniorku itu pabila aku baru menyedari dia mendekatiku bersama ina.

”aisy ina..sapa ni??pakwe mu ka???”, aini bertanya bernada usikan.

”aish bukanlah ni cousin aku,abang haikal..ni aini,ni pulak syu ”. Ina memperkenalkan kami.

Di dalam fikiranku, bermacam-macam fikiran yang timbul.
Terasa cuak berjumpa face to face dengan insan yang pernah aku minati dahulu walaupun aku pasti abang haikal tidak pernah menyedari pun kehadiranku dan sudah pasti dia tidak tahu pun aku adalah secret admirenya..
Fikiran terhenti pabila tetiba abang haikal menyapaku

”syu..amalin syuhada kan???budak penang ka??”.
Terkesima aku sebentar sebelum aku mengangguk mengakuinya.

”dulu sekolah bukit jambul ka???”, tanyanya lagi.
Aku mengangguk lagi dan terasa nafasku semput sebentar..dia kenal aku????

”tak kenal abang ka???abang sekolah tu gak dulu”.
Uish pa lak tak kenal..abang ni gila punya femes dulu..

”kenal..”, pendek aku menjawab.

”lah..ye ke???napa tak tegur dari awal ja..” balasnya sambil tergelak kecil.

”takdala takut abang yang tak kenal saya nanti..”

”pa nya tak kenal..syu kan femes kat sekolah..anak cikgu kaunselor sekolah..anak cikgu azmi kan???kenal sangat lah..”

Termanggu aku sebentar.. ye ke aku famous..tak pernah sedar pun hakikat tu..kalu cakap dia famous boleh terima la..sapa tak kenal abang haikal,ketua pengawas merangkap beberapa jawatan besar yang ada lagi..tak cukup dengan itu, berserta dengan kehenseman yang sejak azali tu menambahkan lagi kefemesan dia..

”uish seronok bersembang sampai tak ingat kami-kami kat sebelah ni..” sampuk ina sambil membuat mimik muka nya.

”takdala..excited gak jumpa junior sekolah kat cni..” balas abang haikal selamba.

”berapa lama duk cni???datang buat apa???”, aku meberanikan diriku bertanya soalan.

”abang wat elektif kat cni..ada la sebulan dua..pastu balik UKM balik la..”

”dah tahun brapa ye??final year ka???” sampuk aini apabila sekian lama dia berdiam diri..

”ahh final year..korang 3rd year la kan smaa dengan si ina ni..”

”emm sini ada tempat makan best tak ina???” tanya abang haikal tiba-tiba.

”ada la..ingat kelantan ni kokak sangat ka”, balas ina meperli abang sepupunya.

”ye la..abang takda niat la nak kutuk kelate kesayanagan ina..jom g makan luar..abang belanja..”

”ye ke..yuhuu”, seronok benar cik ina ni bila ada orang nak belanja makan.

”jom syu,aini..abang belanja makan..”

Aku dengan aini masih teragak-agak untuk turut serta. Namun setelah dipujuk berkali-kali oleh ina dan abang haikal kami pun mengikut sahaja gerak langkah mereka.

.......................


Sesampainya kami di gerai makan

”pesan je la apa2 yang ingin dipesan..abang belanja”..

”ina nak chicken chop ngan air tembikai..”

”aini???”.

”emm aini ikut ina la..”

Pa hal dua2 kawan aku ni makan western lak..nak nasi la..

”emm syu lak???nak pesan apa???”.

”bagi nasi goreng kampung la ngan jus mangga..”

Lantas abang haikal memanggil pelayan untuk mengambil pesanan kami..

”emm saya nak pesan 2 chicken chop,2 jus tembikai, 2 nasi goreng kampung ngan 2 jus mangga..” jelas abang haikal memesan makanan kami kepada waiter yang datang. Pelayan itu terangguk-angguk sambil menulis pesanan kami.

”eh esok ada apa ye???” ina bersuara memcahkan kesunyian yang menyelubungi.

”emm esok ada lecture pagi..pastu ada PBL..petang kita free..” jawabku.

”yes free petang..boleh la aku tido..”, balas ina sambil tersengih-sengih.

”aisy tido plak dia fikir..jadi medical student mana boleh banyak main..kena banyak studi..”, leter abang haikal.

Terdiam cik ina sebentar lalu dia membalas ”ala sekali sekala je nak qhada tido..takkan tak boleh..”

”ye la..malas abang nak berleter kat ina..”
Ina mencebikkan mukanya.

”comel sangatlah muka camtu..” tegur abang haikal membuatkan aku dan aini sama-sama tergelak.

Ina pun akhirnya tergelak sendiri.

Di saat itu, tetiba ada segerombolan manusia baru tiba di gerai itu.
Dan aku terkesima tatkala tersedar di dalam segeromolan orang ada si dia: Zhafrul Imran B Helmi. Gelakku turut terhenti. Aku terus memandang ke tempat lain tatkala dia memandang ke arahku.

”syu???.dia dengan ina..dengan aini..sapa laki yang depan dia tu???”, tertanya zhaf di dalam hatinya..

Aku memberanikan diri melangkah menegur mereka..

”ina..aini..syu..dah lama ka kat cni???” tegurku selamba. Sempatku mengerling kepada syu dan kemudian pada laki di hadapannya.

”oish ko ke zhaf???takda la lama sangat..makanan pun tak sampai lagi..”, jawab ina..
”kenalkan sepupu aku, abang haikal, final year UKM, buat elektif kat cni..”

”owh”, terhembus kelegaan. Lantas kami bersalaman berbalas senyuman.

..............

Di dalam kereta selepas menghantar aini dan syu ke asrama masing-masing

”oish abang haikal..apa hal diam je ni...tadi bukan main byk mulut lagi..” ina bersuara mengejutkan haikal dari lamunannya.

Haikal hanya tersengih tidak menjawab penyataan ina

”abang suka kat syu ye???” serkap ina sambil tersengih-sengih..

Haikal terkesima terus sekilas memandang sepupunya di sebelah.

”ala ngaku je la abang..obvious sangat la..”desak ina lagi tidak berpuas hati pabila haikal dia membisu.

”nampak sangat ka???”. tanya haikal tanpa menyedari dia memang dah terkena jerat yang dibuat ina.

”jadi betullah..ina dah agak dah”, tergelak ina pabila ternyata jeratnya mengena.

Haikal mengaru-garu kepalanya serba tak kena,kalut pabila rahsia hatinya telah terbocor di hadapan sepupunya yang agak kepoh ini.

”ina tolong abang..” haikal bersuara. Dalam fikirannya alang-alang ina dah tahu baik terusnkan niat di hati.

”tolong pa nya..tolong rahiskan???rahsia abang akan selamat dalm tangan Ina InsyALLAH jangan risaulah..”

”bukan..abang ingat abang nak approach dia...ina ada no fon dia tak???”.

Terdiam ina sebentar..gelojoh betul abang sepupu aku nih.

”tak yah la abang..takda maknanya cik syu tu nak layan..”

Terdiam haikal dengan kenyataan yang baru keluar dari mulut sepupunya.

