Wednesday, April 13, 2011

Antara Dua Kasih

ANTARA DUA KASIH

“ leya..kan ibu dah pesan jangan berhubung dengan dia lagi “, marah ibu kembali bermaharajalela.
Suaranya tegas dan kuat sekali.

Aku terdiam menikus. Kelihatan telefon bimbitku di tangan ibu. Dari suara marah ibu, aku pasti ibu dah terbaca pesanan SMS antara aku dan dia.

“ leya..kenapa leya degil sangat ni..kenapa leya but ibu macam ni..ibu hanya ada leya je kat dunia “ nada suara ibu berubah. Ada sendu di baris kata-katanya.

Tanpa disedari, ada titisan air mata menemani kata-kata sendu ibu.

Rasa diamku bergabung dengan rasa bersalah. Lantas aku terus memeluk ibuku.
“ maafkan leya ibu”, pohonku lalu kami bersama berkongsi sendu yang sama. Air mata kami bergabung menjadi satu.

Ibu melepaskanku dari pelukannya. Tangannya masih erat memegang tanganku. Kami berpandangan. Masih ada sisa air mata menghiasi wajah tua ibuku.

“leya, janji dengan ibu..leya takkan contact lagi dengan budak tu “, pinta ibu.

Aku terdiam.
Ibu..sesungguhnya permintaanmu yang satu ini sangat sukar untuk aku tunaikan.

……………………………………………………………………………….
Antara janji dan kasih..aku akhirnya memilih kasih..

Kerana kasih pada si dia, aku tunaikan permintaannya untuk menemuiku di taman botani,putrajaya petang itu.

“janji dengan ibu,leya “ kembali suara ibu bergema dalam fikiranku.

Maafkan leya,ibu..suara hatiku bergema..berharap pada angin petang untuk menyampaikannya kepada ibuku.


“leya..maaf abang lewat “ akhirnya dia muncul mematikan lamunanku mengenai ibu.
Aku hanya tersenyum. Dia turut sama tersenyum.

Huluran salamnya aku sambut. Sungguh aku rindu pada kenangan dahulu.
Ingin aku undur masa ke masa lalu. Saat di mana kami bertiga bahagia. Aku , ibu dan abang.


“napa diam je ni?” tanyanya musykil melihatku berdiam,tidak bicara.

“nak cakap apa? Bukan ke abang yang beria-ria nak jumpa leya..”

“ yela yela..dia tak rindu kat kita pun,kita je terhegeh rindu kat dia “

Aku tergelak mendengar balasannya.

“pa kes ni sensitive sangat ni..yela2 orang pun rindu abang jugak..rindu sangat-sangat sampaikan tak tidur malam,dah macam orang angau bercinta lagaknya..puas hati? “

“ni yang buat abang sayang kat adik abang..pandai je ambik hati eh..” katanya sambil mengusap kepalaku lagak aku masih adiknya yang kecil dahulu.

Lama sepi menyelubungi kami sebelum dia kembali bersuara.

Soalan rutinnya setiap kali kami berjumpa
“ ibu sihat? “


Sungguh aku tahu dia rindu. Rindu pada ibu yang sudah tak mahu mengaku kehadirannya di sisi ibu. Namun dia tetap begitu, masih setia menjalani tugasnya sebagai seorang anak dari jauh.

Dan setiap kali itu jawapanku turut sama.
“ibu sihat tapi leya rasa dalaman ibu sakit. Ibu rindukan abang.” Bersungguh aku cuba menyakinkan abang.

Namun abang tetap begitu. Cuba tersenyum manis namun tampak tawar di mataku.
Hatiku pedih tatkala melihat dua insan yang paling aku sayang menderita rindu hanya kerana satu kisah silam. Kisah yang jika dapat aku padam, aku akan teruskan nyahkan memorinya dari muka bumi ini.

………………………………………………

Malam itu seakan malam sebelum-sebelum ini.
Aku bersama ibu dan ayah menonton tv. Rancangan senario tersiar di rancangan tv3 pada waktu itu.

“ leya..kamu ni studi ke tengok tv.buku je terbuka,matanya terlekat je kat tv” tegur ayah.

Aku mencebik lantas mataku kembali dihadapkan ke buku matematik tambahan SPM.

“ Comel sangat la tu buat muka camtu “, ayah berkata, tersenyum-senyum seakan-akan menahan gelak. Ibu yang sedang menjahit seluar abang saat itu tergelak melikat aksi aku dan ayah.

“ malas la ayah ni, leya nak masuk bilik studi kat bilik la..”, kataku sambil sibuk-sibuk mengemas buku-buku dan alat-alat tulis yang aku guna.

