Thursday, April 22, 2010

KALAU DAH JODOH 11

11

:: Kisah lalu antara Zhafrul Imran & Amalain Syuhada ::

November 2005

Pertemuanku dengan si dia seringkali terjadi sebelum kami berdua memulakan kuliah. Aku seperti sudah menghafal jadual hidupnya. Setiap pagi dalam pukul 8 pagi akan kelihatan si ‘dia’ di kafe pusat pengajian. Kuliah kami setiap pagi akan bermula pada pukul 8.30. oleh itu setiap pagi sebelum ke kuliah aku pasti akan melihat si ‘dia’ di kafe pusat pengajian. Sajian paginya serba ringkas dengan hanya bihun goreng dan air kosong. Dan satu tabiatnya aku kesan adalah si ‘dia’ memang sering dengan minuman air kosongnya jarang sekali kelihatan si ‘dia’ memesan minuman memandangkan dia seringkali membawa botol air bersamanya ke kelas. Kuliah kami selalunya akan berehat pada pukul 10.30 hingga pukul 11 pagi. Pada waktu itu si dia selalunya akan hanya berehat di dalam dewan kuliah. Dan kuliah kami akan bersambung sehingga pukul 1. pukul 1 adalah seperti waktu berlepas untuk kami. Pada waktu itu rakan seangkatan dengan kami akan berebut-rebut untuk pulang ke kolej kediaman masing-masing tapi tidak pada si ‘dia’. Si ‘dia’ lebih selesa untuk menggunakan masa rehat sebelum kelas bermula pukul 2 dengan pergi ke surau pusat pengajian. Jadualnya di dalam tanganku dan sudah seperti menjadi jadualku sendiri. Ye kini ia adalah jadual ‘kami’ bersama perasanku seorang diri. Namun aku dapat merasakan yang si ‘dia’ tidak pernah sedar kehadiranku ataupun dia sebenarnya sedar. Aku pun tidak tahu. Namun yang pasti si dia tidak lupa menitipkan senyuman padaku tatkala kami ‘terjumpa’. Terjumpa secara kebetulan ataupun pertemuan itu sengaja aku atur. Ketawa aku sendirian memikirkan beberapa pertemuan yang aku sengajakan. Dan pasti pertemuan itu pasti lengkap dengan senyuman dari si ’dia’. Ye si ’dia’ manis dengan senyuman tanpa mengira masa, tempat mahupun orang dan dengan senyuman itu hatiku ditawannya.

Lalu hatiku bermatlamat untuk mengenalinya. Dengan bantuan beberapa sahabat akhirnya nombor telefon bimbitnya aku temui.

Bermulalah ‘persahabatan’ antara aku di si ‘dia’.
Bagiku dia seperti ‘jinak-jinak merpati’. Jarang sekali dia yang memulakan SMS antara kami. Pasti aku yang memulakan SMS antara kami.
.....................................................

Telefon bimbitku berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Lantas aku tersenyum pabila ternyata mesej itu dari Syu.

”lambat betul budak ni reply mesej aku”,bisik hatiku sambil mengeluh.

”pa kena ngan ko ni zhaf?tadi aku tengok senyum lepas tu mengeluh pulak. Pelik-pelik orang bercinta ni.”tegur khairul sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.

”eh mana ada aku bercinta.aku kawan je la ngan syu ni. Nak ke syu ni kat aku??cam jual mahal je.mesej aku pun dia lambat reply”,balasku dengan muka sedih yang dibuat-buat.

”ceh sedih-sedih pulak. Ye ke korang tak bercinta??musykil aku. Mesej macam orang bercinta. Siang malam tak berenti mesej.”

”mana ada. Kami ni setakat mesej je tau. Aku fon pun dia tak nak angkat. Kalau jumpa pun setakat senyum je tau. Dating apatah lagi.”.terangku pada khairul.

”owh ada hati ko nak berdating ye???”,gelak khairul. ”kau nak kena tazkirah dengan din ko try la”,sambung khairul lagi menginngatkan pasal seorang sahabatku bernama Din,ajk surau yang memang terkenal dengan kebaikannya dan keberaniannya menegur sahabat-sahabat yang berbuat salah.