”dulu ada ja budak kuliah ina nak tackle dia..tapi tak kesampaian pun..syu ni kuat ckit prinsipnya pasal hubungan laki perempuan ni..bagi dia hubungan laki perempuan aka bercinta hanya betul bila dah kawin ja..” cerita ina lagi.

”emm zhaf tu ada pa2 ka ngan syu??” tanya haikal

”aik kenapa abang tanya camtu???”

”takda la..tadi masa abang salam ngan dia tadi, wajah dia,mata dia nampak sangat dia ada hati ngan syu..nampak sangat..”, bicara haikal sambil menginggat kembali wajah zhaf yang nampak tegang di saat mereka bersalaman. Mata zhaf seakan meberi peringatan tentang perasaannya terhadap syu kepada haikal.

”emm tak ramai orang tahu pasal benda ni..ina tahu pun sebab ina duk depan bilik syu masa kami 1st year dulu..zhaf pernah cuba tackle syu dulu,diorang pernah rapat la dulu tapi dah tak rapat dah sekarang..tapi ina dapat rasa zhaf masih suka pada syu..”

”syu???syu suka zhaf jugak ka???”.

”usih abang ni soal selidik betul..”
”tu ina tak tahu..sbb cik syu ni secretive ckit..memang susah la nak tahu..”

Lama haikal terdiam, men’digest ’ maklumat syu yang baru diketahui.

”abang rasa cam nak g meminang dia terus la..”

Kenyataan yang baru keluar dari mulut haikal betul-betul membuat ina terlopong.

Tuesday, May 11, 2010

KALAU DAH JODOH 13

13
:: malu tapi suka =) ::


”syu..” akhirnya dia bersuara.

”zhaf..”. di dalam diriku tertanya-tanya. ”eh tunang nad mamat perak ni ka???”. soalan yang ku pasti pada masa itu jawapannya adalah Ya.

”emm masuk lah..nadia dah tunggu kat dalam”. Aku akhirnya bersuara menjemput dia masuk.

Zhafrul kelihatan teragak-agak untuk masuk ke dalam rumah nadia. Sesekali dia melihat ke belakang.

”eh masuk la..takkan malu lak nak masuk rumah tunang sendiri”, aku bersuara sekali lagi. Ada nada marah dalam kata-kataku dan aku sendiri tertanya kenapa timbul rasa itu.

Zhafrul kelihatan tergamam sebentar sebelum bersuara ”syu..awak salah faham ni..”,

Sebelum sempat Zhafrul menjelaskan dengan lebih lanjut, aku terus memotong percakapannya ”emm pa2 je la..saya masuk dalam dulu..nanti awak masuk la sendiri”

Lantas aku pergi meninggalkan Zhafrul termanggu keseorangan di depan pintu.
Aku terus masuk ke dapur,mengambil segelas air untuk minum. Terasa tanganku terketar-ketar memegang gelas menandakan aku dalam keadaan terkejut bercampur sakit hati. Entah untuk apa perasaan itu muncul, aku seperti tak dapat mengawal perasaan itu. Air sejuk itu seperti menyejukkan diriku yang panas. Terasa bersalah melakukan sebegitu rupa pada tetamu istimewa nadia,lantas aku ke hadapan.


Kelihatan Zhafrul sudah masuk ke dalam rumah. Bersama dengan zhafrul juga ada Khairul. Aku menghadiahkan senyuman pada mereka seikhlas yang boleh.

”haa syu..mu wat gapo dalam dapur tuh???” tanya nadia.

Aku hanya mengeleng kepala, tidak tahu hendak bersuara apa.

”ok let break the news..emm ok syu aku kenalkan ye ka mu dah tahu???”. sambung nadia pabila soalannya tidak berjawab.

Lagi sekali aku terkaku tidak menjawab.

”ok la aku kenalkan terus la sebelum mu wat mogok lagi skali..”

Tergaris senyumanku dikala nadia mengeluarkan kenyataan itu.

”tunang aku khairul anuar bt Nizam..ore besut,terengganu ”

Khairul lantas membangunkan dirinya dari tempat duduk sambil mengibar-kibar tangannya ala2 YB membuat promosi sempena hari pencalonan undi.

Di saat itu aku terpandang wajah Zhafrul,dia turut sama memandang wajahku.
Aku cepat2 melarikan pandanganku.

”dah2 tiada rahsia lagi..so jom makan..” gembira sungguh cik nadia malam ni.

Sesekali ibu dan ayah nadia bersuara menjemput tetamu untuk menambah lauk mahupun nasi.
Sempat juga cik nadia roomate ku yang sorang ni memuji-muji masakan ku.

”makan-makan sedapkan tomyam ni..ni syu yang masak..kailan ikan masin ni pun syu masak..sedap kan zhaf???”.

Dapat ku rasakan pujian tu penuh dengan rencah-rencah yang ditambah. Suka benar cik nadia men’kenen’ aku dengan mamat perak ni.
Yang mamat perak ni pun mengangguk kepala,sesekali dia turut memuji.
Terasa bahang mukaku,malu bercampur geram dengan kelakuan nadia yang jelas sekali ingin menyatukan aku dengan Zhaf.

.......................

Di dapur..
Sedang aku membasuh pinggan..
Zhaf masuk sambil membawa pinggannya..

”letak je la pinggan kat situ..saya basuhkan”. Bicaraku masih tekun membasuh tanpa melihat ke arahnya.

Dalam hatiku berbicara ”cepatlah keluar,aku nak basuh pinggan pun tak selesa kalu mamat perak ni duk terpacak kat cni macam macam orang-orang kat sawah padi je gayanya”

Lama sunyi menyelubungi kami sebelum akhirnya dia bersuara

”betul ke awak yang masak?” suaranya kedengaran perlahan.
”ehmm syu, betul ke awak yang masak tomyam ngan kailan tu??emm sedap”, dia mengulang kembali soalan dengan suara yang lebih jelas. Pujian ditambah di akhir katanya.

”takdalah merepek je cik nadia tu”. Balasku cuba membuang rasa berbnga yang timbul dalam diriku ekoran pujiannya.

”owh....pastu sapa yg masak??”

”nadia la yg masak..tunang dia nak datang kan..k lah basuh pinggan sendiri..malas saya nak basuhkan tuk awak..” kataku akhirnya meninggalkan dia seorang diri di dapur.
”padan muka ko banyak tanya sangat”, gelakku sendiri.

Tuesday, May 4, 2010

KALAU DAH JODOH 12

12
:: Tetamu misteri ::

Ku cuba membina ayat namun tiada idea. Sungguh sebelum ni ku sangka tiada salah untukku berhubung dengannya selalu. Ye la kami tak pernah berjumpa mahupun bercakap dalam telefon. Hanyalah sms jadi perantaraan. Ya bijak sungguh si tanduk melekakan manusia. Sudah terang bersuluh couple itu salah lalu dialihkan pandanganku pada yang tengah-tengah tanpaku sedar itu pun salah. Jika dilihat tiada salahnya perhubungan kami hanyalah mesej jadi perantara dan hanyalah sekadar kawan namun tanpa sedar dalam diam kami menyimpan perasaan dan harapan. Tanpa sedar ia membawa kepada zina hati. Terasa berat dosaku ini tatkala zina hati itu terkeluar dari pemikiranku. Zina hati nampak mudah namun berat dosanya sama.