“ merajuk la tu..anak perempuan ayah ni memang manja eh”, usik ayah lagi.

Akhirnya ibu bersuara “ayahnya..udah-udah la tu usiknya..leya,studi sini je la,depan ibu..kamu tu nanti masuk bilik,tidur je jawabnya “.

Aku tersenyum menang mendengar kata-kata ibu.

Lama sepi menyelubungi kami, hanya suara tv kedengaran.

“ leya..abang kamu tak balik lagi ke?” Tanya ayah tiba-tiba seakan baru tersedar akan ketiadaan abang.

“mana lah leya tahu..normal la kan abang tak balik lagi waktu ni..nanti dia balik la tu “, jawabku endah tak endah. Aku masih meneruskan fokusku pada buku latihan matematik tambahanku. Sesekali mataku mencuri lihat rancangan televisyen.

“dah pukul 10 malam dah ni..kamu telefon abang kamu suruh dia balik sekarang.” Arah ayah tegas.

Ibu pantas mengangkat kepalanya tatkala mendengar suara tegas ayah. Kelihatan ibu serba salah.

“ayah..abang balik lewat sikit malam ni..dia ada mintak kebenaran saya petang tadi..katanya ada makan-makan kat rumah firdaus malam ni..jadi lewat sikit baliknya malam ni..ibu minta maaf lupa nak bagitahu ayah” jelas ibu panjang lebar.

Ayah mengeleng-geleng kepala tatkala mendengar kata-kata ibu.

“ ibu komplot ngan abang ke ni.betul ke dia ke rumah firdaus?”.
Ibu kelihatan serba salah. Aku sesekali memandang wajah ibu, sesekali memandang wajah ayah.

Aku ada di saat abang mintak kebenaran daripada ibu. Dan aku tahu cerita sebenar di sebalik rasa serba salah ibu. Jerat ayah ternyata terkena. Bukan rumah firdaus,kawan abang yang abang tuju malam itu tapi tempat lain yang menjerat abang menjadi mangsa kepada keadaan malang itu.

…………………………………………………


“ dah la leya.jangan sedapkan hati abang ni. Ibu dah tak nak abang. Abang bukan anak ibu. “ sayu suara abang aku dengar petang itu.

Itu kenyataannya. Abang bukan anak ibu. Abang anak tiri ibu. Saat ibuku berkahwin dengan ayah, ayah duda anak satu. Kehilangan isteri di saat anak masih kecil, memaksa ayah mencari penganti. Lalu takdir menentukan pertemuan ayah dan ibu, di saat ibu menjadi guru tadika abang, lalu terjadi ikatan perkahwinan antara mereka. Dan baru kemudian aku lahir ke dalam keluarga ini. Itu sejarah keluarga kami. Dan ada satu yang aku paling pasti dalam keluarga ini. Aku pasti ibu sayang abang,dan aku pasti ibu tak pernah anggap abang sebagai anak tirinya. Ibu sayang abang seperti mana ibu sayang aku. Malah aku boleh katakan ibu lebih rapat dengan abang berbanding dengan aku.Sepanjang 17 tahun kami bersama, ibu tak pernah sesekali merasakan abang itu bukan anaknya hinggakan peristiwa itu terjadi.


“ keluar kau dari sini..kau bukan anak aku..” kata-kata ibu yang terkeluar pada hari itu. Menghancurkan kebahagian yang terbina dalam keluarga ini suatu masa dahulu.
Lalu keluarga ini berpecah belah. Azamku aku akan satukan kembali keluarga ini.


…………………………………………………………………


“ abang..abang tak nak cuba jelaskan perkara sebenar pada ibu ka? Leya percaya ibu pasti nak tahu kisah sebenar”, balasku pada abang petang itu.

Abang kembali tersenyum tawar.

“ dah takda benda nak diceritakan dik..benda dah lepas..hukuman dah dijatuhkan pun buat apa nak diadili lagi “, bicara abang tiada semangat.

Sungguh aku rasa sayu. Inikah abangku dahulu. Abang yang dahulu,petah berkata-kata,akan cuba sedaya-upaya menegakkan kebenaran dan kepercayaan dalam hatinya. Abang yang dahulu, sangat bersemangat, jarang sekali berputus asa. Abang yang kini seakan berubah 180 darjah. Tiada tanda akan kembali kepada abang yang dahulu.

…………………………………

Soalan ayah ternyata menjerat. Komplot ibu dan abang hampir dibocorkan sebegitu sahaja. Ibu kelihatan serba salah. Antara menjaga rahsia abang dan bercakap benar dengan ayah.

“ knock , knock “ kedengaran kuat bunyi pintu diketuk.

Mengejutkan kami bertiga dan buat sementara persoalan tentang abang ditutup buat sementara waktu.

