Saturday, July 28, 2012

Rahsia Hati Airin 16


Assalamualaikum ,
Another short entry for this week 

enjoy~

Rahsia Hati Airin 16 


 



Sudah sebulan tempoh perkahwinan kami namun ternyata tiada perubahan.

Imran dengan kehidupannya sendiri dan aku dengan kehidupan aku sendiri. Lebih-lebih di saat ini , kehidupanku lebih banyak dihabiskan di hospital . Dan Imran sendiri lebih banyak menghabiskan waktunya di luar berbanding di rumah.

Dan di saat ini ada rasa lega yang muncul, memikirkan kami tinggal di rumah sendiri. Biarlah yang lain tidak tahu apa yang terjadi antara kami. Tidak sanggup aku kecewakan Mak Ngah mahupun emak dan ayah Imran.

Namun deria rasa orang tua lebih peka. Walau sejauh mana kami cuba sembunyikannya , cepat mereka ketahui.

Suatu petang, aku menerima panggilan Emak Imran.

“ Rin, Rin sihat ? “, mesra kedengaran emak di sebelah sana.

“Alhamdulilah Rin sihat. Sibuk sikit je la. Maaf ye mak , lama tak telefon “,
Walaupun hubungan aku dan Imran semakin jauh , namun sedaya boleh aku cuba kekalkan hubungan mesraku dengan emak Imran .

“ Takpa..Mak faham..”, sayu aku mendengar balasan emak.

“Mak sihat? Ayah sihat?”, tanyaku pula.

“Alhamdulilah. Sihat orang tua. Biasa la sakit-sakit lutut tu. Im sihat?”,

“ Im..Dia sihat..Sibuk sikit dia kebelakangan ni..”, jawabku sebaik mungkin.

Jujurnya sudah 2 hari aku tidak bersua muka dengan suamiku itu. Dari semalam aku di hospital , oncall semalam dan siangnya masih di sini , petang ini baru boleh pulang ke rumah. Letih fizikal dan mental.

“ Esok emak ada buat makan-makan sikit , balik kampung ye..Kak long sekeluarga dengan Abang Ngah pun ada balik..ajak Imran balik kampung ya..”, lembut suara emak memujuk.

Lemah aku mendengar. 2 minggu lepas , ada juga emak mengajak. Namun Imran tegar untuk tidak pulang. Serba-salah aku dibuatnya.

Aku tahu emak sengaja membuat pelbagai agenda, cuba merapatkan kami kembali. Juga cuba mengambil hati Imran kembali. 

Dan dengan itu , aku bertekad mahu pulang juga. Akan Aku cuba paksa Imran untuk pulang bersama aku.Aku mahu pastikan kami tetap sampai ke rumah emak esok. Aku tekad !


………………………


Aku tebalkan muka. Berkali-kali aku pujuk Imran. Walau sejauh mana pun dia berubah , aku tahu di sudut jauh hatinya , dia masih Imran , sahabat baikku suatu masa dahulu.

“ Jom la Im..Kesian emak..Kak Long ngan Abang Ngah pun ada balik..”

“Tak nak..Penat..”, hanya itu balasan dia berulang kali.

“ Penat..ok saya urut nak ", pantas dia menolak tanganku , tidak mahu diurut.

Aku cuba buang jauh-jauh rasa terkilan. Sekali lagi aku mencuba.

" Takpa..Kalau macam itu , biar la Rin yang drive kita balik kampung…ok ? “, akhirnya aku memberi cadangan yang agak pelik. Ye la , aku ni nama aja ada lesen kereta , tapi  boleh kira dengan jari tangan ja , berapa kali drive kereta sendiri. Penakut yang amat.

Mata Imran yang tertutup , terbuka luas. Sempat dia menjegilkan matanya ke arah aku.
Geram.
Namun aku buat endah tak endah.
Terasa kemenangan akan berpihak kepada aku.

“ Ok kita balik..Pukul 11 kita bertolak.. Im drive “, dia bergegas masuk ke bilik selepas itu.

Dan aku terus tersenyum.

Takda la susah sangat pun nak memujuk.

Aku terus tersenyum. Senyum ikhlas dari hati.

……………………………………

Thursday, July 26, 2012

Rahsia Hati Airin 15

Assalamualaikum semua ~

Maaf , result dah keluar 21 jun and since then tak sempat nak buka blog ni. Takda la sibuk pun hanya ada benda yang lebih penting perlu dibuat. Alhamdulilah , Alhamdulilah , Alhamdulilah, passed medical school , dan seperti janji saya , saya akan cuba post sebanyak mungkin sebelum saya start keja.


dan ini untuk semua :

enjoy~

Rahsia Hati Airin 15






Reda. Itu sahaja yang termampu.

“ Mak ngah minta maaf , Rin..” ucapan yang seringkali terucap dari mulut Mak Ngah dan akhirnya kami akan sama-sama menangis dalam pelukan masing-masing.

Mungkin ini takdirnya. Dan kerana itu aku terima.
Aku ingin bahagiakan orang di sekelilingku namun aku hanya manusia biasa , tidak mampu membahagiakan semuanya.

………………………………………………………………

Selesai kenduri , aku dan dia seakan orang asing. Tiada percakapan antara kami. Hanya bisu. Bisu yang telah bermaharajalela sejak aku mempersetujui cadangan emaknya dahulu.

Di mana janjimu sahabat , untuk bersamaku di kala susah dan senang.

“ Kita kawan kan, Rin..kawan selama-lamanya kan..”, dan ayat itu kembali bergema di kala sepi ini dan cepat-cepat aku kesat air mata yang mahu mengalir.