”nak maghrib dah ni??ko tak nak bersiap g surau ke?ada ceramah best malam ni.”,tanya khairul sambil-sambil dia pun menyiapkan dirinya untuk pergi ke surau.

”owh ceramah ’AKU SUDAH JATUH CINTA!!’ tu ka??ada syu ingatkan tadi. Ok aku siap.”balasku terus bangun bersiap.

”owh kalu buah hati ingatkan baru bersemangat nak g ye”,usik khairul sambil mengelakkanku.

........................................................
Kelihatan ramai pelajar berpusu-pusu ke surau pabila kedengaran azan dari surau kampus. Pabila ada aktiviti seperti ceramah di surau barulah ramai pelajar mengimarahkan surau kampus itu tak terkecuali aku yang juga tergolong dalam insan yang jarang-jarang sekali menapak ke surau.

Selepas solat maghrib berjamaah dan solat sunat dijalankan,majlis malam tu pun bermula. Emcee pun memulakan majlis dengan bacaan ummul kitab dan diiringi dengan bacaan doa dari seorang pelajar.
Ceramah disampaikan oleh ustaz Amirul.


“Telah tertulis atas anak Adam akan nasibnya dari sudut zina akan bertemu dalam hidupnya, tidak bisa tidak. Maka kedua mata, zinanya adalah memandang. Kedua telinga zinanya adalah mendengar. Lisan, zinanya adalah berkata. Tangan zinanya adalah menyentuh. Kaki, zinanya adalah berjalan. Dan zinanya hati adalah ingin dan angan-angan. Maka akan dibenarkan hal ini oleh kemaluan, atau didustakannya.”

:: HR Muslim, dari Abu Hurairah ::


sambung ustaz itu lagi..
"Hadis ini meminta kita berhati-hati terhadap setiap yang kita lakukan. Setiap daripada anggota badan kita ada masanya yang memacu kita ke arah zina. Kadang kita sendiri tidak sedar. Tetapi bila ada yang memberi teguran mengingatkan, maka terimalah. Jangan pula kita cuba mengatakan perkara yang kita buat itu betul . Setiap indera kita iaitu mata, telinga, lisan dan sentuhan boleh memacu kita ke arah zina. Ini yang perlu kita jaga sebaik mungkin selagi belum berkahwin."

Lalu terlintas satu ayat al-quran di hatiku. Surah ke 17 surah Al-Isra ayat 32.

32. Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.

”nampak mudah just mesej,chatting tanpa berjumpa..tak nmpak mana salahnya..tapi sedarkah kita yang semasa kita mesej or chatting sebenarnya kita berdua..tiada insan yang lain yang tahu kita mesej or chat apa so mulalah insan ke3 menyibuk..ya insan ke3 tu la musuh kita,syaitan..ni yang akn membawa kepada zina hati..ya adik2 yang paling bahaya sekali adalah zina hati..nampak mudah,nampak cam tak salah tapi sebenarnya kita dah terjerumus dalam zina hati..jaga2 ye adik2 dengan zina hati ni..dosanya sama ja seperti bezina..bila org cakap kita berzina,kita marah tapi tu la hakikatnya di saat kita duk teringat pada si dia ,kita dah berzina hati sebenarnya..jadi peliharalah hatimu wahai adik2..”

....................................................................
Di akhir ceramah termenungku keseorangan. Terasa keinsafan menjalar di diri ini tatkala kata-kata dari ustaz kembali tergiang di pendengaran.
Adakah diri ini telah terpesong dari jalan yang nyata? Adakah aku telah menghampiri zina?
Betapa aku leka dengan dunia lalu aku lupa untuk menjaga kebun-kebun ibadahku yang akan aku petik di akhirat kelak. Betapa aku telah mensia-siakan usaha kebunku dengan membiarkan serangga perosak memusnahkan hasil-hasil kebunku.

”Ya Allah,Kau ampunilah dosa hambamu yang hina ini”,bisik hatiku menginsafi diri.