”ahh buat apa memikirkan perasaan orang lain..taip saja yang benar..ALLAH ada untukku walau si dia pergi”. Marah hatiku pada diri sendiri lantaran ketakutan menghantar mesej pada zhaf megatakan perhubungan ini perlu dihentikan.

”maaf. Kita sudah tak patut berhubung. Maaf dan terima kasih untuk segalanya”

Lantas sms tu dihantar lalu aku terus meng’off’kan telefon bimbitku. Emosiku ternganggu sebentar. Bercampur baur rasa lega dan sedih. Lega dan sedih bercampur memandangkan perhubungan ini sudah berhenti takat ni. Tiada lagi sms bertanya khabar, mahupun bertegur sapa. Semua itu sudah berakhir namun ini pertanda bermulanya kehidupan Amalin Syuhada yang baru cuba mengharapkan keredaanNYA.

...........................................................

”Haa syu menung gapo tu??”. nadia mengejutkanku dari lamunan kisah lalu.

Sungguh ku bersyukur hingga ke saat ini kerana ku bersikap rasional pada masa itu walupun jauh di sudut hati ada rasa terkilan. Entah untuk apa rasa terkilan itu.

”eh mu ni napa???aku tegur pun mu senyum ja..ada masalah ka???”

Dan pada masa yang sama aku bersyukur kerana ALLAH kurniakan padaku sahabat bernama Nadia yang bersama denganku menempuh perjalanan hidup di sini. Memberi semangat dan tanpa dia sedar dia membuatku lupa pada cinta antara adam dan hawa sebentar.

”takda pa la..aku penat ja..baru balik dari clerk patient tadi..mu dah beli makanan ka???”

”tak lagi..takda makanan yang selera la kat kafe..jom balik makan kat umah aku nak???”,senyum lebar nadia saat dia mengajak aku makan di rumahnya. Suka benar dia balik ke rumah. Bertuah betul orang rumah dekat ni. Jelesku sebentar.

”aku line clear ja”.

.................................................

Di rumah nadia..

Sebelum kami tiba di rumah Nadia sempat dia mengajak aku pergi kedai runcit berdekatan di rumahnya. Banyak betul barang runcit yang dibelinya.

”eh mu beli banyaknya..mu nak masak ka malam ni???”

”ahh..mu tolong aku ye”.

Aku hanya mengangguk kepala.

”mu nak masak pa nih???”

”emm kita masak maggi je la”. Balas nadia mengenyitkan sebelah matanya.

”eh mu ni serius la..buat lawak carcinoma pulak kat cni”.

”emm kita masak tomyam nak????side dishes nye kita wat kerabu mangga,kailan ikan masin tambah goreng telur sikit..ok tak???”

Aku hanya mengangguk sebagai balasan lantas aku mengeluarkan lobak merah, putik jagung,bunga kobis dari plastik manakala nadia sibuk mengeluarkan ayam yang sudah dipotong dari peti ais.

Dapur dilanda sunyi sebentar tatkala aku sibuk memotong lobak merah dan nadia sibuk mengupas bawang.

Dalam pada masa itu tertanya ku sendirian ”eh masak macam banyak semacam ja.”.

”ada ore nak mari ka???”. lantas aku bertanya namu tiada balasan dari nadia.

Dia hanya tersengih.

”eh aku tanya mu ni..ada ore nak mari ka???”

”tunang kak yar nak mari”, soalanku akhirnya dijawab adik nadia bernama narissa.

”tunang????nad???”. sungguh aku terkejut.

Lawak antarabangsa pa pulak kawan aku buat ni. Dalam terkejut itu aku tahu aku boleh percaya kata-kata narissa tapi yang tak boleh percaya nya napa cik roomate aku ni lansung tak inform pun pasal pertunangan dia ni. Rahsia alam sungguh.
Nadia tergelak terbahak-bahak melihat aksi terkejutku.

”aku nak inform mu la ni..biar suprise ckit”.

”banyak la mu pnya suprise. Baik mu bagitahu aku sekrang sapa tunang mu???aku kenal tak???mana cincin mu???aku tak nampak mu pakai pun???”. bertubi-tubi solanku tanya padaku. Gelak nadia kembali meletus melihat gelagatku.

”ada la..mu tengok la sndiri nnti”. Balas nadia masih berahsia.


Mogok suara juga aku tadi dengan nadia. Geram betul aku. Boleh pulak dia nak main rahsia-rahsia dalam kes penting ni. Boleh pulak main confidential dengan aku. Terasa betul aku dengan dia. Namun mogokku tak bertahan lama memandangkan pandai betul dia memujukku lantasku terpujuk. Namun begitu nadia masih beria-ria untuk merahsiakn dulu siapa gerangan tunangnya itu. malas untuk memaksa lantas aku mengambil keputusan untuk tunggu dan lihat sahaja.

Aku mengaul-gaul ikan bilis goreng, mangga yang telah dihiris nipis,cili dan bawang merah,bahan-bahan kerabu mangga itu. nadia masih di dalam biliknya bersiap. Lama betul dia bersiap hari ni dandan la tunang dia nak datang. Aku tumbang gembira melihat seri keseronokan yang terpancar di wajah roomateku itu.

”syu..kamu pulak yang buat keja..yar nye mana???bertuah betul budak ni biar tetamu buat kerja..dah la tinggal2 biar mak cik lak yang buat”.suara mak cik jah, ibu nadia.

”eh takpa mak cik..ckit je lagi..lagipun mak cik baru je lagi balik dari kerja...dah siap dah ni..tinggal nak bawa lauk-lauk nya ke meja depan..”. balasku bersungguh.

Ibu nadia yang berkerja sebagai jururawat itu jarang pulang lewat ke rumah namun hari ini ada emergency case di hospital katanya yang menyebabkan dia pulang lewat daripada biasa. Masih tergambar keletihan di wajahnya.

”ye la..mak cik bawakan ni ke depan ye..” mak cik jah akhirnya mengalah namun dia masih bersungguh ingin menolong lantas membawa beberapa pinggan ke depan.

Sedang kami berdua mengemaskan meja makan itu, kedengaran bunyi loceng rumah dibunyikan menanda tunang Nadia sudah tiba.

”yar..dah mari tu..”. mak cik jah bersuara memanggil nadia.

”jap2 yar tengah siap ni..syu,tolong jemput dia masuk dulu..”. jawab nadia terjerit sikit dari billiknya.

Takut-takut aku pergi ke arah pintu memandangkan aku memang tidak pernah tahu siapa tunang nadia.

Sampai di depan pintu rumah nadia, aku menarik nafas perlahan lantas aku pegang tombol pintu lalu aku buka pintu. Terjegat seseorang di hadapan muka pintu. Dan kami berdua sama-sama terkejut melihat muka masing-masing.

