Friday, August 17, 2012

Rahsia Hati Airin 19




Assalamualaikum ,

sori lewat 15 minit hihi dah masuk hari jumaat un. Busy yang amat tadi , pagi - mengemas rumah , petangnya buat kuih raya , malam terawih dan at last baru sempat online =)
penat~

one more thing , untuk Rahsia Hati Airin ni saya buat rombakan besar-besaran. Idea bercambah-bercambah. Walaupun dirombak , cerita asalnya tak berubah banyak jadi saya akan cuba post lagi di sini. doakan saya !! ^____^

ok ini sambungannya :



Rahsia Hati Airin 19






Malam itu seperti dirancang , kami ber barbeque.

Aku suka perasaan ini. Berkumpul bersama , gelak bersama. Lupakan semua masalah kerana walau apa pun terjadi , aku masih ada mereka. Aku ada Mak Ngah dan aku juga ada keluarga baru. Walaupun perhubungan aku dengan Imran mungkin tak kekal lama , namun aku ingin abadikan perasaaan ini buat sementara waktu.


“ Kak Rin , dah siap goreng ka? “, suara Iffah mengejutkan dari perasaan gembira itu.

“ Dah nak siap ni..”, aku gaulkan macaroni goreng dengan sudip supaya sebati.

“ Tolong ambilkan kak mangkuk besar atas meja tu”.

Iffah mengambil lalu menghulurkan padaku. Aku alihkan macaroni goreng dari kuali ke dalam mangkuk besar.

“ Wah !! nampak sedap la Kak Rin”.

Aku hanya tersenyum sebagai balasan.

“ Dah start bakar ka? “, soalku.

“ Baru start letak ayam..lama betul nak bakar arang tu..Abang Chik bukan reti pun , baik ada Abang Ngah”.

Aku tergelak kecil mendengar komen Iffah. Mana tidaknya , tadi bukan main berlagak Encik Imran tu mengaku yang dia mahir bab-bab barbeque.

“ Rin jangan pandang rendah pada Im. Dulu kalau buat barbeque kat rumah , saya la tekongnya. “.

Kalaulah Iffah dengar kata-kata perasan Imran , mahu lagi teruk komen Iffah pada Abang Chik nya.

Aku taburkan bawang goreng dan potongan cili di atas makaroni goreng itu.

“ Dah siap . Iffah , tolong bawakan nasi goreng dengan macaroni goreng ini ke depan. Kak nak kemas dapur kejap , nanti kak ke depan.”


…………………………………

 
Siap menyiapkan bara api untuk barbeque atau dalam erti kata lain lebih banyak membantu Abang Ngah , aku letakkan beberapa ketul ayam juga ikan. Sementara menunggu , aku lihat sekeliling. Ada Emak sedang bersembang dengan Mak Ngah sesekali disampuk Kak Nia. Tampak gembira , sudah lama aku tak nampak senyum gembira itu dimuka Mak Ngah , ada rasa lega sedikit.


“ Apa yang kamu menungkan tu , Imran? “,

“ Takda pa..saja tengok-tengok , sementara menunggu ayam dengan ikan masak ni “, aku balik-balik kan ikan dan ayam itu.

“ Tak masak lagi tu “, Abang Ngah pun sama membantu membalik-balik kan

“ Dah lapar ? “, soalku pada Abang Ngah.

“ Boleh tahan lagi. Tadi lunch pun dah lewat “.

Iffah membawa masuk nasi goreng. Terliur aku.

“ Iffah , tolong ambilkan Abang Chik nasi goreng tu sikit “, arahku pada Iffah sebelum sempat dia meletakkan mangkuk itu di atas meja.

“ Ambil sendiri la , malas betul. Kesian Kak Rin dapat suami macam ini , dia penat-penat memasak kat dapur , abang relax je kat depan eh “, leter Iffah padaku.

Aku lantas bangun ingin mengambil sendiri nasi goreng.

“ Mana ada macam itu. Abang Chik selalu la tolong Kak Rin kat dapur. Eleh tak nak ambil sudah , orang boleh ambil sendiri la “, balasku lalu aku menyedok sendiri nasi goreng ke dalam pinggan.

Aku duduk di tempat tadi. Abang Ngah masih sibuk membalik-balikkan. Sudah ada ayam dan ikan yang siap dibakar.

“ Abang Ngah , jemput makan “, pelawa aku pada Abang Ngah.

“Ye , kejap lagi abang ambil “, balas Abang Ngah.

Belum sempat Abang Ngah mengambil makanannya sendiri , Kak Nia sudah datang menghulur sepinggan nasi goreng untuk Abang Ngah. Itulah Kak Nia yang dia kenal , isteri misali. Kagum aku dengan sepasang suami isteri ini, perkahwinan mereka adalah percaturan keluarga namun mereka tampak bahagia.

“ Untung kan Abang Ngah dapat Kak Nia. “, tanpa sedar aku bersuara.

Ternyata Abang Ngah pun terkejut dengan pujianku yang tiba-tiba.

“ Untung?Apa maksud kamu ?”,

“ Takda la..Abang Ngah dengan Kak Nia kan kahwin emak yang aturkan , tapi nampak macam kahwin suka sama suka , nampak bahagia “,

Abang Ngah hanya ketawa.

