Wednesday, September 2, 2009

KALAU DAH JODOH 4 ::KENDURI KAWIN::

Cuti sekolah memang sinonim dengan kenduri kahwin. Dan kesempatan cuti ini turut diambil oleh kakak sepupuku, Kak Ira untuk melansungkan perkahwinannya. Awal-awal lagi kak ira sudah memesan kepadaku supaya hadir ke perkahwinannya memandangkan cutiku jarang sekali dan kesungguhannya memilih tarikh perkahwinan di kala waktu cutiku betul-betul membuatku terharu.
Setelah dua hari aku membantu keluarga Kak Ira dalam persiapan untuk kenduri perkahwinannya akhirnya hari perkahwinannya tiba.
Awal-awal pagi lagi aku sudah tiba di rumahnya.
”assalamualaikum”sapaku pabila ingin masuk ke bilik Kak Ira. Kelihatan dia sibuk menyusun hantaran yang akan diberikan kepada pihak lelaki.
”waalaikumusalam alin,masuk-masuk.duk kat situ jap.kak ada benda nak bagi”balas kak ira lantas dia membuka almari bajunya lalu mengeluarkan sepasang baju kebarung berwarna biru muda.
”cantik tak baju ni?”kak ira menanyakan pendapatku.
Lalu aku perhati baju kebarung biru songket itu. Bajunya bewarna biru kosong dan dihiasi manik di bahagian depannya manakala bahagian kainnya berwarna biru terang berkotak. Dari penglihatanku baju tu tak ada cacat celanya. Warna birunya sangat lembut dan menarik perhatianku.
”cantik!!”balasku jujur.
”emm bagus. Kak nak Alin pakai baju ni masa kak nikah satgi”, katanya mengejutkanku.
”alin pakai??? Tak nak la,kak. Baju ni mencapub sangat la,lagipun mahal ni”
”takda alasan. Penat tau kak pilih baju ni siap tempah kat Mak Jah suruh jahitkan lagi”.
”tapi..”
”no excuse”,balas kak ira sambil menjegilkan matanya padaku.
Lantas aku tergelak
”tak takut...ingat alin budak kecil dulu ke yang takut dengan jengilan mata kak Ira tu”,balasku masih tergelak dengan peragainya yang agak kebudak-budakkan tu. ”boleh pulak dia nak paksa aku pakai baju tu”bicaraku dalam hati tak puas hati.
”owh tak takut ye. Takpe la nak wat cmne. Alin dah besar kan,kak takleh paksa-paksa lagi dah. Takpela baju ni tak cantik kot. Penat je kak pilih,ingat alin suka. Kak dah bayangkan dah camne alin pakai. Mesti comel. Tapi nak wat camne kan..emm takpe lah.”bicara kak ira dengan suara sedihnya.
”dia wat dah taktik sedih dia..emm camne ye”,bicaraku dalam hati. Sedikit sebanyak hatiku tersentuh dengan kesungguhan kak ira membelikan baju untukku tetapi dalam masa yang sama jauh di sudut hatiku aku betul-betul tak nak memakai baju itu.
”emmm ok la. Alin pakai tapi hari ni je tau. Kak ira ni mengada-ngada la.”balasku akhirnya lalu memeluknya dari belakang.
”ala last mengada-ngada ngan alin.lepas ni taktau bila lagi kita nak bergurau camni”balas kak ira lagi lalu melihatku wajahku dengan muka sedihnya.
”ala kak ira.jangan la wat sedih gini.orang nak kahwin mesti la hepi-hepi”
”pandai je budak kecik ni” kata kak ira lalu mencubitku manja.
”dah la kak nak siapkan bilik ni. Cepat budak kecik tolong kak”kata kak ira memanggilku dengan panggilan ’budak kecik’. Panggilan yang dia selalu guna padaku dahulu.
”kak ira. Kak ira”,bicaraku dalam hati lantas aku menolongnya.