Thursday, April 22, 2010

KALAU DAH JODOH 11

11

:: Kisah lalu antara Zhafrul Imran & Amalain Syuhada ::

November 2005

Pertemuanku dengan si dia seringkali terjadi sebelum kami berdua memulakan kuliah. Aku seperti sudah menghafal jadual hidupnya. Setiap pagi dalam pukul 8 pagi akan kelihatan si ‘dia’ di kafe pusat pengajian. Kuliah kami setiap pagi akan bermula pada pukul 8.30. oleh itu setiap pagi sebelum ke kuliah aku pasti akan melihat si ‘dia’ di kafe pusat pengajian. Sajian paginya serba ringkas dengan hanya bihun goreng dan air kosong. Dan satu tabiatnya aku kesan adalah si ‘dia’ memang sering dengan minuman air kosongnya jarang sekali kelihatan si ‘dia’ memesan minuman memandangkan dia seringkali membawa botol air bersamanya ke kelas. Kuliah kami selalunya akan berehat pada pukul 10.30 hingga pukul 11 pagi. Pada waktu itu si dia selalunya akan hanya berehat di dalam dewan kuliah. Dan kuliah kami akan bersambung sehingga pukul 1. pukul 1 adalah seperti waktu berlepas untuk kami. Pada waktu itu rakan seangkatan dengan kami akan berebut-rebut untuk pulang ke kolej kediaman masing-masing tapi tidak pada si ‘dia’. Si ‘dia’ lebih selesa untuk menggunakan masa rehat sebelum kelas bermula pukul 2 dengan pergi ke surau pusat pengajian. Jadualnya di dalam tanganku dan sudah seperti menjadi jadualku sendiri. Ye kini ia adalah jadual ‘kami’ bersama perasanku seorang diri. Namun aku dapat merasakan yang si ‘dia’ tidak pernah sedar kehadiranku ataupun dia sebenarnya sedar. Aku pun tidak tahu. Namun yang pasti si dia tidak lupa menitipkan senyuman padaku tatkala kami ‘terjumpa’. Terjumpa secara kebetulan ataupun pertemuan itu sengaja aku atur. Ketawa aku sendirian memikirkan beberapa pertemuan yang aku sengajakan. Dan pasti pertemuan itu pasti lengkap dengan senyuman dari si ’dia’. Ye si ’dia’ manis dengan senyuman tanpa mengira masa, tempat mahupun orang dan dengan senyuman itu hatiku ditawannya.

Lalu hatiku bermatlamat untuk mengenalinya. Dengan bantuan beberapa sahabat akhirnya nombor telefon bimbitnya aku temui.

Bermulalah ‘persahabatan’ antara aku di si ‘dia’.
Bagiku dia seperti ‘jinak-jinak merpati’. Jarang sekali dia yang memulakan SMS antara kami. Pasti aku yang memulakan SMS antara kami.
.....................................................

Telefon bimbitku berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Lantas aku tersenyum pabila ternyata mesej itu dari Syu.

”lambat betul budak ni reply mesej aku”,bisik hatiku sambil mengeluh.

”pa kena ngan ko ni zhaf?tadi aku tengok senyum lepas tu mengeluh pulak. Pelik-pelik orang bercinta ni.”tegur khairul sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.

”eh mana ada aku bercinta.aku kawan je la ngan syu ni. Nak ke syu ni kat aku??cam jual mahal je.mesej aku pun dia lambat reply”,balasku dengan muka sedih yang dibuat-buat.

”ceh sedih-sedih pulak. Ye ke korang tak bercinta??musykil aku. Mesej macam orang bercinta. Siang malam tak berenti mesej.”

”mana ada. Kami ni setakat mesej je tau. Aku fon pun dia tak nak angkat. Kalau jumpa pun setakat senyum je tau. Dating apatah lagi.”.terangku pada khairul.

”owh ada hati ko nak berdating ye???”,gelak khairul. ”kau nak kena tazkirah dengan din ko try la”,sambung khairul lagi menginngatkan pasal seorang sahabatku bernama Din,ajk surau yang memang terkenal dengan kebaikannya dan keberaniannya menegur sahabat-sahabat yang berbuat salah.

”nak maghrib dah ni??ko tak nak bersiap g surau ke?ada ceramah best malam ni.”,tanya khairul sambil-sambil dia pun menyiapkan dirinya untuk pergi ke surau.

”owh ceramah ’AKU SUDAH JATUH CINTA!!’ tu ka??ada syu ingatkan tadi. Ok aku siap.”balasku terus bangun bersiap.

”owh kalu buah hati ingatkan baru bersemangat nak g ye”,usik khairul sambil mengelakkanku.

........................................................
Kelihatan ramai pelajar berpusu-pusu ke surau pabila kedengaran azan dari surau kampus. Pabila ada aktiviti seperti ceramah di surau barulah ramai pelajar mengimarahkan surau kampus itu tak terkecuali aku yang juga tergolong dalam insan yang jarang-jarang sekali menapak ke surau.

Selepas solat maghrib berjamaah dan solat sunat dijalankan,majlis malam tu pun bermula. Emcee pun memulakan majlis dengan bacaan ummul kitab dan diiringi dengan bacaan doa dari seorang pelajar.
Ceramah disampaikan oleh ustaz Amirul.


“Telah tertulis atas anak Adam akan nasibnya dari sudut zina akan bertemu dalam hidupnya, tidak bisa tidak. Maka kedua mata, zinanya adalah memandang. Kedua telinga zinanya adalah mendengar. Lisan, zinanya adalah berkata. Tangan zinanya adalah menyentuh. Kaki, zinanya adalah berjalan. Dan zinanya hati adalah ingin dan angan-angan. Maka akan dibenarkan hal ini oleh kemaluan, atau didustakannya.”

:: HR Muslim, dari Abu Hurairah ::


sambung ustaz itu lagi..
"Hadis ini meminta kita berhati-hati terhadap setiap yang kita lakukan. Setiap daripada anggota badan kita ada masanya yang memacu kita ke arah zina. Kadang kita sendiri tidak sedar. Tetapi bila ada yang memberi teguran mengingatkan, maka terimalah. Jangan pula kita cuba mengatakan perkara yang kita buat itu betul . Setiap indera kita iaitu mata, telinga, lisan dan sentuhan boleh memacu kita ke arah zina. Ini yang perlu kita jaga sebaik mungkin selagi belum berkahwin."

Lalu terlintas satu ayat al-quran di hatiku. Surah ke 17 surah Al-Isra ayat 32.

32. Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.

”nampak mudah just mesej,chatting tanpa berjumpa..tak nmpak mana salahnya..tapi sedarkah kita yang semasa kita mesej or chatting sebenarnya kita berdua..tiada insan yang lain yang tahu kita mesej or chat apa so mulalah insan ke3 menyibuk..ya insan ke3 tu la musuh kita,syaitan..ni yang akn membawa kepada zina hati..ya adik2 yang paling bahaya sekali adalah zina hati..nampak mudah,nampak cam tak salah tapi sebenarnya kita dah terjerumus dalam zina hati..jaga2 ye adik2 dengan zina hati ni..dosanya sama ja seperti bezina..bila org cakap kita berzina,kita marah tapi tu la hakikatnya di saat kita duk teringat pada si dia ,kita dah berzina hati sebenarnya..jadi peliharalah hatimu wahai adik2..”