“ Biasalah hubungan suami isteri ada pasang surutnya , ada turun naiknya. Bukan mudah untuk dua orang yang tak berkenal , untuk timbulkan rasa cinta itu. Tapi bak kata orang , bercinta selepas kawin itu kan lebih indah. Itu yang Abang Ngah dengan Kak Nia rasa. “, bicara Abang Ngah panjang lebar.

“ Kamu lagi beruntung dapat Rin. Rin itu kawan baik kamu. Abang Chik sendiri selalu cakap Rin selalu faham kamu , dia kawan terbaik kamu. Jadi kamu lagi beruntung dari Abang Ngah kan? “, sambung Abang Ngah membuatku tersentak.

“ Jaga Rin itu baik-baik. Hargai dia sebelum terlambat”, Nasihat Abang Ngah lagi.

Dan pada masa yang sama , bayangan muka Rin turut muncul dengan senyuman. Rin yang sentiasa dengan senyuman walau dia tengah gembira mahupun sedih. Itulah Rin kawan terbaikku.

Ya , aku bagaikan baru tersedar.

Lantas , aku bangun mahu bergerak masuk ke dalam rumah , terserempak dengan Iffah yang memegang semangkuk macaroni goreng.

“ Eh nak pergi mana kalut-kalut ni ? “,

“ Kak Rin mana? “, terus aku tanya.

“ Kak Rin tengah kemas-kemas dapur. Nanti dia keluar la “, Iffah terus ke hadapan meletakkan mangkuk macaroni goreng itu di atas meja.

Aku masih tercegat di situ. Seakan ada video yang mengulang tayang segala perbuatanku pada Airin , sahabat yang pernah aku tegaskan yang dia kawan terbaikku.

“ Abang Chik..kenapa ni?”, ternyata Iffah tertanya dengan gelagatku.

“ Airin..”, itu sahaja yang mampu aku ucapkan.

Iffah yang tidak tahu apa-apa terus mengelakkanku.

“ Kot ye pun rindu Kak Rin , duduk la dulu. Macam orang anggau saja Abang Chik ni “, suara Iffah yang kuat ternyata didengari yang lain.

Dan dengan itu aku terus-terusan diusik dan digelakkan.


 ………………………………………………



Selesai mengelap dapur serba sedikit , aku terus ke depan. Dari jauh terdengar gelak ketawa.

“ Haa sampai pun..ni suami kamu cari ni..” terus suara Mak Ngah terdengar.

“Haa “, blur aku sebentar.

Imran terus datang ke arahku.

“ Kenapa ni? “, soalku pada dia perlahan seakan berbisik.

“ Emm ada benda nak tolong lagi ka? “, soalnya pula pada aku.

Lagi pelik aku rasakan.

“ Takda dah..Tinggal nak bakar dengan makan je la..”,

“ Owh , ok..Jom makan..”, lantas dia tarik tangganku perlahan ke arah kerusi bersebelahan dengan dia.

Dia turut hulurkan sepinggan nasi goreng beserta ayam goreng dan sosej.

“ Eh banyaknya..Rin tak boleh habiskan ni..”

“ Ala Rin makan je..Kamu tu dah makin kurus emak nampak”. Emak bersuara.

Sebenarnya aku tak lalu makan. Penat lebih banyak menguasai berbanding lapar. Aku masih rasa serba-salah.

“ Takpa , makan saja dulu. Nanti kalau tak habis , saya tolong habiskan.” Pujuk Imran lagi.

Akhirnya aku hanya mengangguk setuju.


………………………………


Mereka semua pulang akhirnya. Penat aku memujuk emak dan Mak Ngah untuk tidur di sini sahaja memandangkan malam sudah larut.


Namun ada sahaja jawapan mereka.


“ Takpa , dekat ja rumah pun..”.

“ Takpa , kami tak nak kacau pengantin baru..”.


Pengantin baru la sangat , dah dekat 6 bulan sudah usia rumah tangga yang diibaratkan macam teman serumah ini.

Selesai mengemas apa yang patut , aku rehatkan diriku sebentar di sofa di ruang tamu. Penat yang amat tetapi terima kasih juga pada Encik Imran yang banyak membantu malam ini. Angin dia baik betul malam ini. Mungkin juga kerana kehadiran Mak Ngah.

Tanpa sedar aku mengeluh.

“ Penat ?”, Imran tiba-tiba muncul dan duduk di sebelahku.

Aku hanya mampu menganguk dengan mataku yang makin kuyu.

“ Masuklah bilik , terus tidur.”, saran dia.

“ Kejap nak rehat. Nanti saya masuk “, kataku dengan mata yang tertutup.

Dalam mata yang tertutup , aku dapat rasakan ada seseorang mengurut bahuku perlahan. Dan aku pasti ‘seseorang’ itu pastinya Imran , teman serumahku. Malas mahu bertengkar jadi aku biarkan sahaja Imran mengurut.

Tanpa sedar , aku terus tertidur.

Tersedar kembali sudah pukul 3 pagi , aku sudah selamat diselimutkan dan ditidurkan di atas katil. Terasa seperti zaman kecil dahulu , tidur di tempat lain , bangun di tempat lain , terima kasih kepada arwah superman abah. Ternyata aku ada superman baru. Itu mimpi indah aku sebelum aku kembali tertidur.

……………………………………………..



that's all
Salam Aidilfitri ^_____^