Saturday, December 31, 2011

Rahsia Hati Airin 11

Rahsia Hati Airin 11



Sudah sebulan aku tamatkan tempoh pengajianku sebagai pelajar perubatan. Sementara menunggu giliran untuk dipanggil induksi dan sebelum aku dihantar berkhidmat di mana-mana hospital, aku hanya menganggur di rumah sambil-sambil membantu menyiapkan keperluan perkahwinan Lia dan Imran.

3 bulan lagi tempoh yang ada sebelum majlis perkahwinan Lia dan Imran. Sibuk juga aku ke sana ke sini menemani mereka membeli barang-barang keperluan majlis.

Hari ini aku menemani Lia mencuba gaun perkahwinannya.

Aku dan Lia tiba dahulu di butik perkahwinan memandangkan Imran ada kerja yang perlu diuruskan buat sementara waktu.

Sementara masa yang ada, kami melihat-lihat dulu gaun yang ada serta melihat beberapa album gambar gaun perkahwinan.

“cantik nya baju-baju kat sini..”, puji Lia teruja setiap kali dia melihat gaun-gaun yang ada.

Aku tersenyum.

“apa plan Lia? Nak pilih gaun yang macam mana? “, tanyaku sambil tanganku masih tidak lepas pada satu gaun perkahwinan yang agak menarik pada pandanganku.

“Lia ingat masa akad nikah, Lia nak pakai baju kurung Pahang yang lace warna putih..itu tak payah sewa kot..nak beli kain, tempah kat mana-mana..gaun waktu majlis pulak nak pilih gaun-gaun di sini la..tak pasti lagi nak yang mana atau warna mana sebab tak bincang betul-betul lagi dengan Im.”

Aku hanya mengangguk perlahan mendengar penjelasan Lia.

“eh mana Im ni? janjinya pukul 2 petang..ni dah lewat setengah jam ni..”. Lia memandang sekilas jam di tangannya.

“kejap lagi datang la tu..kita tengok-tengok dulu gaun yang ada ni..Lia minat yang mana?”, sengaja aku kalihkan pandangan Lia ke arah lain. Lia memang pantang benar dengan orang yang tak menepati waktunya. Risau juga dengan angin Lia dengan Imran kebelakangan ini. Asyik bergaduh je 2 mempelai ni.

“kalau ikut hati Lia, semua Lia minat..semua Lia suka”, jawabnya dengan sengih memanjang.

“ Rin suka yang mana? “, tanya lia pula padaku.

“watpa tanya Rin, bukan Rin yang nak kawin..” balasku pada Lia

“ ala nanti Rin nak kawin juga kan..cepat-cepat la bagi keputusan pada encik Najmi tu..dia dah setia menanti tu..angau je budak tu..bila terjumpa Lia, dia asyik tanya pasal Rin ja..”,

Terasa hangat mukaku.

“Rin suka baju ni “, aku terus menjwab soalannya sebelum ini, cuba mengelak tajuk Najmi dalam perbualan kami.

“eleh ubah tajuk..ye2 Rin suka baju ni ye..sebab tu dari tadi asyik pegang baju ni je..nanti Lia bagitau Najmi eh yang Rin suka Gaun ni “, balasnya dengan kenyitan mata.



15 minit kemudian akhirnya Imran muncul, menyelamatkan aku dari usikan Lia. Merajuk juga cik Lia ni tapi cepat sahaja berjaya dipujuk Imran. Ternyata Imran sudah pandai mengambil hati bakal isterinya.

“ayang, dah ada gaun mana yang berkenan? “, tanya Imran pada sayangnya, Lia.

“kalu ikut hati ayang, semua ayang suka..” Lia mula membuat aksi manjanya.

Aku tersegan sendiri bila sepasang kekasih mula buat sesi kasih sayang. Sayang atau ayang panggilan imran buat Lia manakala Lia memanggil Imran hubby atau bie. Malas nak masuk campur, aku ambil tempat di sofa di dalam butik itu dan mengeluarkan novel dari beg tanganku. Cuba membuang masa yang ada dengan membaca novel yang ada. Mataku terus di buku dan sesekali mencuri dengar perbualan Lia dan Imran.

“ tapi bie jangan risau, ayang dah wat list top ten yang ayang suka..”

“top ten..uish banyak tu..ni yang kena ambil tempat dulu ni..”, balas Imran lalu duduk di sofa single di sebelahku.

Aku hanya tergelak melihat muka cemberut Lia mendengar balasan Imran.

“ ala bie..ayang nak suruh Bie pilih la yang mana Bie berkenan dalam top ten tu”,

“ye2 memang la bie nak pilih la ni..”

Lantas Imran membangunkan dirinya, melayan karenah Lia.

Lia menunjukkan satu persatu Gaun yang dipilihnya dan ada saja komen dari Imran. Aku hanya diam seribu bahasa mendengar celoteh mereka berdua.

“bie ni, semua gaun yang ayang suka, bie tak berkenan..komen macam-macam..ada ja yang tak kena ”, Lia geram lalu mengambil tempat di sofa. Sakit hatinya dengan sikap encik tunang.

Imran menghantar pandangan padaku, cuba meminta pertolonganku memujuk Lia. Aku angkat bahu, tidak mahu masuk campur.

“Bukan Bie tak suka, tapi gaun yang ayang pilih semuanya terbuka sana terbuka sini, terbelah sana terbelah sini,jarang sana jarang sini..pendek kata, seksi la ayang..”,

“mana ada..sikit je..yang paling ayang suka, jarang bahagian tangan je..yang satu lagi tu belah bhagian bawah je sikit tapi still tutup..”, balas Li, tidak puas hati dengan padangan tunangnya.

“ Kalau ikut hati Bie, bie tak nak bersanding semua, tapi sebab ayang nak,jadi bie ikutkan saja..yang lain semua bie boleh terima dan ikut tapi bab baju ni, bie tetap nak bertegas yang Bie tetap tak setuju dengan gaun pilihan ayang. “, tegas imran meninggalkan Lia yang masih duduk di sofa.

“pa kata ayang pilih gaun ni ..” Imran kembali dengan satu gaun di tangannya.

Muka cemburut Lia berubah. Aku yang mengambil keputusan tidak mahu masuk campur, akhirnya turut sama melihat gaun pilihan Imran.

Gaun pilihan Imran adalah gaun pilihanku !!


* my favourite gaun * --> curi gambar ni dari seorang kawan di FB

1 comment:

kata-kata semangat untuk diri ini meneruskan minat yang satu ni..thanks ^^