....................................................................
Di akhir ceramah termenungku keseorangan. Terasa keinsafan menjalar di diri ini tatkala kata-kata dari ustaz kembali tergiang di pendengaran.
Adakah diri ini telah terpesong dari jalan yang nyata? Adakah aku telah menghampiri zina?
Betapa aku leka dengan dunia lalu aku lupa untuk menjaga kebun-kebun ibadahku yang akan aku petik di akhirat kelak. Betapa aku telah mensia-siakan usaha kebunku dengan membiarkan serangga perosak memusnahkan hasil-hasil kebunku.

”Ya Allah,Kau ampunilah dosa hambamu yang hina ini”,bisik hatiku menginsafi diri.

Malam itu aku betul-betul dilanda kekesalan dan keinsafan. Telefon bimbitku aku tutup, aku cuba bermuhasabah diri. Hatiku rasa resah sekali lantas aku mengambil keputusan untuk berjumpa dengan sahabatku,Din yang aku harap dapat membantuku.

Pintu bilik Din aku ketuk. Kedengaran suara menjawab ”masuklah,pintu tak kunci”.
Lantas aku masuk ”assalamualaikum,din”.

”waalaikumusalam. Zhaf. Awat ngan hang ni? Ada masalah ka?”,ujar Din dengan lorat utaranya menyedari keadaanku yang nampak bermasalah.

Soalannya aku tak jawab. Aku hanya mendiam diri. Entah bagaimana inginku susun ayat menjelaskan keresahan di hatiku ini.
Din hanya melihatku sambil tersenyum lantas belakangku dia tepuk perlahan.

”insyALLAH setiap masalah ada penyelesaiannya,zhaf. ”, nasihat Din.

”ada masalah boleh ja kongsi ngan aku. InsyALLAH aku boleh bantu apa yang patut. Kalau tak mau cerita pun takpa. Hang rehat ja na.Tido bilik aku pun takpa roomate aku balik kampung dia minggu ni”,sambung Din lagi pabila tida balasan dariku.

”aku nak baca quran. Jom baca sekali. Mungkin tenang ckit hati hang tu”.
Aku hanya mengangguk sebagai balasan. Lantas Din menghulurkan tafsir al-quran padaku manakala dia memegang satu lagi tafsir al-quran untuknya.

”bukak surah al-mulk. Surah ke 67. ”arah din lembut.
Perlahan aku bukak helaian al-quran. Terasa sebak diriku memikirkan betapa lama aku meninggalkan kitab ALLAH demi mengejar duniawi.
Perlahan aku dan din bersama-sama mengalunkan ayat ALLAH dan diselang-selikan dengan membaca tafsirnya.


Surah al-mulk ayat 6-10

6. Dan orang-orang yang kafir kepada Tuhannya, memperoleh azab jahannam. dan Itulah seburuk-buruk tempat kembali.
7. Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya mereka mendengar suara neraka yang mengerikan, sedang neraka itu menggelegak,
8. Hampir-hampir (neraka) itu terpecah-pecah lantaran marah. setiap kali dilemparkan ke dalamnya sekumpulan (orang-orang kafir), penjaga-penjaga (neraka itu) bertanya kepada mereka: "Apakah belum pernah datang kepada kamu (di dunia) seorang pemberi peringatan?"
9. Mereka menjawab: "Benar ada", Sesungguhnya Telah datang kepada kami seorang pemberi peringatan, Maka kami mendustakan(nya) dan kami katakan: "Allah tidak menurunkan sesuatupun; kamu tidak lain hanyalah di dalam kesesatan yang besar".
10. Dan mereka berkata: "Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) niscaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala".



Terasa kecil diriku tatkala membaca kata-kata ALLAH kepada hambanya. Air mataku mengalirkan menjatuhkan keegoaanku di depan din. din seperti memahami menepuk belakangku perlahan
.

Lama aku berselubung dengan kesedihan. Keinsafan menyelubungi diri. Dengan perlahan aku bersuara ”aku berdosa,din. Aku lalai.aku....” lantas aku menutup mukaku dengan telapak tanganku.

”ALLAH Maha pengampun,zhaf”,balas din.
Aku memandang muka sahabatku. Mukanya tenang sekali. Ingin aku curi ketenangan darinya untuk ku hilangkan resah yang bertamu.

”jom kita solat sunat. Mintak diampunkan dosa kita dahulu mahupun yg akan datang. InsyALLAH hati hang akan tenang pastu”. Pelawa din seperti memahami hatiku yang keresahan.

Aku mengangguk setuju. Lantas aku dan din menyiapkan diri untuk bertemu yang ESA.

...........................................................

Saturday, April 17, 2010

KALAU DAH JODOH 10

10
:: approach bakal bapa mertua ?? ::

”emm pak cik ni ayahnya Syuhada ye?”.

Soalan dari anak muda itu mengejutkan Azmi. Tertanya dia sendirian siapakah anak muda dihadapannya.

Lantas dia menjawab ”ye.pak cik ayahnya syuhada. Kamu ni kawan sekolah dia ka?”,tanya Azmi pada anak muda itu jelas menunjukkan rasa ingin tahunya.

Lantas anak muda yang masih belum diketahuinya menyalami tangannya dan memperkenalkan dirinya.

”saya Zhafrul imran. Satu kos dengan anak pak cik,syuhada kat USM”

”owh”,balas Azmi mengerti kini siapa sebenarnya anak muda di hadapannya.

”jom la kita duduk-duduk sembang dulu sementara kamu tunggu kakak kamu”pelawa Azmi ramah.

”tak menganggu pak cik ke?”,balas Imran agak segan dengan pelawaan Azmi lebih-lebih pabila sudah mengetahui Azmi adalah ayah kepada Syuhada.

”takde nye menganggu. Pak Cik pun takda teman nak berbual boleh la sembang serba sedikit dengan kamu”,balas Azmi bersungguh mempelawa sambil sesekali menilik serba sedikit anak muda di hadapannya. Dari pemerhatiannya Imran ini tida cacat celanya,baik budaknya, hormatkan orang tua dan insyALLAH sesuai sekali dengan karektor bakal doktornya.

”emm boleh la pak cik”. Lantas mereka beriringan ke suatu tempat kosong.

”rumah kat mana”, tanya Azmi memulakan perbualan.

”kat Ipoh pak cik tapi sementara cuti ni saya tinggal ngan kakak kat Bayan Lepas”,jawab Imran tertib.

”owh belajanya ok?”tanya Azmi lagi

”ok la..masa 1st year ada la gak rasanya nak give up tapi bila dah masuk tahun kedua ni dah boleh adapt so takda rasa low sangat confidence tu.”,

”alhamdulilah. Pak cik rasa imran boleh berjaya insyALLAH. memang kita manusia ni selalu gitu. Memang medic tu susah tp disebabkan benda tu baru jadi benda tu rasa lagi bertambah susah sebabnye macam imran cakap tak adapt lagi dengan benda baru tu. Alin dulu gitu jugak mula2 selalu gak fon nangis katanya dah tak tahan. Sedangkan dia tu dari kecil lagi cita-citanya takda benda lain selain dari doctor tapi sekarang ni pak cik tengok dah ok dah nampak confindent dengan medic. InsyALLAH pak cik doakan anak2 pak cik ni berjaya”,nasihat Azmi sambil menepuk perlahan belakang Imran seperti menyatakan dia menganggap Imran sebagai anaknya sendiri. Imran terasa terharu sebentar dengan kata-kata Azmi.

