Thursday, August 2, 2012

Rahsia Hati Airin 17


Assalamualaikum ,
Ok , memandangkan ramai comment yang post saya pendek , kali ini saya postkan entri yang lebih panjang ^_^
InsyALLAH saya cuba post once a week , every Thursday. 

enjoy~

Rahsia Hati Airin 17





Sesampainya di rumah , di kampung halaman Imran , aku terus masuk ke dapur. Kelihatan Kak Long dan Emak tengah sibuk menyiapkan makanan tengahari.

“ Assalamualaikum emak , Kak Long , iffah , Kak Nia..”

“ Haa sampai pun orang jauh ni..Imran mana? “, emak bertanya sedangkan tangannya sibuk mengacau rendang ayam di kuali.

“ Ada kat depan..Bersembang dengan Abang long..wahh masak rendang ayam , sedapnya..Ada apa yang boleh Rin tolong ? “, teruja aku melihat lauk-lauk masakan emak. Ada rendang ayam , ada ketupat , juga ada nasi tomata dengan ayam masak merah. Meriah betul makan-makan hari ini.

“ Aah..Nak minta tolong Rin buat pudding roti..boleh? “, Kak Long bersuara.

“ oh, boleh saja..Bahan-bahannya ada? Mengidam ke Kak Long? “, usikku pada Kak Long yang sedang mengandungkan anak keduanya.

“ aah Kak Long mengidam , dari tadi dia tunggu Kak Rin sampai “, sampuk Iffah , adik bongsu Imran pula.

“ eh memandai je eh adik ni..sebenarnya adik pun teringin nak makan puding roti kan?”, Kak Long membalas.

“ ok..tak kisah la sapa nak makan..Rin buat ye puding roti ni..”.

Lantas aku siapkan acuan puding roti. Aku panaskan dulu butter. Rotinya aku koyak lalu aku cmpurkannya dengan susu , gula , telur kuning , kismis dan butter yang telah dipanaskan. Setelah siap semuanya , aku masukkan ke dalam oven. Selepas ini , hendak buat kuah dia pulak.

Mudah.

“ Eh dah siap..Kak baru ingat nak belajar “, Kak Nia , isteri Abang Ngah bersuara. Serba salah aku di situ.

“ Buat la lagi satu..Rotinya banyak lebih lagi kan..”, Emak memberi cadangan.

Dan sekali lagi prosesnya diulang dengan tambahan anak murid.

“ Senang je kan..Nanti kita buat kuah dia pulak..lepas ni boleh la Kak Nia buat untuk Abang Ngah..”, balasku senyum.

“ Cepat betul Rin buat..Mahir betul..Mesti selalu buat untuk Abang chik ni..”.
Terdiam aku di situ. Abang Chik itu panggilan buat Imran di rumah ini.

Bukan setakat nak memasak , nak berjumpa pun jarang. Jawabku hanya dalam hati.

“ Mestilah..Abang Chik la peminat nombor satu puding roti Kak Rin..”, balas Iffah akhirnya.

Dan aku hanya senyum sebagai balasan. Rasa tawar.

……………………………………………………..

“ Ok dah siap semuanya..Jom makan..”, Iffah senyum suka

“ Dah-dah..Pergi panggil ayah , abang long , abang ngah ngan abang chik..” emak bersuara.

Bersama di meja makan dengan ahli keluarga Imran , membuatkan aku terasa berkeluarga kembali. Setelah peninggalan ibu dan abahku , aku hanya ada Mak Ngah dan Lia. Itu pun jarang berkumpul semeja. Ada rasa sayu bermukim dan ada harapan yang berbunga moga keluarga ini bahagia selamanya.

“ Kenyangnya..”, iffah bersuara. Suka benar dia. Pulang rumah hujung minggu setelah banyak masanya dihabiskan di kampus.

“ Cuba cakap alhamdulilah ka..Baru ada berkat sikit..”, Abang Ngah menegur.

“ ye..alhamdulilah..emm Kak Rin , nak puding roti boleh? “, balas iffah.
Dalam kenyang , sempat lagi dia meminta.

“aik..Tadi kata dah kenyang..”, Kak Long bersuara.

Aku hanya tersenyum , lantas membawakan diri ke dapur untuk mengambil puding roti dari peti ais.

Dari dapur terdengar suara balas membalas yang sekali lagi buat aku tersenyum. Sungguh , aku rindu suasana kekeluargaan begini.

“ Ok , ini puding rotinya buat Iffah tersayang..”, aku hulurkan satu piring puding roti buat Iffah sebelum membahaginya pada yang lain.