Ayah kehadapan, membuka pintu rumah kami. kelihatan beberapa muka orang yang tidak dikenali dihadapan pintu rumah kami termasuk seorang perempuan sedang menangis.
aku kenal perempuan itu, dia salah seorang kawan perempuan abang. Aku panggilnya kak amira.

Disamping itu juga kelihatan abang dipegang erat oleh dua orang. Muka abang luka dipukul teruk.

……………………….

Malam itu kejutan demi kejutan kami terima.
Kak mira mengandung..mengandung anak abang !!!

Saat berita itu sampai di telinga kami-Ayah terduduk, ibu hanya terkesima tanpa kata.
“abang..kak mira..anak luar…”Tak sanggup aku ucapkan perkataan itu.
Sungguh berita itu benar-benar mengocangkan seisi rumah kami.

…………………………….

“ abang..abang cakap dengan ibu..cakap betul-betul dengan ibu..itu bukan anak abang kan?” lirih suara ibu bertanya.

Abang tunduk,diam seribu bahasa. Kak mira masih dengan tangisan yang tidak berhenti-henti sejak dia masuk ke rumah kami.

“ buat apa ditanya lagi…sudah terang bersuluh dia yang penyebabnya..mira mana ada kawan dengan laki lain selain dari akmal “ bicara ibu kak mira, suaranya bercampur sendu dan geram.

Aku yang mencuri dengar dari bilik atas, tergamam dengan kenyataan demi kenyataan yang keluar dari mulut setiap orang yang berada di ruang tamu rumah kami tatkala itu.
Abangku..aku tahu abang aku banyak kawan perempuan,banyak girlfriend tapi aku tak sangka sampai ke sini tahapnya..itu sahaja yang bermain dalam fikiranku..ternyata pada waktu itu, aku juga turut menghakimi abangku dengan mengatakan dia bersalah tanpaku sedar dia hanya mangsa keadaan..kambing hitam,mengalas tanggungjawab untuk kesalahan orang lain.

………………………………………………………………………

Malam itu, selepas mereka semua pergi meninggalkan rumah kami, abang kembali disoal selidik.

Bertalu-talu soalan dikemukan ayah dan ibu, namun abang tetap berdiam diri. Abang seakan mengaku kesalahan itu.

“ sanggup kamu buat macam ni pada ayah..pada ibu..ayah ibu jaga kamu,didik kamu dengan agama..kenapa akmal???”, lirih ibu bersuara di suatu sudut. Dia seperti mengumam sendirian. Kekecewaan terjelas di muka ibu.

Abang mendongak kepalanya sedikit, di saat suara lirih ibu kedengaran.
“ ahmad akmal bin zulkifli “ ayah bersuara memangil nama penuh abang. Ternyata ayah sudah tidak bersabar dengan kebisuan abang ditambah dengan suara lirih ibu mematikan kesunyian sebelum ini.

“ ayah nak akmal kawin dengan budak tu “, tegas ayah bersuara sambil-sambil dia mengurut dadanya.

“ayah”, ibu bersuara terkejut dengan arahan ayah pada abang.

“ ayah dah taktahu macam mana nak tutup muka ayah ni..anak ayah, anak imam kampong ada anak luar nikah..ayah..”, tak sempat ayah menghabiskan kata-katanya ,ayah jatuh. Kelihatan ayah sesak nafas,tangannya masih di dada.

“ ayah..” ibu menjerit.
……………………………………………………………

Dan pada malam itu juga ayah meninggalkan kami semua. Tak cukup dengan ayah, malam itu abang turut sama pergi setelah ibu lontarkan kata-kata itu.

“ kau yang menyebabkan ayah mati..kau pergi “, ibu bersuara tatkala berita kematian ayah sampai pada ibu.

“ibu..abang minta maaf ibu..”, kata-kata maaf itu berulang-ulang diucapkan abang.

“siapa ibu kau..kau bukan anak aku..keluar kau dari sini..”, ibu tempis tangan abang. Abang masih berusaha memohon kemaafan.

“keluar kau dari sini..kau bukan anak aku..”, suara ibu kembali bergema. Ibu turut menolak abang keluar dari rumah. Dan kerana ayat itulah, abang keluar dari rumah kami dan tidak pernah kembali.

…………………………………………………………………………………

Sebulan selepas pemergian ayah dan abang.

Aku dan ibu dikejutkan dengan kehadiran Kakak Amira ke rumah kami. Kehadiran sama sekali tidak kami undang atau senangi. Ibu dengan jelas menunjukkan ketidaksenangannya.

“mak cik..mira minta maaf makcik..” sendu suara kak mira kedengaran.