”emm kamu rapat ke dengan Alin?”tanya Azmi

”aa Alin??”,balas Imran kembali dengan pertanyaan.

”ye Amalin Syuhada,anak pak cik. Kat rumah kami panggil Alin. Kat sekolah selalunya kalau tak salah pak cik Syu kan nama panggilannya?”,

”ye Syu..kami takda la rapat tapi kenal la sebab satu kuliah ja”,balas Imran cuba menyembunyikan perkara sebenar.

“owh..saja pak cik tanya sbb pak cik nampak kamu macam rapat benar dengan Alin. Pandangan Pak cik ni selalunya tak salah”, balas Azmi sambil tersenyum simpul cuba mengorek rahsia pemuda di hadapannya. Sebagai guru kaunselor yang sudah berkhidmat lebih daripada 20 tahun tidak sukar dia nak menganalisa raut wajah seseorang mahupun cuba mengorek rahsia seseorang.

Imran mula gelisah. Hatinya gundah berfikir sama ada patutkah dia menceritakan kisah lama antaranya dan si ‘dia’.

Thursday, April 15, 2010

KALAU DAH JODOH 9

9
:: BERTUNANG?? ::

Hari ini adalah hari pertama kelas bermula sejak cti semeter yang lalu. selalunya pada awal pagi terasa kemalasan untuk ke kelas lebih-lebih lagi pada hari pertama kelas bermula. Namun lain pada hari ini, dari pagi lagi aku sudah bersemangat untuk ke kelas. Teringat pesanan ayah syu padaku. Dan setiapkali teringatkan peristiwa semalam aku pasti tersenyum seorang.

”eh mu ni hepi semacam ja dari pagi tadi???”. tegur khairul. Mukanya jelas tertanya-tanya.

”mana ada..biasa ja..mungkin seronok dapat jumpa mu balik”.

”yola tu seronok jumpa aku..jawapan bunyi cam gay semacam je..”

”eh gay tak main..aku minat perempuan ye”

”ye minat perempuan ye..siapa la perempuan bertuah tu ye????” kata khairul sekan mengejek...dalam hatiku seperti berbunga-bunga memikirkan perempuan bertuah itu.

”udah la tu senyum sorang2..geli aku tengok”. Tegur khairul sekali lagi lantas membaling bantal kecilnya ke arahku

Aku terus meletuskan gelakku.

”aku ada benda nak cakap ngan mu nih” khairul bersuara agak serius membuatkanku terpingga-pingga sebentar.

”pa nye???”

”aku bagitau benda ni kat mu sore je deh..jange ngoyat kat sapa2 deh”.
”aku dah bertunang”.

”bertunang????? Ngan sapa??? ” tba-tiba rasa ketakutan menjalar di diriku.
Teringat peristiwa malam sebelum aku pulang ke penang, di stesen bas khairul ada menunjukkan padaku bakal tunangnya. Dan aku pasti khairul pada waktu itu khairul mengatakan amalin syuhada sebagai bakal tunangnya.

Khairul hanya tersenyum membuatkan ku ternanti-nanti.
”ala mu kenal tunang aku tu..budak kuliah kita gok..kan aku ada tunjuk ari tu kat stesen bas”.jawab khairul masih berteka-teki.

Terasa darah turun dari mukaku. Ingin pada saat itu aku menelefon ayah syu untuk mendapatkan kepastian.

”napa muka mu pucat sangat nih..” tegur khairul lantas ku palingkan muka menghalang khairul menilik mukaku.

Tiba-tiba khairul gelak lantas dia bersuara ”mu nak tengok gambar tunang aku dok???”.

Bahagia sungguh aku lihat sahabatku sorang ni. Terasa kegembiraannya menoreh hatiku berdarah.

Tiba-tiba satu gambar diarahkan ke mukaku. Lantas mataku ku tutup rapat. Ketakutan menjalar tubuhku.

”eh tutup mata pulak dia..cuba la nengok dulu..cam hodoh sangat ja tunang aku”.

Lantas aku bukakan mata melihatkan roomate ni tersenyum bahagia lalu ku alihkan penglihatan ke arah gambar tersebut.
Terperanjat diriku tatkala melihat gambar tunang khairul.

”nadia???”. dengan terlafaz kata-kata berbicara soalan itu,terasa diriku sekali menghembus nafas lega. Ternyata ku rasa sangat lega dan bersyukur. Tanpa paksa diriku sekali tersenyum bahagia menumpang bahagia khairul.

”ye nadia..dah lega???tersenyum manis mu bila tahu tunang aku sebenarnya nadia ye??”

”ye la aku tumpang bahagia..nampak mu bahagia”.

”ye ke???kalu aku bertunang dengan syu,mu sebahagia gini ka???” tanya khairul sambil tersengih-sengih.

”pa pulak aku mana ada apa2 ngan syu..

”ye la tu takda pa2..aku tahu rahsia mu zhaf..”

”pa yg mu tahu???”.balasku mengangkat keningku sebelah cuba berlagak selamba.

”mu balik ngan syu ye..jadi bodyguard la konon..”.
Aku hanya tergelak melihat mimik muka yang sengaja dibuat khairul.

”pantas ye mu..siap approach ayah trus ye”.

”kebetulan je tu..” balasku malas hendak memanjangkan cerita.

”pa yg mu kecek ngan ayah dia???”, tanya khairul masih tidak puas hati.

Aku mendiam diri masih terfikir perlukah kisah ini dikongsi????
...................................

THAT'S ALL FOR TODAY..
insyALLAH selepas ni,setiap episod akan dipercepatkan..
saya akan cuba - dalam masa 3 hari saya akan postkan at least 1 episod dan seterusnya..itu janji saya.insyALLAH kalu takda halangan janji itu akan saya tepati..
happy reading (^_^)

KALAU DAH JODOH 8

8
:: SENYUM ::

Akhirnya aku tiba di asrama dengan selamatnya. Ya terima kasih pada
’bodyguardku’ yang diupah khas oleh abah. Memang ku akui ku jga takut untuk naik bas malam sorang-sorang. Bertambah takut apabila memikirkan aku akan naik teksi seorang diri untuk pulang dari stesen bas ke hostel. Tapi dengan ada si ’bodyguard’ rasa ketakutan itu hilang namun diganti dengan rasa takut dengan diri sendiri. Takut diri sendiri kembali leka dengan cinta manusia.


”Ya ALLAH, jauhkan aku daripada kelekaan dahulu”. Sempatku berdoa seorang diri tatkala aku menaiki tangga satu persatu menuju ke arah bilikku yang terletak di tingkat 1.