“ Terima kasih Kak Rin”.

Dalam aku sibuk membahagi , Imran tiba-tiba bangun.

“ Eh abang chik , tak nak makan puding roti ka? Ni bukan favourite abang chik ka?”, tegur Iffah.

“ Takpa la , dah kenyang.”, dan dia terus berlalu pergi.

………………………………

Seleraku juga terbantut , lantas aku bawa diri ke dapur.
Mengemas apa yang patut , membasuh pinggan mangkuk yang ada.

“ Rin , tak yah basuh la..tinggal je biar Iffah yang basuh nanti”, suara emak mengejutkanku yang sedang dalam duniaku sendiri.

“ eh takpa je..tak susah pun”, aku membalas , tanganku masih sibuk membasuh.

Lama diam bertamu , sebelum emak bersuara.

“ Rin , emak minta maaf ye..”, terdengar suara emak dekat di telingaku.

Terkesima aku sebentar.
Cepat-cepat aku basuh tanganku dan aku pegang tangan emak.

“Emak, emak takda buat salah apa pun pada Rin..”, aku cuba salurkan rasa keyakinan pada emak.

“ Rin bahagia?”, tanya emak.

Dan sekali lagi aku diam. Terasa sukar untuk aku jawab soalan ini.

“ Rin bahagia dan Rin lagi bahagia kalau emak gembira”, ringkas jawapanku dan ia penuh pengertian.

Biar yang lain bahagia dan aku pasti bahagia.

Dan kami sama-sama berpelukkan selepas itu. Aku berharap sangat aku dapat membahagiakan hati emakku ini.

………………………………

Pulang dari rumah Imran malam itu , aku kuatkan hati.
Ada benda yang perlu aku selesaikan malam ini dengan Imran. Aku tekad.

Walaupun berdua dalam kereta , namun sunyi menemani. Tiada kata terluah antara mereka.

“ Rin ada benda sikit nak cakap dengan Im “.

Imran hanya diam membisu. Tidak membalas kataku.

“Awak dengar tak ni? “, aku kuatkan sedikit suaraku. Agak geram dengan respon membisu Imran.

“ Dengar.”, itu sahaja balasan Imran. Lagak bosan terjelas.

Aku tarik nafas dalam-dalam. Cuba membina ayat.

“ Rin tak suka dengan apa yang berlaku tadi. Emak sedih sangat tadi”,  aku terasa kembali sayu mengingatkan wajah emak tadi.

“ Sebab itu saya tak nak balik. Awak jugak yang beria nak balik tadi”,

“ Itu bukan pointnya. Kalau kita tak balik , emak tetap akan sedih. Apa salahnya kita buat emak gembira.”, balasku.

“ Ye tak salah..Masalahnya kita sendiri tak gembira..”, Degil. Itu yang aku dapat simpulkan.

“ Mereka orang tua kita, Im..Mereka cuba bahagiakan kita walaupun semua benda ni seakan dipaksa..Kesian kat diorang, Im..Sampai bila awak nak tengok muka diorang dipenuhi dengan rasa bersalah bila tengok keadaan kita ni..” aku kembali bersuara. Sayu.

Imran mendengus. Tidak puas hati lagaknya.

“ Rin faham Im tak boleh terima semua ni..Semua ni berlaku terlalu mendadak..Rin tak minta lebih, Rin hanya harap kita boleh jadi macam dulu..berkawan macam dulu..jadi sahabat daripada jadi musuh macam sekarang ni..Tunjukkan pada orang tua kita yang kita bahagia, sekurang-kurangnya buat diorang rasa lega..Saya tak sanggup dah tengok mata sedih dan muka bersalah diorang setiap kali tengok kita..Saya sayang orang tua kita sebab saya dah takda orang lain selain daripda mereka ” lagi sekali aku bersuara.

Terasa ada air mata yang turut turun waktu itu. Cepat-cepat aku sembunyikan rasa sayu itu.

Diam. Tiada suara terkeluar dari mulut Im.

Aku dapat rasakan sedikit sebanyak ada yang terkesan dalam hati.


“ kita kawan kan, im..kawan selama-lamanya kan..”,  aku ulang kembali ayat persahabatan yang pernah diucapkan Imran padaku suatu masa dahulu.


2 comments:

  1. mane najmi..? im klau xnak rin, bg kt najmi lar.. dr awal story, saya xsuke im tu... please cik writer..

    ReplyDelete
  2. nape im ni..
    sedih tau..
    cian rin

    ReplyDelete

kata-kata semangat untuk diri ini meneruskan minat yang satu ni..thanks ^^