……………………………………………………………….


Selesai kenduri , aku terpaksa bergegas ke Ipoh untuk kursus induksi doktor pelatih. Penat namun aku seakan lega , jauh sebentar dari dia. Kekok.

Sebelum pergi ,

“ Rin pergi dulu..”, teragak-agak aku mahu melangkah. Perlukan aku menyalam dia yang sudah selamat menjadi suamiku ini atau berlalu begitu sahaja.

Dia diam. Aku pasti dia mendengar dengan jelas setiap patah perkataan yang aku ucapkan. Namun dia tetap dia , masih membisu. Penerimaanya buat aku gusar untuk bertindak.

Akhirnya aku membuka pintu bilik kami untuk melangkah keluar , sempat aku melihat dia sekali lagi sebelum melangkah keluar. Dia masih di situ , kaku.

Dan aku terus berlalu.

……………………………………………….

“ Puteri , terima kasih..aku dah tak tahu nak mintak tolong sapa dah ni..”, suaraku apabila aku masuk ke dalam kereta Puteri.

“ It’s ok..itulah gunanya kawan kan..”, Puteri bersuara ceria. 
Puteri , itu kelebihannya sentiasa ceria. Dia boleh membuatkan orang sekelilingnya turut sama ceria.

“ Kau ok? “, akhirnya Puteri bertanya soalan keramat kepada aku.

Aku cuba senyum kepadanya apabila dia mengilas aku. Namun terasa senyum itu tawar , kurang gula.

“ Aku kawan ko.It’s ok to spill it out , if you want to..”, kata Puteri lagi.

“ Dia dah jadi suami aku pun..Apa-apa aku cakap pun takkan mengubah apa-apa kan..”, aku bersuara. Cuba kuat. Tidak manis aku ceritakan kisah rumah tangga lebih-lebih lagi usia perkahwinan kami masih sangat muda.

Puteri hanya mengangguk. Faham.

“ Anyway , if u need somebody to talk to , aku ada “.

Thanks Puteri !!!!

………………………………………………………………………………

Induksi sudah tamat. Dan Alhamdulilah aku berjaya mendapat tempat di Hospital
Sultanah Bahiyah seperti mana aku idam-idamkan. 

Dan orang pertama yang aku khabarkan berita gembira itu pastinya Mak Ngah.

“ Alhamdulilah..Allah dah permudahkan segalanya “, itu balasan Mak Ngah setelah aku khabarkan berita gembira itu.

“ Itu la..Lega rasanya..Dekat dengan Mak Ngah..Alhamdulilah. “,

“ Dah fon Imran , cakap pasal benda ni? “, tanya Mak Ngah.

Aku terdiam. Sepanjang di induksi , aku pernah ingin menelefon dia. Menanya khabar. Walau apa pun terjadi , dia suami dan dia juga sahabat suatu ketika dahulu. Tipu jika aku katakan dia tiada dalam fikiranku sepanjang di sini. Dia pernah ada dahulu dan makin ada sekarang.

“ Belum..nanti Rin fon dia “, itu balasanku , takut berjanji. Takut tak tertunai janji itu.

“ Jangan macam tu. Walau apa pun , Imran suami Rin. Dia yang pertama. Mak Ngah ni kalau Rin tak telefon pun takpa.”, sedih suara Mak Ngah , aku dengar dari corong telefon.

“ Mana boleh..Rin ni kalau tak telefon Mak Ngah , rasa angau semacam ja..”, balas aku cuba menceriakan suasana. Aku tahu di sudut hati Mak Ngah dia rindukan Lia , satu-satunya anak tunggal Mak Ngah. Walaupun kecewa dengan Lia , rasa kasihnya melebih rasa kecewa itu.

“ Ya sangat la tu..Lepas ni jangan lupa telefon Imran tau..”, pesan Mak Ngah lagi.

Aku hanya mengiakan , tidak berani berjanji.

………………………………………………………..

Lama aku tatap telefon bimbit di tanganku. Gelisah.

Risau dengan penerimaan Imran.

Aku gagahkan diri , menelefon dia. Cuba buang jauh-jauh rasa takut dan cuba tanamkan semangat dalam diri.

Panggilan pertama, tiada jawapan. Lama aku biarkan nada deringnya berbunyi.

Diam sebentar.

Aku mencuba kali kedua. Sama. Tiada balasan dari si dia.

Kembali duduk.

Aku cuba kali ketiga. Tekad , ini kali terakhir mencuba.

Tiba-tiba , klik , panggilanku dijawab tapi senyap di bahagian sana.

“Assalamualaikum..”, aku memulakannya.

Diam. Tiada balasan. Hanya terdengar dengusan nafas orang di sana.

“ Im..saya ni Rin..”,

“ Ada apa ?? ”, kasar balasan dari dia .

Aku terkesima. Jujurnya , aku terasa.

“ Hanya nak bagitahu , Rin dah dapat tawaran hospital. Rin dapat Hospital Sultanah Bahiyah.” Laju aku bercakap. Cuba hilangkan jauh-jauh rasa terkilan dalam hati.

Diam . Tiada balasan.

Sekali lagi terkilan.

“ Ok la itu ja. Assalamualaikum.”, cepat-cepat aku tutup panggilan itu.
Selesai panggilan itu , tanpa sedar ada air mata yang turun.

Dari title sahabat ke title suami isteri , adakah ia akan berakhir kepada title tak boleh bersua sapa. Dia serahkan segalanya pada Tuhan , dia reda.

………………………………………..