Dengan cermat aku membuka bilikku dengan nadia menggunakan kunci bilikku.
Kelihatan roomateku,nadia sedang tidur lena sambil memeluk bear kesayangannya.
Aku tersenyum simpul.

Lantas aku meletakkan beg pakaianku di atas katil. Aku mengambil keputusan untuk terus mengemaskan beg pakaianku.
Di saat mengemas kadang-kala aku tersenyum. Aku sendiri tak mengerti apakah maksud senyuman itu.

”haa senyum sore-sore”. Tiba-tiba aku disergah satu suara.

”eh nad..mu terjaga sebab aku ka???”.terkejutku lantas aku bertanya. Terasa bersalah kerana telah menyedarkan roomateku dari tidur.

”takdo la..aku tok tido pun..aku saja buat2 tido”.

”aku tengok mu dok senyum ja..bakpo???” nadia kembali dengan soal-selidiknya.

”mana ada aku senyum..mu ni merepek jah..aku tengah kemas beg nih”. Balasku.

”ye ke????aku rasa senyum mu tu macam ada isi tersurat ngan tersirat ja..”

”mu ingat nak wat karangan rumusan ka ada isi tersurat ngan tersirat..kita dah lama tggal silibus nak wat rumusan tu jadi mu tak yah la rajin2 nak revise balik”. Balasku cuba memperkenakan nadia kembali.

Harapanku nadia lupa pasal isu senyum tersebut kerana diriku ini sendiri tak tahu alasan ku tersenyum seorang.

”dah2 mu jange nak melencong arah lain pulok..”.

Hampir aku meletuskan gelakku mendengarkan sangkaan nadia yang memang mengenaku.

”aku ter’nampak’ mu dengan seseorang duk bawah tadi”. Sambung nadia tersenyum. Senyumnya jelas seperti ingin berkata ”aku tahu rahsia mu,syu”.

Aku masih mendiamkan diri. Tidak tahu ingin membalas apa.

”ada rahsia apa-apa ka yang mu perlu beritahu aku???”.

Aku lantas duduk diatas katil aku menghadap nadia.
Nadia masih dengan senyum ingin tahunya.

KALAU DAH JODOH 7

assalamualaikum

Maaf lewat sangat..

dah start cuti sem ni baru nak aktif kembali..

kalau ada pa2 nak komen,komen je la ye..

bila ada orang mengomen baru rasa ada semangat sikit nak menulis (^_^)

thanks la bagi yang follow,terharu tak sangka ada yang nak follow..

memandangkan dah lama sgt2 tak post saya akan post 3 episod terus ari ni..

so teruskan membaca..

happy reading =)


7

::BODYGUARD??::


Aku berjaya juga pergi ke reunion akhirnya. Pelik juga aku apabila abah tiba-tiba membenarkan aku balik naik bas malam.


Gembira sungguh hatiku dapat berjumpa kawan-kawan lama. Amy masih dengan stailnya yang agak boyish. Awa pula semakin ayu. Ketawa aku dan awa apabila kami sempat imbas kembali kelakuannya menampar seorang budak lelaki dalam kelas kami pada suatu masa dahulu. Shikin kawanku bakal cikgu sorang tu masih dengan sifat keibuaannya. Yang paling tak ku sangka salah seorang sahabatku, amira telah menamatkan zaman bujangnya. Dan tambah mengejutkan amira mengahwini senior sekolah kami. Kelihatan dia bahagia bersama dengan suaminya. Dan kami sebagai sahabat tumpang gembira.


Dan pertemuan itu juga sempat menemukanku dengan seorang senior yang pernah ku minat dahulu. Hihi ala cinta monyet je. Haikal namanya namun aku gelarkan dia xiu yu kerana wajahnya iras-iras seorang pelakon taiwan yang pernah aku minati dahulu. Dia tampil bergaya. Terpancar aura doktor daripadanya. Namun kami tidak pernah bertegur sapa dan aku pasti dia tidak pernah sedar kewujudanku di sekolah dahulu.


”alin..alin”

Panggilan itu mengejutkanku dari lamunan tentang peristiwa siang tadi.


”ye abah. Alin ada kat blik ni”. Balasku.


Terdengar derap kaki abahku berjalan ke arah bilikku. Abahku mengetuk pintu biliku perlahan dan membukanya. Dia melihatku sedang meletakkan beberapa barang keperluanku ke dalam beg seraya dia bersuara ”dah siap mengemas ka??bas kamu pukul 10 ni. Nah tiketnya”


Abah menghulurkan tiket bas ke arahku. Aku melihat tiket itu sekilas.

”owh abah beli tiket kerusi single ye”.


Lantas tiket itu aku simpan baik-baik di dalam beg duitku.

”kul 9 ye kita bertolak ke stesen. ”

Lantas aku memandang jam dinding di bilikku. Jam menunjukkan pukul 8.30 malam.


Lebih kurang pukul 9.40 kami tiba di stesen bas Sungai Nibong. Suasana stesen riuh rendah dengan bunyi bas bercampur dengan bunyi suara manusia.


-sekadar gambar hiasan-

Bas untuk ku pulang ke Kelantan berada di terminal 3. Abahku mengangkat begku dan aku mengikutnya dari belakang. Sesampainya di terminal 3 aku lihat bas sudah terpakir di situ. Abahku dengan cermat meletakkan begku di tempat menyimpan beg di bawah bas. Aku pun bersalam dengan abahku dan ingin menaiki bas. Dengan pantas abahku menghalang ”alin..kejap”.

”panye abah?” soalku pelik dengan kelakuan ayah seperti mencari-cari seorang.


”takda la abah risau kamu balik naik bas malam sorang-sorang,jadi abah dah pasang bodyguard dah tuk alin”.


”bodyguard???” aku makin tertanya-tanya..


”haa dah sampai pun bodyguard kamu.” lantas aku toleh ke belakang dan bodyguard aku hanya tersenyum padaku membuatku terkaku seribu bahasa..


”mamat perak!!!!”

Friday, February 5, 2010

KALAU DAH JODOH 6

6
:: PERSOALAN::

Selesai solat maghrib berjemaah di rumah kak ira berimamkan suaminya faizal, aku,ibu dan abah lantas bersiap pulang ke rumah.

Sejak dari peristiwa yang mengejutkanku tadi terlintas pelbagai persoalan di mindaku.
”kenapa dia ada kat sini? Abah sembang apa ngan dia?”
Namun aku cuba sembunyikan resah di hati takut dikesan abah. Abahku memang pakar dalam mengorek rahsia anak-anaknya. Berkat dari mejadi guru lebih daripada 20 tahun.
Sunyi menguasai kereta yang dipandu ayah.


”alin” tegur ibu. ”kenapa diam ja?”.
Tersentak aku dengan pertanyaan ibu. Aku sedar aku diperhatikan abah melalui cermin belakang.

”penat la ibu.”,jawabku singkat.

”ala siannya anak ibu. Ijat cakap kamu nak kuar main boling dengan dia”,

”dia ada ajak tapi alin suruh dia mintak kebenaran abah dulu”,jawabku sambil megerling ke arah abah menunggu balasan jawapannya.

”kebenaran?? Kebenaran nak kahwin??”,abahnya menjawab seperti tersentak apabila namanya disebutku.