......................................
Dengan sekali lafaz,termetrailah janji antara dua insan.
Akhirnya kak ira selamat diijabkabulkan dengan seorang insan bernama Faizal.
Menurut Kak Ira perkenalan mereka sangatlah singkat. Antara kak ira dengan si dia mereka memang mengenali antara satu sama lain namun tiada yang berani membuka bicara. Lantas si dia memulakannya dengan terus berjumpa dengan ayah kak ira selepas beberapa solat sunat istikharah dia usahakan. Lantas satu pertemuan dibuat.Sekali bertemu dengan ditemani keluarga masing-masing membibitkan rasa sayang di hati masing-masing. Lalu janji dibuat antara keluarga dan akhirnya mereka diijabkabulkan. Bak kata Kak Ira biarlah hubungan mereka tidak dicemari dengan rasa cinta yang tidak direstuiNYA. Kata kak ira lagi dia percaya dengan hasil istikharahnya,dia tidak memerlukan waktu untuk bercinta kerana waktu tu ada selepas kahwin dan cara itu lebih direstuiNYA. Kata yang ringkas namun betul-betul memberiku kesedaran.
Dari penglihatanku tiada cecat celanya insan bernama Faizal itu. Raut wajahnya nampak dia seorang yang baik dan berhati lembut. Raut wajahnya cukup membuat hati-hati lain berasa tenang pabila memandangnya. Memang sepadan dengan ciri-ciri lelaki idaman yang pernah kak ira bicarakan padaku dahulu.

”kak alin”
Aku ditegur ijat sepupuku merangkap adik bongsu kak ira. Aku hanya mengangguk dan tersenyum padanya.
”kak alin comel hari ni”pujinya sambil tersengih.
”apa nye? Ni mesti ada benda nak bodek ni”,balasku,tahu sangat perangai sepupuku yang seorang ni.
”takde la ijat puji ikhlas ni.ni kak ira panggil masuk bilik.”.
”owh ok”aku terus berlalu pergi namun sempat aku mendengar kata-kata gurauan dari Ijat. ”emm kalu kak alin free boleh kita pergi main bowling esok lusa”
Lantas aku melihat ke arahnya yang tersengih mengharapkan persetujuanku.
”betul la tu bodek. InsyaALLAH ok je tapi ijat kena pujuk abah kak dulu,kalu dia bagi kak line clear ja”,balasku sambil tergelak kecil.
”ok akan ijat usahakan”,balasnya tersenyum lebih lebar.
Lantas aku berlalu pergi ke bilik pengantin. Di situ kelihatan Kak Ira duduk di birai katil dikelilingi beberapa sahabat handai dan saudaranya.
”alin”katanya tersenyum setelah melihat kelibatku masuk ke biliknya. Aku membalas senyumannya.
”ni kak nak kenalkan dengan kawan-kawan kak. Diorang berkenan sangat nak kenal bakal doktor sorang ni.mana tau boleh wat adik ipar nanti”,gurau kak ira disambut gelak kecil beberapa sahabat handainya.
”kenalkan ni kak ifah”, kak ira memperkenalkan sambil jari telujuknya menunjukkan sahabatnya. Kak ifah berbaju kurung putih berbunga kecil berwarna hijau tersenyum manis padaku,lalu aku menyambut huluran tangannya bersalam.
”comel sepupu mu ni ya. Kak ore besut tapi sama jah kecek kelate gok tapi dah kahwin orang sini dah jadi orang penang la”,bicaranya ramah.
“dah-dah.mu ni kalu start kecek susah dah nak berhenti. Ok kenalkan ni kak wawa dari kulim.kawan kak waktu sekolah dulu”, kata kak ira memintas percakapan kak ifah.
Aku terus menyalam kak wawa. Kak wawa kelihatan agak pendiam berbanding kawan-kawan Kak Ira yang lain.
“lastly, kenalkan kak Nurul”,lantas aku terus melihat Kak Nurul. Raut wajahnya persis seseorang. Lalu aku bersalam dengan Kak Nurul.
”alin ye. Belajar kat USM kelate ye. Kak ada adik belaja kat situ gak”,bicara Kak Nurul sambil tersenyum dan ya senyumannya mengingatku pada seseorang.

No comments:

Post a Comment

kata-kata semangat untuk diri ini meneruskan minat yang satu ni..thanks ^^