Malam itu aku betul-betul dilanda kekesalan dan keinsafan. Telefon bimbitku aku tutup, aku cuba bermuhasabah diri. Hatiku rasa resah sekali lantas aku mengambil keputusan untuk berjumpa dengan sahabatku,Din yang aku harap dapat membantuku.

Pintu bilik Din aku ketuk. Kedengaran suara menjawab ”masuklah,pintu tak kunci”.
Lantas aku masuk ”assalamualaikum,din”.

”waalaikumusalam. Zhaf. Awat ngan hang ni? Ada masalah ka?”,ujar Din dengan lorat utaranya menyedari keadaanku yang nampak bermasalah.

Soalannya aku tak jawab. Aku hanya mendiam diri. Entah bagaimana inginku susun ayat menjelaskan keresahan di hatiku ini.
Din hanya melihatku sambil tersenyum lantas belakangku dia tepuk perlahan.

”insyALLAH setiap masalah ada penyelesaiannya,zhaf. ”, nasihat Din.

”ada masalah boleh ja kongsi ngan aku. InsyALLAH aku boleh bantu apa yang patut. Kalau tak mau cerita pun takpa. Hang rehat ja na.Tido bilik aku pun takpa roomate aku balik kampung dia minggu ni”,sambung Din lagi pabila tida balasan dariku.

”aku nak baca quran. Jom baca sekali. Mungkin tenang ckit hati hang tu”.
Aku hanya mengangguk sebagai balasan. Lantas Din menghulurkan tafsir al-quran padaku manakala dia memegang satu lagi tafsir al-quran untuknya.

”bukak surah al-mulk. Surah ke 67. ”arah din lembut.
Perlahan aku bukak helaian al-quran. Terasa sebak diriku memikirkan betapa lama aku meninggalkan kitab ALLAH demi mengejar duniawi.
Perlahan aku dan din bersama-sama mengalunkan ayat ALLAH dan diselang-selikan dengan membaca tafsirnya.


Surah al-mulk ayat 6-10

6. Dan orang-orang yang kafir kepada Tuhannya, memperoleh azab jahannam. dan Itulah seburuk-buruk tempat kembali.
7. Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya mereka mendengar suara neraka yang mengerikan, sedang neraka itu menggelegak,
8. Hampir-hampir (neraka) itu terpecah-pecah lantaran marah. setiap kali dilemparkan ke dalamnya sekumpulan (orang-orang kafir), penjaga-penjaga (neraka itu) bertanya kepada mereka: "Apakah belum pernah datang kepada kamu (di dunia) seorang pemberi peringatan?"
9. Mereka menjawab: "Benar ada", Sesungguhnya Telah datang kepada kami seorang pemberi peringatan, Maka kami mendustakan(nya) dan kami katakan: "Allah tidak menurunkan sesuatupun; kamu tidak lain hanyalah di dalam kesesatan yang besar".
10. Dan mereka berkata: "Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) niscaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala".



Terasa kecil diriku tatkala membaca kata-kata ALLAH kepada hambanya. Air mataku mengalirkan menjatuhkan keegoaanku di depan din. din seperti memahami menepuk belakangku perlahan
.

Lama aku berselubung dengan kesedihan. Keinsafan menyelubungi diri. Dengan perlahan aku bersuara ”aku berdosa,din. Aku lalai.aku....” lantas aku menutup mukaku dengan telapak tanganku.

”ALLAH Maha pengampun,zhaf”,balas din.
Aku memandang muka sahabatku. Mukanya tenang sekali. Ingin aku curi ketenangan darinya untuk ku hilangkan resah yang bertamu.

”jom kita solat sunat. Mintak diampunkan dosa kita dahulu mahupun yg akan datang. InsyALLAH hati hang akan tenang pastu”. Pelawa din seperti memahami hatiku yang keresahan.

Aku mengangguk setuju. Lantas aku dan din menyiapkan diri untuk bertemu yang ESA.

...........................................................

1 comment:

  1. salam..

    bgusnya..

    ada lagi ke lelaki macam ni kat dunia sekarang ni?

    terharu:'(

    ReplyDelete

kata-kata semangat untuk diri ini meneruskan minat yang satu ni..thanks ^^