Ibu hanya mendiamkan diri. Tiada balasan diberikan pada kak mira.
Dari sendu berubah menjadi tangisan yang tiada henti.

“ mak cik..saya minta maaf..semua ni hanya salah faham..saya tak mengandung dan tak pernah mengandung..akmal tak pernah sentuh saya pun..semua ni hanya salah faham..”.


Kebenaran terkeluar. Aku terkejut dengan kenyataan yang keluar. Terasa bersalah aku mepersalahkan abang tanpa kesalahan yang dia tidak lakukan. Reaksi ibu kaku, tiada perubahan tergambar di wajahnya namun aku pasti ibu juga terkejut dengan kenyataan yang keluar dari mulut Kak Mira.

……………………………………………………………………………………………

“ leya..” suara abang mengejutkan dari lamunan dahulu. Sayup-sayup suara tangisan kak mira hilang dari bayanganku.

“ leya balik la dulu..nanti risau pulak ibu,leya balik lewat dari kelas..”, nasihat abang akhirnya masih diiringi rasa kasih buat ibu.

Aku mengeluh dan kembali berjanji dalam diri aku akan menyatukan keluarga ini.

……………………………………………………………………………………….


Hanya ini cara yang ada..itu yang seringkali bermain dalam fikiranku..biar diri ini terseksa asalkan kedua-dua ahli keluargaku bahagia..itu sahaja yang bermain dalam fikiranku..

Lantas aku mendail no telefon seseorang..

“abang firdaus..ni leya..leya nak minta tolong abang ckit..ini antara hidup dan mati “ aku bersuara pada abang firdaus- satu-satunya kawan abang yang masih setia selepas abang dilanda masalah.

………………………………………………………

Perbincangan di buat antaraku dan abang firdaus. Ternyata dia terkejut pada awalnya, ragu-ragu dia untuk turut bekerjasama,namun melihat kepada kesungguhanku meminta tolong, akhirnya dia member persetujuan untuk bekerjasama.

Pagi itu aku menjalankan perananku.

“ ibu..leya ada benda nak bagitahu..” bicaraku pada ibu pagi itu.

Ibu yang sedang melipat baju, mendonggakkan sedikit mukanya ke arahku.

“ benda apa? Bunyi macam benda penting je ni..”

“memang penting..hal antara hidup dan mati ni “. Balasku masih bernada serius.

Lantas ibu menghentikan lipatan bajunya. Matanya tepat memandangku.

“leya nak kawin ke?? “, soal ibu. Ternyata helahku mengena.

Aku hanya mengangguk menjawab soalan ibu. Anggukan itu berserta senyuman bahagia yang aku buat-buat.

Ternyata ibu terkejut dan itu reaksi yang aku mahu dari ibu.


selepas peristiwa itu, seminggu aku tidak bertegur sapa dengan ibu. Ternyata ibu membakang sekeras-kerasnya kehendakku untuk berkahwin.
Terasa serba salah dengan keputusanku namun ini saja cara yang terbaik yang terbit dari akal fikiranku untuk menyatukan ibu dan abang kembali.

……………………………………………………………


Kemudian aku teruskan rancanganku yang seterusnya yang aku pasti dapat menhubungkan kembali hubungan ibu dan abang yang putus.

Pagi itu ibu menerima sepucuk surat dari aku.


Assalamualaikum, ibu
Leya minta maaf atas segala kesilapan leya. Leya tahu ini salah tapi hanya ini cara yang leya ada. Leya dah fikir panjang sepanjang seminggu ini dan ini keputusan yang leya ambil. Leya pergi buat sementara waktu dengan abang firdaus. Kalau di saat akhir ibu setuju dengan keputusan leya , ibu datanglah. Bawakan abang sekali sebagai wali. Leya harap ibu setuju.
Anakmu, leya.



Dan seperti yang dirancang petang itu juga ibu berjumpa dengan abang. Abang ternyata terkejut dengan berita hangat itu.

Adiknya akan berkahwin dengan kawan baiknya, firdaus. Ternyata kejutan itu sukar diterima kedua-dua ahli keluargaku yang paling aku sayang.

Rancanganku ternyata menjadi. Ibu seakan terlupa kisah perang nya dengan abang. Mereka bermaafan dan berpelukan bagaikan hari esok tiada. Aku yang melihat dari jauh hanya ada rasa bahagia menemani.
……………………………………………………………………

p/s maaf ending tak berapa nak best..cerpen ni suka-suka buat sementara nak siapkan cita novel yang dalam pembikinan..idea datang tetiba-tetiba je untuk cita ni..takda any studies done-just menaip suka-suka..hope jadi pengubat kepada kesunyian blog ini..