”pa ni abahnye?alin cakap ijat ngajaknye keluar esok,dia tanya ada ijat mintak kebenaran abah ke idak?”,terang ibuku sambil tersenyum kecil dengan respon terkejut abahku.
Respon terkejut abahku sama sekali tak lawak bagiku. Aku terasa tidak sedap hati.

”owh ijat. Ada dia bagitau kat abah. Abah ingatkan pasal..”,balas abahku meninggalkan ayatnya tergantung.

”pasal apa abahnye??”,tanya ibuku.

“takda apanya. Abah yang salah dengar”,jawab abahku. Dari cermin belakang jelas kelihatan abah tersenyum seperti menyembunyikan sesuatu.

”pastu abah bagi ke tak alin kuar ngan ijat nih?”tanya aku ingin kepastian daripada abah.
Abah berfikir panjang sebelum bertanya kembali padaku.

”alin nak keluar berdua je ka dengan dia?”

”ye la abah. Takkan nak ajak pengantin baru sekali ikut kot”.

”hmmm bukan abah tak nak bagi tapi kamu pun tahu tak elok kan kamu keluar berdua je dengan ijat kan. Memang la ijat tu pangkat adik dengan kamu tapi still..kamu paham kan maksud abah”

Aku hanya mengangguk sebagai balasan. Sudah ku agak balasan abah. Abahku memang agak strict sikit kalu pasal tatasusila muslimah ni.

”hmm tapi kalau kamu nak keluar jugak..boleh juga biar abah temankan”. Cadang abah.
Abah tergelak kecil melihat respon terkejut ibu dan aku.

”eh biar betul abah ni. Takkan abah nak main boling jugak kot”,

”awat pulak tak boleh. Abah muda lagi apa”, abahku ketawa lagi. Seronok benar dia malam ni.

”takpa la abah.alin bukan nak pergi sangat pun”. Balasku

”abah, minggu depan alin nak kena balik u dah. Tak beli tiket lagi.” kataku setelah lama menyepi. Badanku ke hadapan supaya dapat bercakap dengan lebih jelas dengan abah.
Aku memberi masa untuk abah berfikir.

”emm brapa hb alin balik??biar abah yang belikan tiket.”

”27hb..abah beli tiket kerusi single ye..abah beli tiket malam ye?”

”tiket malam???abahnye bahaya naik bas malam” sampuk ibuku.

”alin pun tak suka balik malam tapi pagi 27hb tu alin ada reunion sekolah.sayang la alin dah ada peluang nak g alin lepaskan. Dah banyak kali dah terlepas. Reunion slalu tak sama dengan waktu cuti alin. Lagipun kawan-kawan alin yang studi kat oversea pun ada. Rugi la tak jumpa diorang. Boleh ye abah??kali ni ja alin balik naik bas malam.please!!!”


Aku cuba memujuk abah. Abah hanya berdiam diri. 90% sudah dapt ku rasakan abahku tidak akan memberi kebenaran kepadaku untuk balik malam. Lantas aku bertindak menyandarkan diriku. Dan sekali lagi sepi menguasai suasana dalam kereta kami.,

KALAU DAH JODOH 5

:: KEJUTAN YANG MENAKUTKAN ::

Di kawasan luar rumah kak ira,kelihatan ramai tetamu menjamu selera.

Di suatu sudut kelihatan seorang pemuda berdiri dan seperti menantikan seseorang. Matanya tidak lari dari memandang pintu bilik rumah pengantin. Sesekali dia melihat jam tangannya.

”ish,mana Kak Ain ni? Kata nak tegur kejap je. Ni dah setengah jam aku menunggu kat luar nih. Dah la tak kenal sapa-sapa. Kalu tak disebabkan aku tak makan dari pagi takda maknanya aku nak datang. Kak ain ni sengaja je tak nak masak. Nak simpan perut untuk makan kenduri lah”,bebelku dalam hati.

Dalam pada itu, mataku meliar melihat permandangan kenduri kahwin sahabat kakakku ini. Hanya ada empat khemah terpacak di depan halaman rumah pengantin. Dua khemah untuk jemputan lelaki dan dua lagi khemah untuk jemputan perempuan namun rata-rata para jemputan bercampuran jantina memandangkan ramai yang hadir berkeluarga. Makanan dihidang secara buffet jadi kelihatan para jemputan beratur mengambil. Melihat keadaan itu lantas perutnya berkeroncong berbunyi menandakan hormon makanan telah dirembeskan dalam perutku.
Terlintas di hatiku ”kalau aku ambil stetoscope sekarang mesti kuat bunyi bowel sound aku nih”bicaraku tersenyum seorang diri.


Tetiba aku disapa seseorang, ”anak,dah makan ke?” tanya seorang pakcik yang prihatan dengan keadaan tetamu yang hadir.

”kejap saya tengah tunggu kakak kejap.”jawabku lantas aku melihat muka pak cik itu.

”cam pernah tengok je pak cik ni tapi di mana ye. ” bertanyaku di dalam hati.

Lantas aku teringat pak cik inilah yang aku lihat pagi kelmarin menjemput Syu pulang di stesen bas Sungai Nibong.lantas aku memberanikan diri menegur.

”emm pak cik ni ayahnya Syuhada ye”,
Kelihatan muka pak cik itu terkejut namun sempat dia mengangguk dan menjawab
”ye.pak cik ayahnya syuhada. Kamu ni kawan sekolah dia ka?”,tanya pak cik jelas menunjukkan rasa ingin tahunya.

Dapat ku rasakan jantungku berdebar memikirkan aku telah menyapa ayah Syuhada dan kemungkinan besar Syuhada turut ada di majlis perkahwinan itu.

...................................................................................................................

Setelah sekian lama melayan kerenah kawan-kawan Kak Ira aku pun meloloskan diriku keluar dari bilik pengantin. Rancanganku aku ingin mengisi perutku yang kosong sejak pagi tadi memandangkan awal-awal pagi lagi aku menjejakkan kaki di rumah Kak Ira membantu apa yang patut.

Keluar saja aku lihat Abahku sedang bersembang dengan seseorang lantas aku berfikiran tidak mahu menganggu perbualan mereka memandangkan aku lihat abah nampak seronok benar dengan perbualan itu. Sesekali kelihatan dia mengangguk, kadang-kadang dia tersenyum lalu ketawa.

Aku meneruskan langkahku ke bahagian buffet mengambil seberapa makanan yang patut. Setelah aku ambil aku letakkan pinggan berisi makanan dan lauk itu di satu sudut meja yang kosong. Lantas aku meneruskan langkah ingin mengambil air sebelum aku tiba-tiba dipanggil abah.

”alin. Ke mari kejap.”

Lantas aku menuju ke arah abah. Dari jauh aku lihat lelaki itu seperti cuba melarikan diri namun dia berjaya dipujuk abah untuk terus kekal duduk di situ.

”haa alin. Ni abah nak tunjuk kawan u alin. Namanya Imran. Alin kenal tak??”kata abahku lantas aku melihat ’insan’ tu dan jelas kejutan itu menakutkan aku.